BAB 26 : Berlakon Teater

202 28 1
                                    

TERBELIAK biji mata aku mendengar permintaan mengejut yang terluah dari mulut Miss Layla. Bagai tidak percaya. Seperti mendengar aku mendapat anugerah Bintang Paling Popular! Tidak percaya sangat. Aku terkaku buat beberapa detik sebelum tubuhku digoncang kuat oleh Asy diiringi rayuan Miss Layla yang semakin menjadi-jadi.

"Tolonglah saya Asya. Saya perlukan awak untuk projek teater kali ini. Hanya awak sahaja yang boleh bawak watak ini dengan baik. Saya tahu awak mesti boleh!" Bicara Miss Layla bernada agak merayu. Wajah cikgu muda itu dikerutkan memohon simpati Asya.

Otakku bagai lambat memproses. Kelopak mataku berkedip beberapa kali langsung tidak memahami situasi. Sel-sel otakku bagai mati tidak berfungsi. Goncangan tubuhku yang semakin kuat tidak diendahkan. Cuba menghadam segala penjelasan yang diceritakan Miss Layla tadi.

Beberapa minit yang lalu~

"Ya miss? Ada masalah apa miss panggil saya?" Tuturku ramah.

Sebaik sahaja Miss Layla melihat wajahku, terus cikgu itu bangun mendekati aku dengan wajah keruh seperti Asy. Aku melihat beberapa orang pelajar perempuan dan lelaki di dalam bilik teater itu yang aku yakin adalah di antara pelakon dalam teater seperti Asy. Wajah mereka juga murung sekali. Masalah apa yang melanda mereka sekarang ni?

"Asya. Saya nak mintak tolong kamu. Boleh tak kamu bantu saya?" Tanya cikgu itu berhati-hati dalam menutur kata-katanya.

Hatiku tertanya-tanya kala soalan itu menerjah telingaku. "Hhmm? Insya-Allah..kalau saya boleh tolong, saya akan tolong. Miss nak saya tolong apa?" Membuak-buak rasa ingin tahuku memenuhi ruang di dada.

"Macam ni. Pada bulan lepas, saya dapat skrip teater dari pihak atasan untuk dipersembahkan di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh orang-orang besar dua minggu lagi. Tiba-tiba semalam, pihak atasan tiba-tiba menukar acara daripada teater menjadi sebuah filem pendek. Hanya bersisa dua minggu lagi untuk membuat filem pendek itu. Jadi saya perlukan bakat awak untuk menjayakan filem pendek ni."

Dahiku masih berkerut. "Bakat saya? Bakat apa?"

"Saya sangat kagum dengan lakonan kamu selama dua bulan merahsiakan hubungan adik-beradik di antara kamu dan Asy. Lakonan kamu sangat tip top sangat! Tiada siapapun dapat hidu. Lagipun, watak yang kamu akan pegang sangat sesuai dengan kamu." Terang Miss Layla panjang lebar berharap sangat Asya akan menyetujui permintaannya.

Dia pun hairan kenapa pihak atasan tiba-tiba tak nak sekolah mempersembahkan teater di majlis itu nanti. Alasannya ialah orang-orang besar yang hadir itu mahukan kelainan di dalam majlis itu nanti. Bagi skrip filem pendek tu pun pada saat akhir. Hanya ada dua minggu saja masa untuk penggambaran filem pendek itu!

Aku berpaling menoleh ke arah Asy meminta penjelasan. Lelaki itu melarikan pandangan dari bertembung dengan bola mataku. Lalu aku menoleh semula ke arah wajah penuh pengharapan Miss Layla di hadapan mata. Nafasku dihela lemah. Aku tak pernah sangka kisah lakonan dua bulan tu membuatkan Miss Layla percaya yang aku ada bakat di dalam lakonan!

Saat kini~

"Saya..saya tak yakinlah miss. Kenapa tak cari pelajar lain? Saya yakin ada yang lebih mampu membawa watak itu daripada saya. Saya langsung tiada pengalaman berlakon miss. Macam mana saya nak bawak watak tu?" Aku cuba mencari-cari jawapan helah bagi mengelak. Tidak pernah-pernah aku berlakon, tiba-tiba disuruh berlakon? Nak suruh aku tumbangkan dilem tu ke apa?

"Okey. Apa kata kamu tengok skrip dan jalan cerita dulu. Mana tahu kamu berminat?" Ujar Miss Layla bersungguh-sungguh memujuk Asya. Dia yakin bahawa Asya mampu membawa watak yang dimaksudkan. Dia menghulurkan beberapa kepingan kertas yang sudah dilekatkan menjadi sebuah buku.

Berat hati aku mengambil buku skrip itu daripada tangan Miss Layla. Alahai..tak sampai hati pulak aku nak menolak. Cuba aku baca jelah jalan cerita filem ni. Mana tahu aku berkenan kan? Di hadapan Miss Layla, aku menyelak membaca muka surat pertama buku skrip itu.

"Ermm...miss. Saya tak dapat skrip lagi. Boleh saya tahu apa watak saya?" Asy menyampuk setelah lama berdiam diri.

"Yalah miss. Kami pun belum dapat skrip filem baru tu. Filem tu pasal apa eh?" Tanya seorang perempuan juga salah seorang pelakon di dalam teater yang dipanggil Suhana. Semua pelakon teater yang kira-kira di dalam bilangan 10 orang memandang Miss Layla.

Miss Layla tersenyum. Baru sahaja dia hendak menapak menuju ke atas mejanya untuk mengambil buku skrip yang lainnya, suara Asya membantutkan langkah kakinya.

"Saya setuju miss!"

Semua tercengang mendengar teriakan aku. Aku tidak lagi menutup malu dan segan. Teruja sungguh aku apabila membaca plot cerita dan skrip yang begitu menarik bagiku. Dan aku rasa ada betul jugak apa yang dikatakan Miss Layla tadi. Aku memang sesuai dengan watak ni. Hehehe..tak sabarnya aku nak mulakan lakonan ni.

Miss Layla mengukir senyuman lebar. Lega hatinya mendengar jawapan yang dinantikan-nantikannya dari Asya akhirnya didengari juga. "Terima kasih Asya. Saya tahu awak tidak akan mengecewakan saya. Awak bacalah skrip tu dan cuba hafal. Kita akan buat penggambaran filem pendek tu esok." Kata Miss Layla riang.

Asy tercengang. What? Kenapa akak cepat sangat setuju? Aku ingatkan dia mesti tolak mati-matian sampai aku kena pujuk. Tapi kenapa dia nampak macam gembira je baca plot cerita filem pendek tu? 

Asy menyambut huluran buku skrip dari Miss Layla lalu terus diselak laju. Matanya terbutang luas. Barulah dia tahu kenapa Asya setuju untuk melakonkan watak di dalam filem pendek itu. Ekoran mata Asy memerhati Asya yang tekun membaca buku skrip di tangan siap bersila di lantai lagi. Bibirnya tersengih-sengih kerang busuk.

Terus hati Asy berasa berang. 

"Wah! Asy jadi mangsa deralah dalam cerita ni!" Kata Nik Mirul kuat sambil tersenyum-senyum. Seronok hatinya kala membaca buku skrip itu apabila mendapati Asy akan melakonkan watak seorang adik yang didera kakaknya sendiri. Akhirnya orang ramai boleh rehat Asy berperan bukan sebagai orang yang menjaga keterampilan. Pastinya dia akan dijadikan buruk nanti!

Aku mendengar kata-kata lelaki itu. Semakin lebarlah senyumanku. Ha..memang itulah yang membuatkan aku terus setuju permintaan Miss Layla. Sebab aku yang akan jadi kakak yang mendera Asy! Ahh! Seronoknya...! Tak sabar aku nak mainkan babak tampar-tampar pipi, tendang-tendang perut dan pijak-pijak badan Asy!

Besar kecil sahaja ketika itu Asy memerhati kakaknya. Patutlah kau suka bukan main. Tak sabar nak dera aku dalam filem ya? Hhmph! Aku akan buktikan yang aku akan buat kau tercengang nanti akak! Dia ingat aku tak boleh bawak watak orang kena dera ke? Ni Asy Raziq lah! THE BEST ACTOR EVER! Setakat watak macam ni..ha! Celah-celah gigi jelah.

"Baiklah semua. Semua dah tahu watak masing-masing jadi..saya harap kamu semua dapat bersedia mental dan fizikal sebelum penggambaran filem pendek kita esok. Ingat! Masa kita hanya bersisa dua minggu. Jadi, buat bersungguh-sungguh!" Kata Miss Layla tegas sambil memandang satu-satu wajah pelajarnya.

Semua mengangguk serentak. Semangat mereka berkobar-kobar hendak melakonkan watak masing-masing yang sememangnya amat lain daripada yang lain! Sangat berbeza dengan watak teater yang sebelum ini dibawa. Mereka yakin akan dapat membawa kelainan di dalam filem pendek ini!

Bersambung.

Dalam dunia ni penuh dengan orang yang baik-baik. Jika kamu tidak menemuinya, maka kamu jadilah salah satu darinya.

-Cik Pena AS-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Onde as histórias ganham vida. Descobre agora