BAB 27 : Rasa Rindu

214 28 1
                                    

SUDAH seminggu berlalu, aku masih sibuk dengan penggambaran filem pendek yang bertajuk...nak tahu ke? Tak apalah. Bila majlis tu nanti baru aku bagitahu. Okey? 

Selama seminggu tu, aku langsung tidak lekat dalam kelas. Asyik-asyik mesti saja kena pergi ke bilik teater untuk bergerak ke tempat yang diperlukan untuk melaksanakan sesebuah babak. Lagi seminggu yang berbaki sebelum majlis besar itu bermula. Lagi beberapa babak sahaja lagi yang belum dirakam. 

Ke mana-mana sahaja aku pergi mesti membawa skrip di tangan. Maklumlah, baru pertama kali aku berlakon, mestilah kena beri yang terbaik. Lagipula filem pendek ini akan ditayangkan di hadapan orang-orang ternama. Artis-artis besar dan ahli-ahli korporat kawan kepada Tengku Syafiq. Kalau tak silap aku, papa dan mama pun Tengku Syafiq jemput ke majlis besar itu.

Aku kena buat semua orang terlopong dengan persembahan pertama aku. Lagipun, aku kan kakak Asy, pelakon teater terkenal di alam maya. Buruklah nama dia kalau orang tengok aku tak pandai berlakon. Cita-cita aku adalah menjadi seorang yang versatil. Mampu menceburi bidang apa-apapun.

Mataku melirik ke arah jarum jam di jam pada pergelangan tanganku. Sejurus itu, aku terus mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja. Mikhayla merenung aku. "Kau nak pergi mana lagi ni?" Tanya Mikhayla penuh tanda tanya.

Ya, Miss Layla memang suruh merahsiakan penggambaran filem pendek ini dari orang luar sebab katanya nak bagi kejutan sewaktu di majlis itu nanti. Jadi, setiap kali aku keluar kelas, aku cuma cakap nak pergi suatu tempat atau 'rahsia'. Aku biarkan sahaja mereka bengang-bengang sendiri. Sebab nanti aku tahu diorang akan berpuas hati dengan jawapan yang bakal mereka dapat di majlis besar itu nanti.

"Ha'ahlah Asya. Kau asyik-asyik ponteng kelas. Ujian percubaan SPM dah nak dekat tau." Sempat lagi dengan gaya mak-mak Shasha mengingatkan.

Aku tersenyum nipis. "Alah..nanti korang tahu jugak nanti. Tunggu jelah. Suprise.." 

"Supriselah sangat. Kalau tak suprise nanti, siap kau eh." Kata Nisa pula menunjukkan renungannya yang tajam.

Aku menggeleng laju menindakkan. "Tak mungkin. Ia pasti akan membuatkan korang semua terkejut sampai ternganga. Aku jamin." Kataku yakin sekali. Siap bertepuk dada bangga berkali-kali. Asy baru 10 minit tadi keluar kelas dulu menghabiskan babak lakonannya sebelum aku. Jadi aku kenalah berbangga diri sorang-sorang kali ni.

"WOW. Yakinnya kamu. Aku tak sabar nak tengok suprise apa yang kau tengah buat ni." Ucap Nuri pula. Macam-macam kejutan sudah terbayang dibenak fikirannnya. Namun dia fikir, kejutan Asya pasti akan terlalu kontras dengan pemikirannya. Asya memang penuh dengan kejutan!

Aku tersengih-sengih. "Okeylah guys. Aku gerak dulu." Ujarku sebelum menggalas beg sandangku di bahu. Mereka mengangguk. Kalau aku sambung borak dengan diorang tadi, mesti sampai habis sekolah pun tak habis. Nanti tak pasal-pasal babak aku nanti kena buat esok. Susahkan Miss Layla je.

Kakiku diatur keluar kelas 5 Canggih dengan kadar segera. Sedang aku melalui di depan bilik muzik yang sunyi, pergelangan tanganku terasa dicengkam kuat. Aku mengaduh perlahan sebelum pantas menoleh ke belakang.

"Eshal? Kau ni dah kenapa? Lepaskan tangan aku!" Marahku lalu menepis kasar tangan Eshal yang mencengkam pergelangan tanganku. Wajah tampan Eshal kelihatan sugul menjamah mataku. Aku pelik. Redup saja bola mata Eshal terarah menatap wajahku. Buat pertama kalinya dia diam tidak membalas apabila aku berkata dengan nada agak kasar dengannya. Selalunya dia tidak boleh diam pasti akan membalas sehinggalah aku terdiam dengan sendirinya.

"Woi! Kau ni dah kenapa?" Tanyaku mengerutkan kening di hadapannya. Wajah sugulnya membuatkan aku dibendung perasaan tanda tanya. 

"Kau..kau pergi mana dalam seminggu ni?" 

Bola mataku membulat dengar soalan yang terpancul dari bibir lelaki itu. Aku diam. Itu ke yang dia nak tanya dari tadi? Tapi kenapa tak tanya je macam biasa? "Errmm..adalah. Kenapa?" Ujarku tetap dengan pendirianku tidak mahu memberitahu sesiapa tentang penggambaran filem pendek itu.

"Baik kau cakap betul-betul. Mana kau pergi? Latihan bola keranjang aku pun kau datang cuma nak tayang muka. At last kau palaukan aku macam aku tunggul kayu je. Sibuk sangat baca buku entah apa-apa tu. Jadi, boleh tak kau just bagitahu?" Bertubi-tubi hujah Eshal dikeluarkan. Cemberut wajahnya tidak berpuas hati dengan jawapan selamba Asya. Entah mengapa sejak di dalam seminggu ini, Asya seolah-olah memalaukannya. Bila bertembung tidak pula bertegur. Senyum pun tidak dan hanya sibuk membaca buku di tangan. Buku apa pun dia tak tahu.

Bibirku bagai dizip rapat-rapat. Kelu lidahku sekejap mendengar hujah Eshal yang panjang lebar. Renungan mata tajamnya menyesakkan nafasku. Seketika aku tersengih. Baru aku perasan yang sejak aku sibuk dengan penggambaran filem pendek ini, aku terlalu sibuk menghafal skrip di mana-mana sahaja aku berada. Jadi bila masuk set penggambaran, tak adalah aku sibuk hafal skrip lagi kalau semua persediaan telah lengkap di kepala. Buku yang dimaksudkan Eshal tadi adalah buku skrip rupanya..

"Tak. Tak. Ni kenapa kau sibuk sangat nak tahu aku pergi mana ni? Selagi aku tak kacau kau, boleh tak jangan nak campur urusan aku? Rimas tahu tak?" Bidasku pula. 

Eshal terdiam. Yalah..siapa dia hendak masuk campur urusan Asya? Rentetan dia dan Asya memang tidak pernah sekepala. Asyik sahaja bertikam mulut. Tapi kenapa seminggu tidak mendengar suara merdu yang keluar dari mulut comel itu membuatkan dia merasakan rindu? Perasaan rindu itulah yang mendesaknya untuk menegur Asya ketika itu.

"Aku tak boleh tahu ke?" Kini, nada suara Eshal berubah kendur. Keruh di wajahnya semakin bertambah. Terusik hatinya mendengar penyataan Asya yang seolah-olah dia bukanlah sesiapa di dalam hidup Asya.

Fikiranku mulai kalut. Alamak..apasal mamat ni buat suara macam ni? Haih..ni yang aku lemah sikit ni. Mana pergi suara tinggi dia yang dulu yang suka tengking-tengking aku tu? Kenapa berubah macam suara budak yang baru kena marah ni?

Beribu-ribu persoalan yang bermain di benak fikiranku dibiarkan saja. Aku berfikir-fikir jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Eshal ketika itu. Mana nak fikir pasal penggambaran filem itu lagi dan kemudian nak fikir pasal perangai Eshal yang tiba-tiba berubah?

"Apa kata kau jangan sibuk hal aku? Kau cuma perlu fikirkan pasal pertandingan bola keranjang kau yang dah nak dekat tu. Tak perlu sibuk hal aku. Okey?" Bicaraku selamba mahu melangkah pergi dari situ.

Pergelangan tanganku sekali lagi ditarik kasar olehnya. Aku mendengus perlahan. Tangannya aku tepis kasar. Jelingan mataku tajam menembusi pandangan matanya. "Tolong hormat aku Eshal. Aku bukannya isteri kau yang kau boleh pegang sesuka hati. Jadi, tolong hormat aku sebagai perempuan yang bukan isteri kau." Terus aku melangkah pergi membiarkan dia tercengang di situ seorang diri.

Luluh hati Eshal memerhati langkah Asya yang semakin jauh meninggalkannya. Setapak Asya melangkah bagai menyiat-nyiat sekeping hatinya. Kata-kata pedas Asya terngiang-ngiang di gegendang telinganya. 

'Aku bukannya isteri kau yang kau boleh pegang sesuka hati.'

Bibir Eshal perlahan-lahan mengukir senyuman apabila bayang Asya sudah menghilng dari pandangan mata. Dia menganggap kata-kata gadis itu sebagai cabaran yang menggugat ego lelakinya.

'Mungkin sekarang ni belum lagi. Tapi aku akan pastikan hari itu akan datang. Masa tu, aku tak rasa kau boleh lari lagi..'

Hati Eshal berbisik nakal. Lalu dia berlalu pergi meninggalkan koridor sepi itu hendak menuju ke gelangangg bola keranjangnya.

Bersambung.

Jika kamu gagal sepuluh kali, ingatlah. Ada orang pernah gagal lima belas kali sebelum menggapai kejayaan.

-Cik Pena AS-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now