BAB 95 : Risau

126 22 4
                                    

UNTUK beberapa saat, diriku hanyut di dalam arus kebisuan. Tamparan daripada kata-kata yang diluahkan suara asing itu benar-benar merapuhkan hati kecilku. Badai yang melanda semakin ganas menghempas. Tidak sempat aku berpaut, diriku sudah hanyut di dalam kelesuan.

'Kenapa diam? Terkena batang hidung sendiri?' Suara asing itu kembali mencemuh sinis.

Aku tergamam. Nafasku berderu kasar tidak semena-mena. Tiada akal lagi mahu berbalas jawab dengan suara asing itu. Entah mengapa, aku merasakan apa yang diucapkan suara itu betul. Aku tahu selama ini, aku sudah cukup lama bersembunyi di belakang bayang-bayang sendiri.

Aku takut. Takut dipandang rendah dan dikecilkan orang lain. Aku takut akan dilayan kasar seperti peristiwa hitam 10 tahun lalu. Aku rela hidup bertopengkan bayang-bayang sendiri berbanding mengalami semula peristiwa hitam itu.

Tetapi apa yang dia tahu? Apa yang dia mengerti? Beban yang aku tanggung terasa begitu sarat dengan harapan dan penipuan. Bodohnya diri ni boleh percaya pada omongan sang pendusta. Lebih perit, si pendusta adalah si dia yang paling aku percaya. Terasa dunia sudah punah dan hancur menenggelamkan harapan semua isinya.

Terkapai-kapai di tengah lautan luas. Rasa keliru dan bingung bersatu menjadi satu. Akal fikiran sudah gagal berfungsi dengan baik lagi. Tiada walau secebis harapan langsung yang muncul di mataku. Semuanya sirna di bawa arus pilu.

Seorang pengecut sepertiku memang tiada tempat di Bumi. Aku hanya seorang pengecut yang tidak berani bersuara membela diri sendiri. Aku hanya seorang pengecut lemah yang hanya reti menyalahkan diri sendiri. Perasaan serba salah ni betul-betul menghukum aku. Rasanya lebih pedih kalau nak dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati.

'Pengecut seperti kau...memang layak MATI!'

Kepalaku menggeleng menindakkan. Perkataan 'layak mati' itu terngiang-ngiang di telingaku. Perasaan aku yang bercampuk aduk ketika ini semakin ganas geloranya, lua dari kawalanku.

'Tak...tak.. Aku bukan pengecut. Aku bukan pengecut. Tak..bukan.. Aku bukan pengecut.'

Tanpa aku sedari, mulutku terkumat-kamit mengulangi ayat yang sama. Suara asing itu sudah ketawa ria. Seperti puas dapat membuatkan aku terketar-ketar dek terlalu gelisah. Tidak pernah aku merasakan segelisah ini. Seluruh tubuhku bagai mengalami kerosakan saraf. Longlai tidak bermaya. Hanya getaran yang semakin menggila menguasai tubuh longlaiku.

'Bukan pengecut? Bukan pengecut ke tu kalau takut gelap? Bukan pengecut ke tu namanya kalau tak berani berterus-terang pada kawan baik sendiri? Bukan pengecut ke namanya kalau hanya tahu menangis, tapi tak tahu buat apa-apa?'

Lidahku terkelu.

'Dalam diri kau tersembunyi berjuta ketakutan. Tapi kau cuba sembunyikan dengan satu kelebihan. Tak rasa diri tu bodoh ke? Tak malu pada diri sendiri?' Sambung suara asing itu lagi. Galak dia memanaskan hatiku.

Beberapa detik suara itu diam. Tiada lagi sebarang bunyi yang menyahut.

Ehh?

Kelopak mataku terbuka luas serta-merta dengan mudahnya. Sedangkan sebentar tadi, kelopak mataku bagaikan sudah dikunci dengan gam gajah. 

Keheningan membelenggu seketika. Keadaanku ketika itu seakan baru sahaja bangun dari mimpi ngeri. Pandangan mataku melilau meneliti segenap ruang wad hospital itu. Tapak tanganku sudah basah dibanjiri keringat namun aku tetap erat menggenggam buku lima.

Ketika itu, aku sempat merasakan kepalaku tiba-tiba diserang rasa sakit yang maha perit. Terasa seperti berdenyut-denyut tiada henti. Aku mengerang kesakitan perih sendiri sambil meringkukkan tubuh kecilku di atas sofa. Nafasku tersekat-sekat menghirup nafas.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now