BAB 14 : Perasaan Aneh

236 33 5
                                    

BESAR kecil je Eshal melihat pasangan merangkap adik-beradik itu sedang galak bergelak ketawa. Pisau tajam di tangan digenggam meluahkan rasa geram. 

Terus terbantut gerakannya mahu menyiang ikan di hadapan mata. Yang menjadi tumpuan pandangannya kini hanya wajah Asya yang begitu suka ria ketawa membahangkan Eshal.

Entah mengapa hatinya terasa dijentik kecemburuan melihat Asya ketawa suka dengan Asy. Dia lupa sekejap yang mereka tu adik-beradik. 

Dia rasa tak sedap dan tidak suka apabila Asya menunjukkan ketawa manisnya pada lelaki lain. Sebal hatinya.

"Eh Eshal. Cepatlah siang ikan tu. Nak tunggu masa tamat dulu ke baru nak siang ikat tu cik abang oii..." Tegur Haff perasan yang Eshal sedari tadi kaku tidak berkutik. 

Hairan Haff kala matanya melihat raut wajah Eshal seperti sedang dilanda kegeraman. Dia kenal sangat dengan kawan baiknya itu. Nampak sangat macam tengah tak puas hati dengan sesuatu. Tapi apa? 

"Kau ni kenapa Eshal? Muka macam nak tumbuk orang je." 

Eshal memalingkan wajah menghadap Haff. Tanpa menjawab, dia menyiang ikan di dalam singki dengan wajah cemberut. Semakin hairanlah Haff apabila dia dipulaukan. 

"Woi. Kau ni dah kenapa? Napa palau aku?" Dia memang tidak betah tika dipalau. Pasti mahu bertanyakan sebab.

Eshal sudah rimas ditanya bertalu-talu, dia pun menjawab. "Cuba kau tengok si Asya dengan Si budak Asy dekat belakang tu. Bukan main sakan gelak ketawa." Eshal terus meluahkan apa yang terbuku di dadanya.

Terus Haff menjeling di meja belakang. Dia mengangkat keningnya. Dia menjeling Asya dan Asy yang sedang galak bergurau dan bertepuk tampar ketawa. Apa yang pelik? 

"Jadi? Kenapa? Biarlah diorang ketawa pun. Salah ke?"

Tajam Eshal menjegilkan mata membalas kata-kata Haff. "Tak salah kau kata? Tu diorang boleh pulak bertepuk tampar macam tak ada agama." Eshal benar-benar lupa ketika itu hakikat sebenar yang disembunyikan Asya oleh semua orang. 

Dari tadi Haff memaparkan wajah hairan, kini dia sudah berubah riak wajah. Haff senyum sumbing. Lelaki itu kembali membasuh alatan-alatan yang dia pakai tadi. 

"Kau lupa ke Eshal? Diorang tu adik beradik lah. Dah amnesia ke?"

Pantas Eshal tersedar. Merah mukanya melihat Haff tersengih-sengih seolah-olah mengejeknya.

"Mana ada. Aku cakap je." Ujar Eshal menutup malunya.

'Halahai..macam mana pulak aku boleh lupa yang diorang tu adik-beradik? Hati aku ni pulak kenapalah rasa macam tak suka tengok diorang tu ketawa sama-sama. Macam tak happy. Lagi-lagi bila Asya selamba tunjukkan senyuman dia yang manis tu pada si Asy tu. Hati aku rasa macam dicarik-carik. Ya Allah..aku tak sukalah perasaan ni!'

Eshal memberontak tidak suka akan perasaan yang mula betapa di hati kecilnya. Perasaan yang dirasakan begitu aneh sekali.

.

.

.

TENANG sahaja suasana di dalam perpustakaan Sekolah High Star. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang khusyuk membaca dan membuat ulang kaji. Itulah rutin pelajar-plajar elit Sekolah High Star yang terkenal dengan kecermelangan pelajarnya di dalam bidang akademik. 

Pelbagai kelengkapan disediakan di dalam perpustakaan besar itu termasuklah menyediakan gajet mencari maklumat, buku nota dan juga alatan tulis.

Di sudut paling hujung dan paling sepi, Asya menghabiskan masa luangnya di situ seorang diri. Patutnya waktu itu adalah masa subjek Bahasa Spanish namun Cikgu Kartina tidak dapat hadir. Jadi semua pelajar 5 Canggih diberi kebebasan ke mana sahaja di dalam sekolah. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now