BAB 36 : Percayakan Kau

193 25 0
                                    

BUNYI wisel yang nyaring bergema di dawan stadium bola keranjang itu menandakan perlawan bermula. Aku tak pernah sangka perlawanan pertama adalah di antara Sekolah High Star dan Sekolah Seri Jaya. 

Bekas sekolah aku dulu! Aku betul-betul tak tahu nak sokong mana. Tak apalah. Aku tengok dulu mana yang hebat. Nanti aku sokonglah yang hebat tu. Hehehe...

Eshal mengambil bola sebagai pemula perlawanan itu. Raut wajahnya serius sambil bola mata indahnya meliar-liar mencari sasaran untuk dia menge'pass' bola.

Author: Saya memang 'kosong' pasal bola keranjang ni. Jadi saya tak tahu perlawanan bola keranjang tu macam mana. Saya harap para pembaca buat-buat faham jelah ya.

Aku duduk di tepi gelanggang dengan wajah selamba. Kadangkala berkerut juga dahiku melihat Eshal yang kelihatan tidak fokus. 

Setiap kali bertembung dengan Nadhif, pasti dia akan hilang tumpuan. Pasti ada saja yang akan berlaku seperti bola terlepas dari tangan, sambut bola yang diberi tidak tepat dan bermacam-macam lagilah.

Apa masalah Eshal ni? Biasanya dia okey saja di dalam latihan. Kenapa waktu perlawanan dia nampak bermasalah?

Pada minit pertama, Sekolah Seri Jaya mendahului mata dengan 2-1. Aku melihat Eshal berwajah sugul bersama-sama ahli pemain bola keranjang yang lain keluar dari dalam gelanggang untuk masa rehat itu. 

Sebaik sahaja keluar dari gelanggang, terus Cikgu Rizalman terus menyembur Eshal tanpa peduli kiri dan kanan. Aku hanya mampu memerhati dari jauh.

Buat pertama kali aku melihat Eshal memaparkan riak wajah yang amat sugul. Tidak seperti biasanya.

"Kamu ni dah kenapa Eshal? Kenapa hilang fokus waktu perlawanan tadi? Ahli lain pass bola pada kamu tapi kenapa kamu tak sambut? Kenapa beri peluang pihak lawan untuk jaringkan mata? Sebelum ini sewaktu latihan, kamulah yang paling menonjol. Kamulah penjaring terhebat. Tapi sekarang? Satu jaringan pun kamu tak buat. Apa masalah kamu sebenarnya? Nak kumpulan sekolah kita kalah ya?"

Tertelan air liur aku mendengar leteran bertalu-talu yang keluar dari mulut cikgu berumur separuh abad itu. Fuih..hilang sudah sisi tenangnya. Kini tinggal sisi garangnya seperti singa. Selama ini aku tengok Cikgu Rizalman ni tenang je. Tak pernah pun aku nampak dia marah-marah macam ni.

Aku lihat ahli kumpulan bola keranjang yang lain pun seolah-olah sengaja memulaukan Eshal. Sehinggakan Haff, Aqlan dan Zayyad pun tidak bertegur dengan Eshal sebaik sahaja Eshal selesai mendapat leteran percuma dari Cikgu Rizalman. 

Tengah marahlah tu. Yalah..siapa yang tak marah kalau disebabkan sorang tu, satu kumpulan dapat kesan. Tapi yang masalahnya, apa penyebab prestasi Eshal turun mendadak?

Eshal duduk bersendirian di atas sebuah bangku yang agak jauh dari ahli-ahli pemain bola keranjang yang lain. Aku tersenyum. Aku lantas bangun dari dudukku lalu berjalan beberapa tapak menghampiri Eshal.

Sedar akan kehadiran aku, Eshal mendongakkan wajahnya sekilas. "Ermm..kau pun mesti nak marah aku kan?" Katanya berbaur kesesalan.

Aku menjongketkan keningku. Kenapa dia tanya macam tu? Aku hanya berdiri tegak di sisinya yang sedang duduk di bangku. "Kenapa kau kata macam tu?"

Dia pandang aku dengan wajah berkerut. "Yalah. Takkanlah kau tak marah aku sebab aku kumpulan ni hampir kalah tau?"

Aku senyum meleret. Oh..sebab tu.. "Tak adalah. Buat apa aku nak marah kau? Setakat lebih satu mata, apalah sangat kan? Aku yakin kau boleh dapat 5 kali jaring lepas ni." Kataku penuh keyakinan sambil mataku memerhatikan ahli bola keranjang sekolah lain yang sedang bertungkus-lumus merancang strategi bersama.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now