BAB 19 : Imej Hancur

215 26 3
                                    

"BERHENTI!"

Serta-merta langkah Olivina hendak menerkam Asya terhenti. Suara itu amat dikenalinya. Dia meneguk air liurnya pahit. Perlahan-lahan kepalanya ditoleh memandang ke arah suara itu. Tamatlah riwayat kau kali ini Olivina. Mesti kau akan ditendang dari kumpulan peminat Asy.

Aku menghembus nafas lega. Nasib baik kau ada Asy. Kalau tak, mesti aku dah kena terkam dengan si Olivina. Sah! Olivina ni memang cemburukan aku dengan Asy. Dia memang peminat fanatik Asy. Patutlah dia sengaja tambah rempah dalam pergaduhan mulut aku dan Rissa tadi. Sebal betul lah!

"Err..Hai Asy. A..awak dah habis latihan?" Tanya Olivina cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Dia menguntum senyuman tawar. Gerun hatinya menatap wajah garang Asy di hadapan mata. 

Pelajar-pelajar 5 Canggih yang lain sudah tekekek-kekek ketawa melihat perubahan mendadak wajah Olivina. Takutlah tu! Takut perwatakan sebenar dia tu terbongkar depan Asy. Bila berdepan dengan Asy, pijat semut pun tak mati. Tetapi dekat belakang, mulut macam puaka!

"Apa yang awak cakap dengan Asya tadi?" Soal Asy dengan geram yang ditahan-tahan daripada meletus.

"A..apa saya cakap? Saya tak cakap apa-apapun.." Jawab Olivina senyum tawar. Menggeletar suaranya mendapat renungan tajam dari Asy. Selama ini, dia impikan bertatapan mata dengan Asy. Namun bukan bertatapan dengan renungan maut Asy! Buat pertama kali dia merasakan sisi garang dari siri Asy. Benarkan ini Asy Raziq yang dia idolakan?

"Aku tak pekak!"

Terkaku seisi kelas kala tengkingan Asy bergema. Tersentak Olivina. Terdiam dia seribu bahasa. Dia mengangkat kepala. Kelopak matanya sudah mendapati takungan air jernih. Bila-bila masa saja ia akan mengalir. Lelaki yang sentiasa lembut di matanya sudah bertukar kasar. Hatinya retak.

"Sa..saya.."

"Saya apa? Kau nak cakap yang aku salah dengar?!"

Sekali lagi Olivina ditengking.

"Sa, saya cuma.."

"Cuma apa?!"

Bergetar tubuh Olivina saat suara tengkingan Asy kuat menampar gegendang telinganya. Terlalu terkejut sehingga terpejam kelopak mata. Air matanya sudah mengalir deras tidak mampu menahannya lagi. Semua di situ terlopong besar. Asy Raziq yang dikenali sebagai seorang lelaki yang lemah lembut dan romantis berubah serta-merta. Apa yang terjadi?

Aku menjadi serba salah melihat air mata Olivina gugur di lantai. Tersentuh hatiku yang sememangnya agak sensitif. Baru saja aku ingin menghampiri Asy untuk menenangkan lelaki itu, sekali lagi suaranya kuat memecah suasana di dalam kelas 5 Canggih. Aku tergamam.

"Kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap pada dia tadi? Kau cakap dia perempuan jalang? Habis kau tu perempuan macam mana pulak?" Melotot biji mata Asy merenung dalam-dalam wajah gadis yang sudah berair mata di hadapannya. 

Sedikit pun tiada rasa simpati di hatinya lihat air mata Olivina dengan murah jatuh. Sakit rasa hatinya mendengar ada orang mengutuk kakak kesayangannya secara terang-terangan. Dia sudah tidak pedulikan imejnya lagi. Dia perlu menegakkan maruah Asya yang bagai sudah diinjak-injak oleh mereka yang tidak tahu apa-apa.

"Kejap.. Kenapa awak bela sangat si Asya ni? Apa lebihnya dia dan apa kurangnya saya? Awak sanggup tengking-tengking saya disebabkan perempuan ni? Apa istimewanya dia di hati awak?" Dengan nada tersedu-sedan dia menghamburkan apa yang bermain di benak fikirannya sejak tadi. Olivina perlahan-lahan mengesat air matanya. Wajah tampan Asy yang menjadi ingauannya selama ini ditatap sayu.

"Apa lebihnya dia dan apa kurangnya kau? Hei, Olivina kau dengar sini. Kau tak layak dibandingkan dengan Asya. Tak layak! Ya! Dia sangat istimewa di hati aku. Tersangat-sangat istimewa! Adakah kau puas dengan jawapan ni?" Jawab Asy geram. Ada ke nak bandingkan diri dia dengan kakak aku? Memang tak sebanding langsung!

Olivina bagai tertusuk panah. Hatinya retak menanti belah. Lelaki yang dipuja dahulunya bertukar menjadi lelaki yang paling dia gerun. Betul ke ni Asy Raziq?

"Sampai hati awak Asy! Sebab perempuan ja--"

"Perempuan apa?!"

Seperti ada dentuman kuat di atas kepala, terus Olivina berhenti berbicara. Kecut perutnya memerhatikan wajah bengis Asy yang begitu dekat di hadapan mata. Sehingga waktu itu dia tidak percaya yang di hadapannya itu adalah Asy Raziq yang digilakan. Air matanya semakin deras mengalir.

Dia meneguk air liurnya pahit. Tatapan mata-mata pelajar-pelajar kelas 5 Canggih yang lain sudah tertumpu ke arahnya dan Asy. Dia mengusap air matanya buat sekian kali. Kepalanya didongak memandang Asy sayu.

"Awak jahat Asy! Awak jahat! Saya benci awak!" Ujar Olivina terus melangkah keluar dari dalam kelas bersama esak tangisannya yang semakin rancak. 

Semua bagaikan tidak percaya. Asy Raziq, seorang instafamous terkenal telah membuat seorang gadis menangis! Ia memang akan menjadi berita panas hari ini!

Aku pejam mata. Seolah-olah dapat merasakan kesedihan yang dirasakan Olivina. Aku simpati. Tetapi...aku memandang Asy dari kejauhan yang masih tegap berdiri agak jauh dari tempat dudukku. Kenapa di bola mata Asy, langsung tiada pun rasa simpati?

Mata kami saling bertatapan. Dari wajah bengis Asy, terus berubah menjadi riak wajah sayu saat bertentang mata dengan aku. Aku kelu. Asy menghadiahkan seukir senyuman tawar buatku sebelum dia pula yang melangkah keluar dari dalam kelas. Aku masih lagi kaku.

"Tahniah Asya! Kau berjaya membuatkan seorang lelaki bela kau habis-habisan! Sampai sanggup tengking peminat sendiri depan orang ramai! Tahniah!" Ujar Rissa sinis. Dia yang dari tadi menjadi penonton percuma drama itu turut terkejut melihat perubahan mendadak Asy. Walaupun dia bukannya peminat Asy, dia juga mengikuti perkembangan lelaki itu.

Asy Raziq dikenali sebagai seorang lelaki yang romantik. Tetapi pada hari ini, dia berubah karakter demi seorang gadis? Hah! Gila!

Aku diam. Tidak menghiraukan langsung setiap ujaran sinis yang keluar dari bibir Rissa. Ia bagai angin lalu. Aku menunduk. Otakku ligat berfikir. Ya Allah! Pasti reputasi Asy selepas ini akan hancur di dalam sekelip mata. Yang dibina selama ini akan runtuh dalam sekejap. Pasti akan ramai orang keji dia!

Berdosanya aku kerana membuatkan adik aku terlibat di dalam kedegilan aku untuk merahsiakan perkara ini! Asy..maafkan akak! Akak tak sangka ia akan berlarutan seteruk ini. Maafkan akak terlalu degil. Aku tahu kenapa Asy menghadiahkan aku dengan senyuman tawarnya tadi.

Itu bermakna senyuman yang paling menyakitkan bagiku. Itu adalah senyuman Asy selepas dia sendiri yang menghancurkan reputasi baiknya! Demi siapa dia tengking Olivina tu? Demi aku! Astagfirullah... Asy..akak minta maaf.

Aku sudah tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku selepas ini. Imej Asy sebagai serang instafamous akan tercalar di dalam saat. Asy mesti sedih sekarang. Ini adalah cita-citanya untuk menjadi terkenal.

Hari ini, demi aku dia menghancurkannya dengan mulutnya sendiri. Untuk aku.. Kenapa Asy? Kenapa sanggup buat macam ni hanya demi akak? 

Hampir sahaja aku mahu menangis di situ. Teguran-teguran kawan-kawanku tidak dihiraukan. Buat pekak je. Yang lebih penting sekarang ni, bagaimana aku mahu memulihkan hati Asy yang sudah hancur! Hancur dibuat aku! Kakaknya sendiri!

Maafkan akak Asy..

Bersambung.

Hanya DIA sahaja yang tahu betapa tebalnya kasih sayang yang terkumpul di dadaku kini. Jangan pernah persoalkan betapa aku cintakan dia..

-Cik Pena AS-


𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now