BAB 80 : Perbincangan Atas Katil

170 23 7
                                    

"EH, Eshal. Kau ni kenapa? Tiba-tiba diam. Haa, tanyalah lagi. Apa lagi yang kau salah faham? Apa lagi yang kau tak puas hati? Meh, bagitahu aku. Aku bentang satu-satu dekat kau." Kataku di dalam nada perli. Siap dipeluk tubuh sementara lirikan mataku memandang tajam ke arah jejaka yang masih kelu.

Eshal berdehem kecil. Lambat-lambat diangkat kepala melawan pandangan mata dengan Asya. 

"Sorry. I didn't mean to doubt you." 

Aku terus bungkam. Tidak berkedip kelopak mataku walau sesaat. Terbuka luas seolah-olah bawah kantung mataku ditaruh ubat gigi berperisa pudina. Betul ke apa yang aku dengar ni? 

Gigiku perlahan menggigit bibir. Auww...sakit. Maknanya ini bukan mimpi kan?

"Woi, aku cakap ni. Kau dengar tak?"  Tegur Eshal menghancurkan lamunanku.

Sah! Ini bukan mimpi. Dan aku yakin beribu-ribu peratus lah, yang aku tak salah dengar kali ni. "Did I hear someone said sorry just now?" 

Eshal merengus perlahan. Haihlah..perempuan ni. Memang tak dengar atau sengaja nak aku ulang ni? Hishh..sabar jelah! Eshal senyum paksa. "Kau memang sengaja nak buat aku ulang balik kan?"

Aku tersengih lebar. Tidak menjawab pertanyaannya, aku mengambil telefon pintarku di tepi katil. "Tak salah, kan? Cepatlah ulang balik. Aku nak record." Tiada segan silu aku menekan butang record. Ini boleh disenaraikan sebagai salah satu keajaiban dunia!

Eshal pandang Asya lama. "Nak buat apa record?"

"Saja. Nanti kalau aku rindu, bolehlah aku dengarkan?" Jawabku selamba tanpa fikir panjang. Tak sedar langsung ucapanku sudah melebihi tahap kebiasaanku.

Eshal hendak senyum lebar tetapi sengaja disorok senyum. Haih..kali ni, aku ikutkan jelah kata kau, my dear. "Okey, fine. Asya, I'm sorry for what I did or say before."

Aku senyum nakal. "Sebab apa?"

Eshal menjeling. Eih, perempuan ni. Orang dah bagi paru-paru nak jantung pulak! Nasib baiklah aku sayang. Kalau tak, memang tidaklah aku melayan!

"Sebab tuduh kau macam-macam. Sorry again."

Rasa macam nak terlepas terlefon dari tangan. Buat kali pertama dalam hidup aku dengar Eshal cakap dengan nada serendah ni. Dengan nada langsung tiada diselitkan unsur bongkak dan sombong seperti biasanya. Suami aku ni dah ubah tabiat ke?

"Okey. Maaf diterima." Balasku tersengih-sengih menyimpan dan menyalin rekod suara itu ke file lain. Biar tidak hilang dan sentiasa tersemat di dalam memori telefon pintar itu.

"Yang kau tersengih-sengih ni apahal?" Tegur Eshal pelik dengan tingkah Asya yang tersenyum lebar hingga ke telinga. Perlahan-lahan Eshal kembali merebahkan kepalanya di atas bantal sambil menghadap Asya.

"Aku seronok. Kenapa? Kau tak suka aku seronok?" Jawabku bersahaja. Sengaja aku baring mengiring menongkat dagu memandang dia. Eshal mengulum senyum.

"Suka. Tapi..."

"Tapi apa?" Hatiku diterjah rasa hairan kala Eshal tidak menghabiskan ayatnya.

"Tapi aku lebih suka kalau kau bagitahu apa yang kau mimpi sejak dua menjak ni." Dengan kerlingan mata yang tajam, lembut sahaja Eshal meluncurkan pertanyaan. 

Kedengaran nada suaranya begitu rendah dan lembut seakan bunyi buluh perindu. Tetapi hanya aku yang tahu betapa dalamnya tatapan matanya menyelongkar di dasar bola mataku.

Senyuman yang tadi kekal menghiasi wajahku tadi kian mengendur. Benak fikiranku terus memainkan gambaran mimpi yang kualami setiap kali aku bermimpi. Mimpi yang sering membawa aku ke dalam diri seorang kanak-kanak perempuan bernama Qaqa. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now