BAB 85 : Kisah Sebenar

162 24 3
                                    

JEJAKA itu masih setia menanti jawapan Asyad. Kebisuan lelaki itu sememangnya mengundang rasa baran dan tidak sabarnya untuk mengawal emosi. Itulah Eshal! Bertindak menggunakan hati sendiri, bukannya akal yang sepatutnya diikuti!

"Kau..betul-betul tak fikir pasal Asya kan?" Eshal menguntum senyum sinis tetapi riak wajahnya memaparkan rasa kecewa yang membara-bara apinya.

"Siapa kau nak tanya aku soalan tu? Kau tak faham penderitaan aku terjerut dengan bermacam-macam beban perjanjian yang tak masuk akal tu! Ibu sakit rindukan Qaqa saban hari. Malah aku sewaktu umur 10 tahun baru sedar yang aku ada adik! Yang aku masih ada ayah!" Jelas Asyad penuh beremosi. Hatinya cukup terusik dengan sindiran Eshal tadi.

Sedari tadi, Eshal tegar membuat andaian sendiri. Dia pulak tidak mampu mengiya atau menidakkan. Tetapi tekaan kali ni, benar-benar jauh menjangkau realiti yang sebenarnya!

"Perjanjian? Perjanjian apa? Asyad, ada banyak benda yang kau tak cerita lagi. Dan aku nak kau ceritakan depan aku sekarang. Dari awal, sampai akhir. Aku tak nak ada tertinggal satu babak pun."  Ucap Eshal dengan rasa ingin tahunya yang membuak-buak. 

Nyata di riak wajah Asyad menunjukkan rasa kasih dan rindu yang tak berbelah bagi tiap kali dia menatap Qaqa, tetapi mengapa baru sekarang dia muncul setelah sekian lama menghilang? Pasti alasannya tidak semudah yang dia sangkakan! Mungkin juga ia lebih sulit daripada jangkauan fikirannya.

Ini bermakna, semakin sulit keadaan yang sebenar, semakin besar tekanan yang Asya akan lalui selepas ini. 

Asyad mendengus perlahan. Diraup wajah tampannya yang tampak begitu berserabut kala dihentam bertalu-talu. Dibiarkan rambutnya berserabai, kening berkerut rapat.

"Aku boleh bagitahu kau, tapi..kau jangan bagitahu Qaqa dulu buat masa terdekat ni. Boleh?" 

Permintaan Asyad mengendurkan raut wajah masam Eshal tadi. Eshal terdiam sekejap. Rasa hairan mengetuk hatinya. 

"Ada sesuatu yang dia tak boleh tahu?" Soal Eshal balik.

"Bukan. Sesuatu yang dia kena tahu tapi bagi aku, lebih elok dia tak tahu." Kata Asyad  serius menambahkan lagi rasa hairan di dalam diri Eshal.

Eshal tidak bersuara. Dia berfikir buat seketika. 

"Deal?" Soal Asyad menanti jawapan Eshal.

Eshal mengangguk setuju. Dia perlu tahu, rahsia apa yang besar sangat. Sehingga Asya tidak boleh diberitahu. Tentunya ia bukan sekadar kisah biasa.

"Deal."

"Okay..semua ni bermula sejak---"


Flashback 12 tahun yang lalu~

"Kenapa bang? Kenapa tak bagitahu saya awal-awal? Kenapa perlu tikam belakang saya? Kenapa perlu tikam kepercayaan saya pada abang? Apa salah saya, abang? Apa dosa saya sampai seteruk ni abang buat saya?" 

Sayu dan keras suara Asyna mengajukan soalan kepada suaminya, Tengku Zariq. Suaranya diiringi tangisan kecil yang mendayu-dayu. Hatinya retak seribu mendengar kisah kecurangan suami dari mulut empunya diri sendiri.

Tengku Zariq duduk memandang permaidani lantai yang berbulu. Hatinya terasa pedih mendengar tangisan lirih daripada sang isteri. Tidak dibalas walau tubuhnya dipukul bertalu-talu oleh Asyna. Dia tahu, dia memang layak menerima pukulan itu.

Bagaimanapun pukulan itu masih belum cukup menggambarkan keretakan hati seorang isteri dicurangi suami sendiri. Walhal, rumah tangga baru sahaja berusia 7 tahun. Bertambah parah lagi hatinya kala suaminya menceritakan yang hubungan sulitnya dengan wanita itu sudah bermula sejak 2 tahun perkahwinan mereka.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now