BAB 37 : Bengkak Teruk

214 27 1
                                    

BERKERUT kening Eshal melihat keretanya yang dipandu Asya berhenti di sebuah klinik swasta yang diberi nama 'Klinik KuLeiya'. Tidak pernah dia tahu kewujudan klinik ini. Kenapa Asya bawak dia ke sini? Kenapa tak bawak dia ke klinik swasta yang mahal di tengah bandar? Bukankah ia lebih sesuai dengan status Eshal yang suka sangat meninggi diri?

"Kau boleh keluar sendiri tak?" Soalku prihatin yang dibuat-buat.

Eshal menjeling. "Aku belum nak matilah!" 

Aku membuat muka menyampah. Sungguh kalau diikutkan bisikan hati jahat aku sekarang ni, dah lama aku tinggalkan dia dekat tepi jalan. Tak serupa orang sakit langsung! Tetap sombong tak bertempat. Orang nak tolong pun diherdik-herdik. Kenapalah ada spesies macam dia yang wujud di muka bumi ni?

"Okey. Kalau kau dah nak mati, bagitahu aku tau. Bolehlah aku siap-siap tempah keranda untuk kau. Hhmm...kubur pun kena gali awal-awal tau. Dah ada rasa nak mati tak?" Sindirku bertalu-talu. Suka sangat cakap pasal mati. Nak mati sangat ke?

"Bolehlah sekali mulut kau tu diam? Dahlah kaki aku tengah sakit. Kau pulak membebel macam mak nenek! Boleh pekak tau tak telinga aku kalau dengar kau membebel hari-hari?" Balasnya sebal. Terus dia keluar dari keretanya dengan langkah lembat setara siput.

Terbutang mataku digelar mak nenek. Muka aku bukan main baby faces, dia boleh kata macam mak nenek? Buta ke apa? "Fine! Aku akan pastikan kau akan dengar mak nenek ni membebel setiap hari!" Ujarku geram lalu mematikan enjin kereta BMW itu selamba melangkah keluar dari dalam kereta tanpa menghiraukan Eshal. Sombong sangat kan?

Baru beberapa tapak melangkah, kedengaran namaku diseru di dalam nada dipaksa-paksa. "Asya!"

 Aku tersenyum. Kepalaku aku toleh ke belakang. "Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu cik abang?" Perliku lagi. Geli hatku bagai digeletek tidak henti melihat wajah ketat Eshal menahan denyutan di buku lali kakinya yang terseliuh.

"To..tolong aku." Pintanya lemah. Kali ini, da perlu mengetepikan egonya yang selalu menjadi tempatnya bermegah bangga dan hanya orang lain yang menurutinya. Namun kali ini biar dia pulak rasakan bagaimana dia duduk di bawah ego orang lain.

 Kan ada orang ada kata yang hidup ni macam roda? Kadangkala kita akan berada di atas dan tiba masanya kita akan berada di tempat paling bawah. Jadi, hargailah masa yang berada di atas dan bersedialah menghadapi rasa berada di bawah nanti ya? Pesanan ikhlas dari penulis buat para pembaca.

Senyum di bibirku makin lebar. Hahaha! Akhirnya, lelaki ni tahu jugak mintak tolong kan? Ingatkan dia hebat sangat? Tapi aku ni tak adalah tak ada belas kasihan sangat. Terus aku mengetur langkah memasuki klinik itu dengan cepat.

Membulat mata Eshal melihat kelibat Asya sudah hilang dari pandangan. Kurang ajar! Orang mintak tolong, dia boleh dari pulak? Kau tunggu nanti Asya. Lepas kaki aku dah baik nanti, tahulah macam mana aku nak kerjakan kau nanti. Hati Eshal berbisik dendam. Sampai hati dia tinggal aku jalan macam ni sorang-sorang? Kenapa aku rasa kecil hati pulak ni? Ah! Dia memang tak patut tinggal aku begini!

"Aduh..Ouchh!" Eshal terus-terusan mengaduh di di dalam beberapa tapak melangkah. 

Perit yang menguasai kakinya tidak mampu ditahan lama. Terasa mahu rebah di situ juga. Eshal membetulkan jaket berlengan panjang yang dipakainya untuk menutupi jersi bola keranjangnya yang dibasahi peluh. Lalu matanya melirik sayu ke arah kakinya yang disarung kasut suka berjenama Adidas edisi terhad.

Haih..kenapalah aku degil sangat tetap main bola karanjang waktu kaki aku tengah sakit? Ini semua salah si budak Nadhif lah! Pandai betul berpura-pura macam tidak sengaja. Padan muka kalah 13-2 jaring! Puas hati aku!

Tiba-tiba aku dapat rasakan bahuku dipegang seperti dipapah. Aku mendongak memandang ke sisiku. Seorang lelaki berpakaian kemeja segak tersenyum ke arahku. Aku pelik? Orang ni nak apa? Nak rompak aku ke?

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now