BAB 15 : Di Sebalik Lukisan

253 31 7
                                    

PETANG itu adalah petang kedua aku sekali lagi menjadi sidaian Eshal di tepi gelanggang bola keranjang. Bosan bukan kepalang namun masa aku diisi dengan melakar di sebuah buku lukisan yang sempat aku bawa tadi. Nasiblah baik dapat lari dari dihujani soalan Asy yang sudah sama persis dengan pegawai polis disebabkan lelaki itu tidur petang.

Walaupun agak bingit para pemain bola keranjang berteriak-teriak memanggil di antara satu sama lain, aku tetap tenang membiarkan jari pena mata pensel menari di atas kertas kosong menggambarkan segala yang terlintas di lubuk hati. Tekun aku menggambar sehingga tidak sedar akan seseorang dari tadi memekik melaung nama aku.

"Asya!"

"Asya!"

Sungguh. Aku langsung tidak dengar dan tidak sedar langsung akan ada orang melaung nama aku dengan sebegitu kuat sekali. Aku masih tekun menggambar sesuatu yang hampir selesai. Desiran angin lembut petang itu kedengaran sayup-sayup berderu tenang. Sempat aku menyanyi-nyanyi kecil sambil melukis.

"Tengku Asya Rizqa!"

"Ya saya!" Spontan aku berdiri. Terkejut aku tak dapat disorok lagi. Mana tidaknya, Eshal tiba-tiba je muncul di hadapan aku. Terus terlepas buku lukisan di tangan jatuh menyembah tanah tepi gelanggang bola keranjang. Kalut seketika melihat wajah ketat Eshal.

"Kau ni dah kenapa jerit nama aku kuat-kuat? Ingat aku pekak ke?" Tanya aku bernada sedikit tinggi dek kerana terlalu geram. Habis kotor buku lukisan aku. 

Cepat-cepat aku mengambil buku dan pensel yang jatu ke lantai lalu membersihkan debu-debu yang terlekat pada ia. Langsung tidak peduli wajah Eshal bengis di hadapan mata.

"Memang kau pekak! Aku panggil kau dari tadi kau buat tak tahu je. Sampai nak terkeluar anak tekak aku panggil nama kau tahu tak?" Marah Eshal berbakul-bakul membalas kata-kata Asya.

Terus terhenti kelakuan aku. Wajah aku mendongak memandangnya. Ya, memang aku rendah daripada dia. Jangan ingatkan. Aku macam tak percaya yang dia ada panggil aku tadi. "Kau ada panggil ke tadi? Aku tak dengar pun." Balas aku dengan kening sebelah dijongketkan. 

Buku lukisanku disapu-sapu menghilangkan debu yang melekat. Nasib baiklah lukisan aku tak rosak. Kalau tak, siap kau Tengku Eshal Daniyal!

"Sebab tulah aku cakap kau pekak. Khusyuk sangat buat natang ni sampai tak dengar aku panggil. Kau buat apa ha sebenarnya?" Hilang haus tekaknya serta-merta. 

Dia lebih tertarik hendak mengetahui apakah yang dilakukan Asya sedari dia memasuki gelanggang tadi. Terlalu khusyuk sehingga dia memekik pun dia tak dengar. Apa yang dia buat sebenarnya?

Pantas aku meletakkan buku lukisan itu di belakang tubuhku apabila tangan Eshal sudah laju sahaja hendak merampasnya dari aku. "Sorry tuan. Buku ni milik pribadi. Dilarang ambil sesuka hati."

Eshal mengetap bibir geram. Malas hendak mengambil tahu lagi apabila Asya berkeras tidak mahu menunjukkannya. Dia tidak suka memaksa. Terus Eshal menghulurkan not RM 10 pada Asya. "Fine. Kau tolong belikan aku air 100Plus dekat kantin."

Aku memandanh kosong sekeping kertas merah yang dihulurnya itu. Ni mintak tolong ke arahan? Aku tak ada pilihan kan? Setelah beberapa detik merenung not berjumlah RM 10 itu, aku mengambil. "Okey. Aku tolong kau."

Baru aku berura-ura ingin melangkah pergi, aku menoleh memandang Eshal. "Tak ada nak cakap apa-apa ke?"

Eshal berpaling mendengar pertanyaan Asya. Kedua-dua keningnya terjongket kehairanan tidak memahami. " Cakap apa? Rukun negara?" Sempat lelaki itu berloyar buruk.

"No. Like 'thanks?'"

Satu keluhan meletus dari bibir lelaki itu. Raut wajahnya memaparkan wajah bosan. "Nak aku cakap terima kasih sebab kau tolong aku? Lain kalilah."

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now