BAB 9 : Waktu Rehat

281 30 0
                                    

"AKU nak join korang rehat sekali boleh?" 

Aku, Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha saling berpandangan mendengar pertanyaan Asy. "Of course. Why not? Jomlah rehat sekali." Ajak Nisa selamba.

Asy senyum nipis. "Terima kasih." 

Kami terus berjalan bersama-sama menuju ke kantin sekolah. 

"Eh, Asya. Baru aku perasan. Kenapa kau dapat tag nama khas?" Tanya Mikhayla sambil kami berjalan seiring di koridor. Aku pandang Mikhyla. Bibir aku terkatup rapat tidak tahu menjawab apa. 

Asy pandang aku sekilas. "Pelik sangat ke dapat tag nama khas?" Tanya lelaki itu.

"Peliklah!" Ujar Mikhayla bersungguh-sungguh. 

"Hanya pelajar 6 bintang je yang boleh dapat tag nama khas. Tag nama khas ni pun diberikan sendiri oleh pengetua pada pelajar. Tak akanlah kau saja-saja boleh dapat tag nama khas?" Jelas Mikhayla merungkai kehairanan Asy. 

Aku diam. Asy sekadar lihat aku dengan pandangan tertanya-tanya. Aku memang tak bagitahu Asy tentang aku minta tukar kelas walaupun sebenarnya aku berbintang 6. Tak nak kecoh-kecoh. Tidak terfikir pula aku macam mana nak jelaskan pada mereka semua bila aku dapat tag nama khas ni.

"Eh! Ada tempat kosonglah. Aku pergi ambil tempat dulu. Korang pergilah beli makanan. Aku jaga tempat." Sepantas kilat aku berlari menuju ke sebuah pondok kecil yang berada di kantin. 

Nasib baiklah mata aku ni tajam dapat lihat sebuah pondok berdekatan kantin. Dapatlah dijadikan alasan untuk lari daripada soalan.

"Weih! Jawablah soalan aku dulu!" Laung Mikhayla tidak berpuas hati apabila soalannya dibalas sepi. Susuk Asya semakin hilang di dalam pandangan. Lesap ditelan angin. Ishh! Bijak sungguh lari dari soalan.

.

AKU mengembus nafas lega. Cepat-cepat punggung aku dilabuhkan di atas bangku kayu yang ada di pondok kecil itu. Baru sahaja aku nak mengambil nafas setelah kelelahan berlari tadi, tiba-tiba seseorang datang dengan amarahnya sambil menghempas meja! 

Aku tak sempat nak bertenang, dah ada orang kacau. Memang tak makan saman betul lah! Siapa yang nak makan bontot kuali ni?

"Aku nak bagi peringatan dekat kau Asya!"

Terhenjut bahu aku akibat terkejut. Aku mengangkat wajah. Keningku terjongket hairan menatap tiga wajah bengis di hadapan aku kini. Aku kenal kau siapa pun tidak, tiba-tiba nak bagi peringatan dekat aku? Peliknya sekolah ni!

"Sorry. Aku tak kenal kau siapa. Jadi kau tak layak nak bagi peringatan pada aku. Silalah berambus sekarang." Dingin aku bersuara melihat tiga orang gadis yang sama kelas dengan aku. Seorangnya aku kenal. 

Ya, itu adalah perempuan yang mengejek aku semalam. Siapa nama dia pun aku malas nak ambil tahu. Bengkak di hati aku ni masih belum reda.

"Hei perempuan. Aku nak bagi amaran pada kau. Jangan kau berani nak menggatal dan menggeletis gedik sangat depan Asy. Kau tak layak untuk Asy. Simpan sikit jalang kau tu."

Menggelegak darah aku dibidas begitu. Tetapi aku tetap cuba beriak tenang. Biar berbahang tiga perempuan di hadapan aku ni. Dasar mulut tak ada insurans! Aku kenal dia orang pun tidak. Ada hati nak tuduh aku macam-macam. Siap panggil aku jalang lagi. Asy tu adik aku lah. Apa masalah kau?

"Oh ya? Kalau aku tak layak untuk Asy, siapa yang layak? Kau?"

"Kalau aku pun apa salahnya? Yang penting bukan kau..., pelacur murah yang laparkan perhatian lelaki."

"STOP IT!!"

Bergema suara aku membuatkan kawasan kantin terdiam. Sungguh tingkat kesabaran aku sudah capai had. Dari tadi kata aku perempuan jalang, ingat aku nak diam? Kalau nak bagi amaran macam tadi tu aku tak kisah pun. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now