BAB 39 : Terteringat

188 26 0
                                    

SEMINGGU sudah pun berlalu pergi dan aku masih tetap di sini. Kepalaku bertambah serabut memikirkan prihal kerja sekolah yang bertimbun-timbun membebani kotak fikiranku. 

Terasa bagai mahu menghentakkan kepala di atas meja biar tertidur buat seketika. Biar masalah itu terbang berlalu pergi dari menyesakkan kepala otakku walau untuk sekejap saja. Aku benar-benar perlukan rehat sekarang.

"Ah..Ya Allah..peningnya kepala.." Sebuah helaan nafas berat dihembus kuat seolah-olah ia dapat mengurangkan sedikit denyutan di dahiku. Aku mengerling ke kiriku sekilas. 

Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha masih galak ketawa seperti beberapa minit yang lalu. Mahu menyampuk, namun kerja sekolahku yang ketinggalan sepanjang aku mempunyai latihan filem itu masih banyak berlonggok di atas meja.

Sekali lagi aku menghembus nafas bebas. Kemudian, bola mataku dilirikkan pula ke arah kananku. Sejak kejadian seminggu lepas iaitu pasal aku tidak memberitahu Asy yang akan mengikuti Eshal ke stadium bola keranjang itu, Asy terus melancarkan perang dingin denganku. Tidak berbicara denganku walau sepatah lagak orang cacat percakapan.

Serius Asy menyelesaikan masalah Matematik di hadapan mata. Langsung tidak sedari dirinya diperhatikan olehku. Aku membiarkan saja. Aku terlalu kenal Asy luar dan dalam. Ketika dia marah, janganlah sesekali pujuk.

Melainkan kalau orang tu benar-benar pandai memujuk. Kalau salah pujuk, Asy boleh merajuk tahap 2! Semestinya lebih seram dari merajuknya pada saat ini.

Kepalaku dipaling ke arah hadapan. Secara tiba-tiba, pandangan mataku dialihkan ke arah sebuah meja kosong di bahagian kiri kelas. Meja paling di depan sekali. Pandanganku pegun menatap meja kosong itu.

'Dia tak datang lagi hari ni..' Desis hatiku tanpa aku sedari. Bayang wajah tampan Eshal iras model terkemuka itu buat sekian kali bermain di kotak fikiranku. Aku tersenyum sendirian.

"Woi! Apasal kau tersenyum sorang-sorang ni? Teringatkan Eshal ke?" Tegur Mikhayla tiba-tiba melabuhkan tirai lamunanku. Serta-merta kulit wajahku memerah. Aku teringatkan Eshal ke tadi? Alahai..kau ni Asya. Memang tak boleh cover sikit ke?

Pantas kepalaku menggeleng menindakkan. Tipu sunat...tak apa kan? Hehehe..

"Yalah tu. Yang dari kau pandang dekat kerusi kosong Eshal tu dah kenapa?" Soal Nisa pula cuba mengorek lebih dalam lagi rahsia di dalam hatiku.

Sekali lagi aku menggeleng kepala meninndakkan. "Ishh, korang ni..merepek betul lah. Mana ada. Salah pandang kot?" Ujarku lagi masih tidak mahu berterus terang. Haih..dah namanya perempuan. Mestilah ada ego kan? Tak akanlah aku nak mengaku yang aku memang terteringatkan mamat gangster sekolah tu? Eii..jatuhlah saham aku!

Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha memandangku dengan senyuman nakal. Ah...sudah. Habislah aku kali ni. "Ha..korang jangan nak buat gosip merepek eh? Jangan fikir bukan-bukan boleh tak?" Aku menolak perlahan wajah Shasha yang sudah begitu hampir ke wajahku.

Shasha ketawa terkekek-kekek sengaja membuatkan hatiku sebal. "Yalah tu. Asya, kalau dah suka tu, bagitahu je. Jangan pendam. Sakit tau pendam lama-lama ni." Ucap Shasha menepuk perlahan bahu kananku.

Mataku terbutang besar. "Eii..apa yang kau merepek ni? Ma..mana ada aku suka dia! Stop talking nonsense please!"  Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha tersengih-sengih kerang busuk seolah-olah mengejek percakapanku. 

"Suka hati kau lah Asya. Kau sendiri yang tanggung sakit nanti. Ingat tau apa yang aku pesan ni Asya. Sakit tau memendam perasaan ni. Lagi-lagi bila orang yang kita suka tu, tak suka kita balik. Fuihh..merana hidup tu." Ujar Nisa menggeleng-gelengkan kepalanya.

Aku mengerutkan dahiku. Sejak bila pulak Nisa jadi pakar motivasi cinta ni? Memang dah ada pengalaman ke apa? "Amboi..pandai kau berhujah. Tapi sayang..kau berhujah pada orang yang salah. Sejak bila pulak aku suka mamat gangster sekolah tu? Lambert..lagi." Balasku bersahaja. Langsung tidak mengambil serius kata-kata Nisa tadi.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now