BAB 118 : Masa Untuk Berkhemah

232 13 0
                                    

RIUH-RENDAH suasana di tengah-tengah kawasan perkhemahan itu di saat unggun api dinyalakan. Masing-masing beriak lagak orang baru lahir ke dunia. Nampak burung di langit pun mereka bersorak teruja. Berguling di tanah pun tidak membuatkan mereka terasa geli sekejap.

Tepat pukul enam petang, beberapa buah khemah unta bersaiz sederhana sudah dipacak di atas tanah. Lambakan kayu api telah dikumpul sejak awal petang tadi. Ia dibiarkan berada di tengah-tengah kedudukan khemah yang sengaja disusun secara bulatan mengelilingi lambakan kayu api itu.

Kedengaran bunyi deruan air sungai mengalir tenang diselang-selikan dengan suara sekumpulan manusia yang sedang rancak berbual gembira di situ. 

"Ah, gila! Takkanlah tak ada sorang pun daripada kita yang tahu cara buat unggun api? Buat malu SHS je ada pelajar macam ni!" Kutuk Asy selamba seraya membetulkan jaket kalis airnya.

Aku ketawa kecil membenarkan kata-kata Asy. Geli hatiku melihat Mikhayla, Nuri, Nisa, Shasha, Eshal, Haff, Zayyad dan Aqlan yang terus membatu dengan wajah tertunduk-tunduk malu. 

"Yang awak ketawa kenapa? Awak tu pun student SHS jugak tau. Eh, kau pun sama Asy. Lupa daratan ke?" Bidas Eshal tidak mahu duduk diam. Jarinya menunjuk pipi isterinya yang duduk bersandar di bahunya.

Aku menahan ketawa. "Opss...sorry. Student lima bulan macam saya tak boleh disamakan dengan student senior macam awak." Kataku terus mencuit kasar pipi Eshal membalasnya.

Eshal mendengus kasar tidak berpuas hati.

"Alah kau ni pun Asy. Kitorang selama ni mana pernah pergi camping sendiri tanpa pembantu. Biasanya kitorang suruh orang lain je buat unggun api ni. Tak sempatlah pulak nak belajar." Tambah Mikhayla mempertahankan diri.

Nuri, Nisa, Shasha dan The HBoys cepat-cepat mengangguk mengiyakan. "Correct! Dan lagi satu, yang kau bagitahu last minute tu dah kenapa? Aku dah set table dinner untuk family aku malam ni. Sebab korang aku kena cancel kan tau." Kata Haff pula mencebik bibir panjang.

"Lah, ya ke? Eh, siapa pulak yang suruh kau cancel? Ah, tak payah. Tak payah. Kau pergi je dinner dengan family kau. Kau dekat sini pun bukannya ada function pun kan? Buat habis oksigen je." Ejek Mikhayla bersahaja tanpa sedar kata-katanya telah membuatkan Haff panas berbahang.

Nuri sudah menghela nafas mengenang nasibnya yang malang duduk di sebelah Mikhayla. Tidak lama lagi, bertekaklah anjing dengan kucing ni.

"Tak ada sesiapa assume kau bodohlah kalau tak buat aku panas sehari. Kau memang tak ada hobi lain eh selain cari pasal dengan aku? Eh, suka hati akulah nak cancel dinner ke, breakfast ke atau lunch sekalipun! I don't need your komenlah!" Marah Haff tidak sabar.

Mikhayla memeluk tubuh dengan wajah tanpa bersalah. "Aku cuma cakap benda fakta je. Kalau kau terasa hati, aku tak boleh buat apa. Buat apa aku nak kisah kan?"

"Shut up your fu---" 

Sebelum sempat kata carutan teramat kasar tahap langit ketujuh Haff terpacul dari bibirnya, tangan Eshal sepantas kilat menekup mulut Eshal. Kedengaran lelaki itu mengeluh pasrah mendapat kawan sebegitu cetek tahap kesabarannya.

"Ahh...korang ni memang tak boleh nak bawak bersabar eh? Memang tak tahu definisi bertolak ansur? Sejak daripada tingkatan dua, bergaduh jelah kerja korang. Korang tahu tak tahun ni hari last kita? Tak boleh ke untuk the first time ever, jangan bergaduh sekejap?" Bebel Zayyad panjang lebar gaya emak-emak memberi ceramah.

Mikhayla dan Haff sama-sama dengan raut wajah masam memandang satu sama lain. Mikhayla membesarkan biji mata manakala Haff pula menjelirkan lidah tanda tidak mahu berdamai.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Место, где живут истории. Откройте их для себя