BAB 86 : Kejam

169 23 8
                                    

HATI Eshal mulai tidak keruan. Dadanya berdegup kencang sehingga boleh terdengar jelas bunyi degupan jantungnya. Tatkala itu, tiada sepatah kata pun yang mampu menggambarkan rasa terkejutnya.

Tidak pernah dia sangka kisah di sebalik semua ini sebenarnya telah dikendalikan oleh Tengku Zariq sejak dulu lagi! Lelaki yang tampak seperti seorang ayah dan suami idaman, rupa-rupanya pernah menghancurkan hati seorang isteri yang setia!

"Sebelum bercerai, papa tiba-tiba berubah keputusan tentang hak penjagaan kami. Perjanjian dibuat sehari sebelum ibu diceraikan." 

"Perjanjian apa?" Soal Eshal penuh tanda tanya.

"Papa berikan dua pilihan pada ibu. Sama ada nak biarkan aku dan Qaqa dijaga oleh dia atau dia akan mengambil hak penjagaan salah seorang dari kami."

Mulut Eshal melopong besar. "Maksudnya, sejak awal lagi papa memang ada niat nak pisahkan korang?"

Asyad diam. "Aku rasa, tak. Dia cuba nak buat ibu ubah keputusan dia untuk bercerai dulu. Tapi tak berjaya, sebab tulah dia nekad nak buat keputusan macam tu. Ibu pilih untuk jaga aku sebab dia yakin, papa akan jaga Qaqa dengan baik."

"Tapi..ibu sangkakan papa masih berbaik hati tetap izinkan kami jumpa dengan Qaqa walaupun lepas bercerai. Tetapi..tak sangka. Papa dah rancang segalanya!" Asyad menggenggam tangannya erat menggambarkan rasa geramnya yang memuncak. Wajahnya berubah tegang dan garang serta-merta.

"Segalanya? Apa maksud kau?" Soal Eshal tertanya-tanya.

"Dia..dia upah seorang doktor pakar daripada luar negara untuk padam segala memori kita orang. Sejak tu, kami tak akan ingat apa-apa, termasuklah memori kami bersama walaupun memori yang kami cipta untuk sesaat." Luah Asyad tegang.

Eshal tercegang. Zaman semoden ini sudah mampu membuatkan orang kehilangan ingatan?

"Takkan kau tak ingat apa-apa? Imposible! Sikit pun kau tak ingat pasal Asya?" Eshal mengerutkan kening curiga.

Asyad menggeleng kecil. "Waktu tu, aku cuma ingat segala memori aku dengan ibu. Dalam ingatan, aku cuma seorang anak tunggal tanpa ayah."

Eshal terlongo seketika. "Kau tak pernah jumpa Asya ke dalam tempoh hilang ingatan tu?"

Asyad mengetap gigi kuat. Tapak tangannya nyaris berdarah dek kukunya yang tajam menekan dalam kulit. Renungan matanya yang redup berubah bengis. Seakan-akan mata seekor helang menghambat mangsanya.

"Itulah kelemahan proses hilang ingatan ni. Kami tak boleh berjumpa, kalau tak ingatan kami akan pulih kembali. Untuk memastikan kami berdua tetap tidak mengenal sesama sendiri selepas ibu dan papa berpisah nanti, papa buat surat perjanjian."

"Perjanjiannya ialah, kami tak akan boleh nampakkan diri depan Qaqa buat selama-lamanya. Kalau tidak, papa akan ambil aku dan bawak kami jauh dari ibu. Kalau ia terjadi, ibu tak akan berjumpa kami lagi."

Eshal tidak mampu menyembunyikan rasa terkejutnya. Mulutnya ternganga besar seperti menyambut kedatangan lalat. Kelopak matanya tidak berkedip walau sekali umpama ada ubat gigi berperisa pudina di bawah kelopak mata!

"Aku..aku tak sangka papa sekejam ni." Ucap Eshal perlahan. Dia menghela nafas lembut. Pandangannya terhadap si ayah mertua terus berubah. Tidak sangka di sebalik perwatakannya yang tegas dan sangat menjadi air muka itu, mempunyai rahsia di sebaliknya.

Asyad diam menunduk memandang lantai. Hatinya ikutan pilu melihat kejamnya perangai si ayah ingin memisahkan anak sendiri dengan si ibu kandung.

"Then sebab tulah kau tak bagitahu Asya terus-terang sejak pertama kali jumpa. Kau nak dia pulihkan memori dia dengan sendirinya?" Bola mata Eshal seakan dihiasi dengan butiran bintang, terus bersinar.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now