BAB 16 : Terima Kasih

233 32 3
                                    

AKHIRNYA, aku berkesempatan menghembus nafas lega setelah selama 30 minit berperang dengan soalan-soalan Addmath dari Sir Ghani yang sememangnya membawa semua orang ke jalan buntu. Liar mataku memerhati kesemua pelajar 5 Canggih. Ramainya sedang melegakan diri masing-masing kerana sudah melepas diri dari tersangkut dengan soalan maha susah tadi.

Tidak ketinggalan, aku meregangkan otot badan yang terasa begitu lenguh selepas bertungkus-lumus menyelesaikan soalan Addmath tadi. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Ya, aku perlu ucapkan terima kasih pada dia.

Masih aku ingat beberapa soalan Addmath yang diberi tadi ada yang serupa dengan latihan Addmath yang sebelum ini diajarkan Eshal kepadaku untuk menjawab soalan begitu. Sebab tunjuk ajar dia aku tidak ragu-ragu menjawab soalan itu. Aku tidak suka berhutang budi. Sekilas lirikan mataku singgah ke arah Eshal.

Macam biasa. Lelaki itu masih lagi sibuk berbual kosong dengan kawan-kawannya. Aku senyum.

'Terima kasih Eshal.'

.

.

.

"ASY.. Teman akak pergi kedai kain kejap boleh?" Pintaku dengan mata dikerdipkan beberapa kali. Ingat comel ke?

Terangkat kedua belah kening tebal Asy. Tiba-tiba je kakak dia ni nak keluar. Dah kenapa? Asy meletakkan telefon pintarnya ke tepi. "Kedai kain? Nak beli apa dekat sana?" Tanya lelaki dengan wajah polos.

"Takkan beli tayar kereta kot? Beli kainlah.. Jomlah teman akak.." Pujukku lagi. Aku kena pergi beli beberapa kain untuk membuat hadiah tanda berterima kasih kepada Eshal. Terikat dengan budi ni memang merimaskanlah. Rasa hati tak tenteram tau.

"Aku tahulah kau beli kain. Tapi nak buat apa? Tak silap aku, kau dah lama tak menjahit. Kali terakhir kau menjahit pun waktu buat baju raya arwah Tok ma." Asy masih lagi dilanda kehairanan teringatkan bakat besar Asya yang handal menjahit dan membuat sulaman cantik. Namun hasil kerjanya terlalu mahal. Gadis itu kedekut hendak memberi hasil sulamannya kepada orang sesuka hati.

Aku memaparkan riak cemberut. "Ishh..kau ni banyak bunyi pulak. Nak teman aku tak ni?" Bosan aku sedari tadi kena soal siasat. Cakap jelah kalau tak nak teman. Tak payah nak banyak tanya.

Melihat riak Asya sudah berubah, cepat-cepat Asy mengangguk. "Okey. Okey. Asy teman akak. Yalah, manalah tahu kalau ada buaya usik kakak saya yang cun ni." Ujarnya dengan nada mengusik. Tangannya cuba menguis-nguis dagu licin Asya gaya kucing.

Pantas aku mengelak. Semakin tambah cemberut wajahku. "Ni perli ke puji?" 

"Pujilah cik kak oii! Pukul berapa nak gerak? Tak boleh lewat sebab esok nak sekolah."

Aku tersenyum apabila Asy setuju untuk menemani aku. Terus aku bangkit dari sofa di ruang tamu itu hendak mendaki tangga menuju ke dalam bilik aku. "Tahulah. Lepas Maghrib kita pergi, okey?" Ujar aku bersemangat. Tidak sabar-sabar mahu memilih kain-kain yang cantik-cantik dijual di kedai kain bakal aku pergi nanti. 

Asy senyum saja mendengar nyanyian kecil kakaknya sambil menaiki tangga ke tingkat dua banglo rumah pusaka itu. Asy kembali menyelak skrin telefonnya. Jam kala itu baru saja menunjukkan pukul 6 petang. Masih sempat lagi dia merehatkan diri sebelum kena menemani Asya ke kedai kain.

.

.

.

RAMBANG mataku melihat pelbagai jenis kain yang terpampang di hadapan mata. Sederet kain-kain pelbagai warna menjadi santapan mata. Terus aku meninggalkan Asy terkebil-kebil di muka pintu kedai kain itu. Lantaklah budak tu nak buat apa. Lebih baik aku pilih kain-kain cantik ni. Ya Allah..cantiknya corak kain ni.

Soal duit bukan masalah bagi aku. Papa setiap bulan bagi elaun tapi aku jarang pakai duit yang papa bagi sebab lebih suka guna duit yang aku kumpul sejak dulu. Kalau dikira-kira kesemua elaun papa yang terkumpul, boleh mencecah ribu. Jadi, saat inilah kita menghamburkan duit sesuka hati. Asalkan hati bahagia. Tak gitu?

Asy tersenyum sambil menggeleng kecil melihat Asya sudah seperti kanak-kanak kecil masuk ke taman tema air. Dia tidak berniat mahu memasuki kedai itu dan hanya bermain telefon di luar kedai saja. Selang beberapa minit, kaki Asy sudah mulai lenguh berdiri. Dia memandang ke dalam kedai kain itu.

Kelihatan Asya masih lagi khusyuk membelek kain. Asy melepaskan satu keluhan kecil. Mahu duduk tapi tiada langsung bangku duduk yang disediakan di situ. Takkanlah dia nak duduk dekat lantai? Rosaklah reputasinya sebagai seseorang yang diminati. Tidak mahu mengalah dengan pendiriannya, Asy masih setia berdiri walau otot kakinya sudah mulai mati rasa.

Nak panggil akak tak suruh cepat sikit? Eh..tak payahlah. Biarlah akak tengah seronok pilih kain tu. Dia tu bukannya selalu senyum sejak arwah tok ma pergi. Biarlah dia seronok kejap.. Asy cepat-cepat batalkan niat mahu menganggu masa suka ria Asya. Biarlah dia menanggung lenguh lutut seketika dari membiarkan Asya terus dirundung sedih selepas kematian arwah tok ma.

Waktu itu, angin malam menyapa dingin setiap tubuh yang mengena. Memang sejuk. Nasib baiklah Asy pakai jaket kulit untuk melindungi tubuhnya dari kesejukan. Kedai-kedai berdekatan kedai kain itu semuanya sudah ditutup lama. Jadi, kawasan di situ benar-benar sunyi tanpa kehadiran seorang insan pun.

Hanya kedai kain yang dikunjungi Asya sahaja yang kekal bercahaya dan dibuka. Kedai lain yang buka hanya kedai serbaneka dan beberapa kelab malam malam yang boleh tahan jauh dari kedai kain itu. 

"Empat dara..duduk di tempat sungai. Duduk menjerat si ketam la batu~~" Asy menyanyi-nyanyi kecil memecah kesunyian malam. Sambil badannya bergoyang ke kanan dan ke kiri menghiburkan diri sendiri. Sungguh. Asya memang tidak patut sungguh heretnya ke sini kemudian tinggal dia di hadapan kedai seorang diri. Memang tak patut!

Aku tergelak kecil melihat Asy yang ditinggalkan seorangan di luar kedai. Pasrah betul muka budak tu. Nasib kau lah dapat kakak macam ni Asy... Kepalaku menggeleng-geleng kecil sambil tersenyum nipis. Aku kembali membelek-belek kain-kain yang tergantung di dalam kedai itu. Bersinar-sinar bola mataku pandang pelbagai kain cantik yang dijual. 

Issh..kalau nak diikutkan rasa hati yang serakah ni, mahu je aku bungkus kain satu kedai ni. Kain-kain yang diorang jual cantik sangat. Susah sangat aku nak pilih!

Setelah hampir sejam di dalam kedai kain tersebut, aku akhirnya keluar dari kedai kain itu dengan senyum lebar meniti di bibir. Mana tak gembiranya kalau kain yang aku hendaki berjaya didapatkan? Benak fikiran aku sudah terbayang-bayang jenis corak yang aku akan sulam pada kain ini nanti. Tak sabarnya!

"Ha! Dah siap pun! Akak buat apa dekat dalam? Beli kain ke buat kain?" Seloroh Asy dengan wajah mengejek. Lelaki itu memasukkan telefon pintarnya di dalam poket di jaketnya.

Aku mencebik dengar seloroh Asy yang lebih kepada menyindir aku. "Beli kainlah! Kau fikir aku ada banyak sangat ke masa nak buat kain dekat dalam kedai tu?" Jawabku dengan wajah mencebik.

Asy ketawa mendengar balasan kakaknya. Cepat-cepat dia mengekori langkah Asya menuju ke arah kereta Audi putih milik Asya.

Bersambung.

Allah tidak akan menghadirkan seseorang itu ke dalam hidup kita tanpa sebab. Mungkin yang paling kita suka akan berubah menjadi orang yang kita benci dan orang yang paling kita benci, mungkin akan berubah status menjadi kekasih hati? Jangan persoalkan takdir yang diatur Tuhan.

-Cik Pena AS- 


𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now