BAB 69 : Lenguh

127 23 0
                                    

SETAPAK aku menjejakkan kaki di atas lantai dalam Dewan Glitter Star yang luasnya bak padang bola sepak sudah dipenuhi dengan ratusan pelajar tingkatan 5. Aku senyum nipis menyedari yang aku sudah terlambat dek kerana ruang tempat duduk di hadapan kesemuanya sudah penuh dipenuhi pelajar lain.

'Dapatlah aku duduk dekat belakang. Then..bolehlah aku tidur sekejap!' Hatiku melonjak keriangan. Dapatlah aku merehatkan minda seketika. Tak payah fikir perihal lain yang tiada makna sama sekali.

Cepat-cepat aku berjalan menuju ke barisan tempat duduk paling belakang. Paling hujung dan tempat yang paling terpencil. Tempat terbaik untuk melelapkan mata tanpa diketahui sesiapa. Aku memang bijak!

 "Haa...akhirnya, dapat pun aku duduk." Bisikku melabuhkan punggung di atas kusyen empuk kerusi yang begitu nyaman bagiku. Memang sesuai sangat menjadi port tidur. Kepala aku sandarkan. Dah tak peduli kiri dan kanan, terus aku menutup mata serapat-rapatnya.

.

.

.

MEMBULAT biji mata Mikhayla, memandang Asya dari kejauhan. Tercungap-cungap menarik nafas akibat berlari dalam dalam kelas menuju ke dewan itu tadi. 

"Eih! Kau ni 'duk berdiri macam patung cendana kat situ tu pasaipa? Dah tak reti duduk ke?" Tegur Nisa mengerutkan keningnya. Panas hatinya melihat Mikhayla berdiri bak patung cendana di hadapannya.

Mikhayla tidak menunjukkan sebarang reaksi. Ekor matanya bagai sudah dipaku tidak mungkin lari dari menatap susuk kaku itu.

"Woi! Ayla..duduklah. Rimas tau aku tengok kau berdiri dekat situ. Punggung kau bisul ke?" Bidas Nuri pula. Bingit telinga mendengar Nisa dari tadi cakap dengan gadis itu namun tidak dihiraukan langsung.

Mikhayla berdecit kecil. Tidak tahan ditegur dari tadi. "Eiii...korang ni kang. Aku 'duk pandang kawan kita yang sorang tu. Kau tengok Asya tu. Fuih..bukan main selamba lagi dia membuta. Meh, aku nak pergi sound dia kejap." 

Tidak sempat Nisa, Nuri dan Shasha menghalang, mereka bertiga serentak menepuk dahi melihat Mikhayla sudah jauh melangkah pergi. "Haih..tak ubah-ubahlah perangai si Ayla tu. Kawan tu nak tiduq biaq lah. Yang dia sibuk tu pasaipa?" Shasha menggeleng kepala kecil.

Nuri dan Nisa saling berpandangan. "Aik? Sejak bila kau pandai cakap utagha ni?" Soal Nisa terus ketawa melihat wajah cemberut Shasha.

"Maklumlah, dah ada dua kawan orang Kedah ni, kenalah belajaq-belajaq sikit kan? Barulah orang kata sehati sejiwa kan?" Ucap Shasha tersengih-sengih.

Nuri dan Nisa terus terbelahak ketawa mendengar balasan selamba Shasha. Banyak sahaja akal gadis itu hendak menjawab. Memang sudah sejak lahir lagi dia sudah dianugerah akal licik begitu!

.

.

.

"EH, eh Ayla!"

Terus terhenti langkah Mikhayla dari melangkah terus ke depan. Terkejut dia tiba-tiba dia dihadang jejaka itu. Mana pulak budak kecil ni datang?

"Apahal kau budak kecil? Tepi sikit boleh tak? And lagi satu, kau sepatutnya panggil aku kakak tau. Aku dengan kakak kau tu sebaya tau. Cuba hormat sikit aku ni." Ucap Mikhayla panjang lebar. Sejak dia baru tahu yang Asy tu baru berumur 16 tahun, barulah dia rasa yang Asy patut panggil dia kakak macam dia panggil Asya.

"Fine, Kakak Ayla. Akak nak pergi mana? Boleh Adik Asy tahu?" Soal Asy dengan nada perli. Tidak mahu mencetuskan perbalahan dengan gadis itu, diikutkan sahaja setiap perintah. Lagi-lagi apabila ada mata-mata yang memerhatikan tingkahnya. Silap langkah, siap sedialah kena kecam satu Malaysia!

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now