BAB 46 : Kecemasan

161 23 0
                                    

ALHAMDULILLAH, tamat pun majlis doa selamat dan tahlil pada malam ini tepat pukul 11 malam. Sungguh malam ini adalah sebuah malam yang panjang. Aku dah tak sanggup menghadap muka mak cik serta pak cik sedara belah mama yang hanya menampakkan muka di majlis ini untuk membincangkan hal harta pusaka yang ditinggalkan arwah tok ma sahaja. 

Gila sangat dengan harta. Waktu tok ma hidup dulu, bukan main liat lagi ajak melawat tok ma. Bila tok ma sakit, masing-masing lepas tangan tidak mahu bawa tok ma pergi hospital. Akhirnya, papa dan mama jelah yang asyik-asyik jaga tok ma. Nasib baiklah aku tahu yang mama dan papa ikhlas jaga arwah tok ma, bukan kerana harta tok ma yang berlimpah.

Bukannya harta boleh bawak mati pun. Kalau mati nanti, tetap kena pakaikan kain kafan warna putih. Bukannya pakai baju kulit mahal yang selalu diorang banggakan tu pun.

"Akak, tak nak naik bilik lagi ke? Mama dan papa dah masuk bilik. Tetamu-tetamu pun semua dah balik. Pekerja-pekerja mama pun dah angkut meja-meja, kerusi dan khemah. Tinggal kita je tau dekat luar ni. Jomlah masuk tidur." Tegur Asy melihat aku mengelamun di ruang tamu sendirian.

Aku tersenyum nipis. Memang aku rasa mengantuk sangat tetapi tak boleh tidur. Korang faham tak? Rasa ngantuk tapi tak boleh tidur? 

"Kau masuklah dulu. Akak nak buang sampah kejap." Kataku baru teringat suruhan mama sebelum dia masuk ke dalam bilik tadi supaya aku membuan sampah yang berisi tulang-tulang daging di belakang rumah. Mama kata tak elok biar sisa-sia tulang di dalam rumah waktu malam.

Asy diam. "Okeylah. Aku masuk tidur dulu. Penat layan tetamu yang datang tadi." Ucap Asy seraya memanjat tangga ke tingkat dua hendak menuju ke biliknya.

Melihat Asy sudah masuk ke dalam biliknya, aku bingkas bangun sofa melangkah ke dapur hendak membuang sampah. Lemah aku melangkah ke ruang dapur bagi mendapatkan sebungkus plastik hitam yang dipenuhi dengan sisa tulang-tulang untuk diletakkan di belakang rumah. Mama mesti nak jadikan tulang tu baja untuk pokok-pokok yang ditanamnya.

Setelah mendapatkan sebungkus plastik hitam yang sudah diikat kemas oleh mama, aku terus berjalan menuju ke arah pintu belakang dapur. 

Aku menyarung selipar di kaki mengatur langkah ke arah sebuah bilik kecil yang dibina bagi meletakkan alat-alatan kebun milik mama. Mama kata suruh letak dalam bilik tu supaya tak plastik ni tak dikacau anjing atau kucing liar yang datang dari arah hutan di belakang rumah tepat bersebelahan dengan kebun kecil mama. 

'Ish..gelapnya. Menyesal pulak tak mintak Asy teman tadi.' Hatiku bergerutu perlahan. Mataku liar memandang ke sana dan ke sini lagi-lagi apabila waktu itu sedang lewat malam. Hanya bunyi cengkerik sahaja yang menyentuh cuping telinga. Serta-merta bulu roma di tubuhku tegak berdiri semua. Aku tertelan air liur. 

Walaupun jarak bilik yang aku maksudkan tadi dengan aku tidaklah begitu jauh. Tetapi entah mengapa aku rasakan saat itu, jarak di antara aku dan bilik itu seolah-olah jauh sekali. Keadaan begitu suram dan sepi. Gelap dan menyeramkan. Sudahlah aku ini ada fobia dengan gelap, kenapalah mama suruh aku buat kerja ni?

Tangan kanan aku laju menyeluk poket di baju kurung yang dipakai mencari-cari telefon pintarku bagi menghidupkan lampu suluh. 'Ishh mana ni?' Aku sudah kalut tidak tentu arah kala tanganku bagai mati rasa. Tidak terasa langsung aku menyentuh apa-apa benda di dalam poket seperti poket baju kurungku kosong!

Aku kalut. Terus aku melepaskan plastik sampah itu ke tanah lalu cuba lagi mencari telefon pintar di dalam poket. Sudahlah kala itu gelap bukan main seram, telefon pulak boleh ghaib hilang entah ke mana!

'Kosong!'

Aku melepaskan satu nafas berat. Baru sahaja hendak mencapai kembali plastik sampah yang aku letakkan di tanah, telingaku menangkap bunyi desiran angis seolah-olah ada orang sedang berlari menuju ke arah aku. Aku tergamam. Siapa pulak yang nak berlari tengah-tengah malam ni?

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now