BAB 52 : Bukan Seperti Difikirkan

149 25 0
                                    

LANGSUNG tiada debaran yang aku rasai di saat berada di malam pertama. Aku beriak selamba melipat longgokan baju bersihku yang masih menggunung di dalam bakul. Siap duduk bersila di atas katil sambil melayan siaran drama ulangan di kaca televisyen di bilikku.

Eshal masih lagi sedang lepak di ruang tamu bersama dengan Asy. Pergi lantaklah dia. Selama ini, Asy dan Eshal mana bolah duduk semeja. Apatah lagi satu sofa. Kalau tak mesti meletus kedua-duanya. Tetapi sejak dah jadi abang dengan adik iparnya, ngam diorang ni lain macamlah.

'Bagus jugak kalau diorang boleh sekepala. Kalau tak, tak adalah Asy bising nak ajak aku tengok TV malam-malam buta ni. Baik aku lipat baju, lagi berfaedah.'

Jarum jam di dinding sudah bergerak ke nombor 10 menunjukkan sudah pukul 10 malam. Dan aku masih lagi sibuk melipat baju milikku di atas katil. Mataku pegun memerhati babak drama yang terpapar di skrin televisyen. Tersengih-sengih aku sendirian melihat babak romantis yang ditunjukkan. Alahai! Macam aku pulak yang kat dalam TV tu!

Terlalu ralit menonton televisyen sehingga aku tidak sedar kehadiran Eshal di dalam bilik itu. 

'Mak aih..berapa lama perempuan ni nak lipat baju. Dari lepas Isyak tadi dia lipat baju, sampai la ni pun tak siap lagi?' Gerutu hati Eshal memandang Asya yang masih tidak menyedari keberadaannya di situ.

Seketika Eshal hanya berdiri di muka pintu memerhatikan gelagat Asya menonton drama di televisyen. 'Alahai..comelnya dia..' Gatal mata liar Eshal memandang Asya yang mengenakan baju tidur berwarna biru bercorak bunga-bunga. Tetapi apa yang membuat Eshal mendengus perlahan ialah tudung sarung yang dipakai di kepala Asya!

'Eii! Dalam bilik pun nak kena pakai tudung? Tak rimas ke apa perempuan ni?' Dengus Eshal hanya mampu berbicara di dalam hati.

Senyuman di bibirku makin lebar. Alahai...sweetnya Ariq dengan Luna ni. Bersemut! Asya kekal pegun menonton babak romantis yang tersiar di paparan skrin televisyen sehingga tidak sedar ada mata yang galak memerhati tingkahnya.

"Assalamualaikum!"

"Ya Allah!" Terhenjut bahuku mendengar ucapan salam secara mengejut itu. Terus mataku tertumpu ke muka pintu. Kelihatan Eshal sedang terbahak-bahak ketawa di muka pintu bilik yang tertutup rapat. Serta-merta memerah kulit wajahku apabila dipermainkan. Terus sehelai baju T-shirtku aku baling tepat mengena pada muka Eshal yang galak mengetawakanku.

"Aduih! Apa baling-baling ni?" Ujar Eshal dengan tawa yang tersisa. Lucu benar raut wajah Asya saat dia terkejut disergah tadi. Lantas dia membaling balik baju Asya ke arah gadis itu.

Wajahku cemberut. Hilang sudah mood aku hendak menonton telivisyen lantas aku mencapai remote TV di sisiku lalu menekan butang merah. Skrin televisyen yang tadinya cerah berwarna bertukar hitam gelap gelita.

Cepat-cepat aku menyambung melipat baju yang tersisa tanpa mempedulikan Eshal yang menyakitkan hati. Suka usik aku! Dahlah aku ni jenis yang kuat sentap. Geramnya! Nasib baik suami. Sabar jelah!

Eshal mengerutkan alis keningnya. Sejak balik daripada tapak perkuburan petang tadi, Asya jadi kuat beralah. Bila dia sengaja cari pasal, Asya cuma banyak dia daripada membalas. Apa yang dia borakkan dengan Asy dekat tapak perkuburan tadi?

Lelaki itu mengatur langkah menuju ke atas katil. Buku lalinya yang membiru sudah membaik pulih. Itupun setelah diurut beberapa kali oleh tukang urut terkenal. Kalau tidak, mahu sebulan dia kena terperap dalam rumah. 

Aku masih lagi khusyuk melipat baju. Cuba mengawal amarah yang mula mengambil alih rasa hati. Kalau tak disebabkan aku ni isteri, dah lama aku tengking-tengking mamat ni macam yang selalu aku buat sebelum kahwin. Sekarang ni dah kahwin, aku boleh sabar jelah..

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now