M A A F🙏😥

135 18 6
                                    

Assalamualaikum.

First sekali, saya nak mintak maaf sangat pada para pembaca jikalau saya membuatkan anda bingung dan keliru dengan jalan cerita saya yang begitu tunggang terbalik ni. 

Sesungguhnya saya masih belajar dan masih cuba memperbaiki.

Sebelum ni, saya salah faham dan menyangka yang hubungan sama ayah tetapi berlainan ibu adalah bukan adik-beradik kandung. Dah lama saya terapkan fikiran saya dengan pemahaman yang salah ni. 

Salah saya tak selidik dulu sebelum buat cerita. Kan dah buat para pembaca keliru..salah siapa? 

Salah saya. 

Saya minta maaf. I'm truly sorry.

Tak ada niat langsung dalam hati saya nak beri para pembaca baca maklumat yang salah dah tidak tepat. Minta maaf sekali lagi. Dan awak yang tengah baca ni pun jangan salah faham macam saya tau. Sesat tu. Jangan ikut😔😟

Mungkin ada ke yang salah faham macam saya? Tak apa, meh kita ubah fikiran kita yang sesat ini bersama-sama ya?


→INFO DIDAPATI BERDASARKAN CARIAN GOOGLE.

✔seIbu dan seBapa memang adik beradik kandung.
↪Haa..ini memang semua tahu kan? Siapa yang tak tahu tu? Mari sini saya luku kepala tu sikit. Biar laju sikit pengaliran darah ke otak. Hahahaa, gurau je. jangan ambil hati.😁

✔Lain Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung
↪Inilah yang saya salah fahamnya. Korang baca baik-baik ya. Lain ibu dan sama ayah, anak-anak mereka tetap anak kandung atau nama lainnya, adik-beradik sebapa. Dalam situasi Tundukkan Gangster Sekolah, Asya dan Asy tetap adik-beradik kandung. Clear tak?

✔Sama Ibu dan lain Bapa → Adik beradik kandung
↪Ini pun adik beradik kandung tau. Sama ibu tapi lain bapa, anak-anak mereka tetap adik beradik kandung atau nama lainnya, adik beradik seibu. Maklumlah yaa..

Lain Ibu dan Lain Abah → Adik beradik tiri
↪Ini dah tahu ke belum? Saya dah bagitahu ni. Catatlah!

→HARAP PERKONGSIAN SAYA INI BERMANFAAT BUAT SEMUA


Baiklah. Saya rasa, semua dah faham jelas kan apa kesalahan saya? Sorry again. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini semasa menaip cerita. 

Thanks to hollapa sebab remind kan saya awal-awal. Thank you for your guidance. This means a lot to me.

Dan lagi satu saya nak bagitahu, saya dah sedar silap saya dalam kes Asya dan Asy tapi saya tak dapat ubah cerita. Kalau saya ubah, jalan cerita akan menjadi lebih serabut dan akan mendatangkan kekeliruan. Tak apa, yang saya dah published, saya tak akan usik lagi.

Tapi bagi BAB yang saya belum publish dan masih dalam proses pembaikan, saya akan cuba untuk tidak mention pasal 'bukan adik beradik kandung di antara Asya dan Asy'. Harap faham.

That's all. Saya harap kita sama-sama dapat membaiki kesalahan kita di dalam kehidupan seharian. Sama-sama kita menjadi lebih baik dari saat ini. Alahh..banyak pulak saya bebel ya? Alah, bukan selalu pun kan?

Akhir kata, maaf sekali lagi. Saya doakan anda semua di dalam keadaan sihat sentiasa di dalam dakapan hangat keluarga tersayang. 

Teruskanlah menyokong saya dan 'Tundukkan Gangster Sekolah', kisah cinta nakal di antara Asya Rizqa dan Eshal Daniyal yang tak pernah kekeringan idea! Mungkin ini berkat sokongan anda semua! Thanks!

Jangan pelik kenapa cerita tak ending-ending lagi. Kan saya dah cakap, idea tak pernah kering. Alhamdulillah, ilham yang datang mencurah-curah terkumpul dalam benak fikiran saya sehingga mewujudkan niat saya untuk menamatkan kisah cinta mereka ini di dalam satu lagi musim akan datang!

Tunggu jelah. Rasanya lama lagi kot..

Yalah, musim pertama ni pun banyak lagi persoalan yang masih belum terjawab. Saya tak nak jadi macam tajuk lagu Haqiem Rusli tu, 'Tergantung Sepi'. Siapa minat lagu tu? Angkat tangan!🙋‍♀️

Sebelum tamat, biar saya kongsikan satu kata-kata untuk anda semua. 

Alasan pemadam diwujudkan adalah untuk memadam kesalahan yang dibuat pensil. Memang boleh dipadam. Tetapi kesalahan yang berulang kali di tempat yang sama, akan membuatkan kertas itu hilang harganya.



Sampai sini saja coretan saya,
Assalamualaikum,
Dari saya,
AisyNana.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum