BAB 91 : Paling Perit

136 20 12
                                    

ASY masih ternanti-nanti jawapan terluah dari bibir Asya. Dia kenal dengan kakaknya. Asya tidak akan menunjukkan aurat nya kepada sesiapa kecuali pada mahramnya sahaja. 

Tetapi kini, Asya kelihatan tidak ada perasaan bersalah melepaskan rambut ikal mayangnya di hadapan Asyad, lelaki asing yang langsung tiada kena mengena dengannya!

"No, I didn't." Jawab aku perlahan.

Asy terdiam. "Tell me. What's going on? Why you like this in front of Asyad? And..who is she?" Tanya Asy merujuk ke arah ibuku. Aku diam. Bibirku semakin berat hendak dibuka apatah lagi menjawab soalan Asy.

"Itu ibu aku." Balas Asyad tenang.

Asy semakin tidak faham apa yang terjadi. Melihat Asya yang membisu, melihat lirikan mata Asyad yang seakan-akan menyindirnya menyebabkan dia tidak betah berdiri lama di situ. Kebisuan Asya menjerut dirinya sendiri.

"Akak..please talk to me. What happened? Akak sakit ke?" Soal Asy prihatin. 

Aku diam mengambil nafas sedalam-dalamnya. "Asy, If I tell you something that you wouldn't believe, would you believe me if I tell you?" Aku memegang lengan tangannya menyembunyikan rasa gemuruh.

Asy mengerut kening hairan. "What? What are you talking about, akak? Macam mana Asy nak percaya tentang sesuatu yang Asy tak percaya? Why your question is so weird?" 

Aku diam. Mataku melirik ke arah Eshal. Lelaki itu senyum hangat ke arahku seakan memberiku semangat. Rasa gemuruh hampir sahaja mendorongku jatuh. Tetapi aku tak patut berundur dan biar masa menentukan segalanya. Aku harus berterus terang kepadanya.

"Okay.. Asy, you know what? No matter what happens, I love you so much. Kau still adik aku. Okay? Sebenarnya..aku.." Bibirku mulai terketar-ketar menggigil. Jantung memainkan rentak nadi berirama sumbang. Aku cuba mengawal getaran di tubuhku yang semakin menggila. Aku terlalu takut!

"Of course lah kak. Kau merepek apa ni? Akak? Kenapa menggigil ni?" Resah Asy perasan akan ketaran di tubuh Asya.

Mulut Asyad sudah gatal hendak masuk campur perbualan di antara Asya dan Asy. Tetapi amaran yang terpapar daripada jelingan mata Eshal membantutkan niatnya. Mungkin benar kali ini dia perlu ketepikan ego dan kata hati. Memberi ruang Asya untuk berterus-terang lebih penting saat ini.

"Akak..akak.." 

"Akak apa?" Tekan suara Asy mendesak kakaknya yang sedari tadi tergagap. 

Langsung dia tidak dapat menangkap sepatah kata yang diucapkan Asya tadi. Dia sudah tidak sabar lagi. Perasaan ingin tahu kuat menyelubungi segenap hatinya.

Aku menghirup nafas dalam-dalam. "Kita bukan.."

"Kita bukan?" Soal Asy mendengar ayat Asya yang tergantung.

Aku diam. Bibirku semakin hebat bergetar. Perasaan takut ini sama sahaja seperti fobia gelap aku datang menyerang. Lagi takut dari itu!

"Kita bukan apa kak?" Suara Asy yang mendesak aku menyatakan perkara yang sebenar begitu membebani fikiranku. Patutkah aku beritahu?

"Kita bukan...adik beradik kandung Asy."

Akhirnya, kata-kata itu terletus juga dari bibirku. Walaupun perlahan, namun jelas pada pendengaran Asy. Aku mengangkat muka merenung wajahnya yang hilang reaksi. Lepas dengar kenyataan ni, akankah kau bencikan aku, Asy?

"Apa ni kak? Janganlah buat lawak macam ni. This is not funny okay?" Kata Asy masih senyum senget beranggapan yang Asya sekadar ingin bergurau kasar. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now