BAB 25 : Minta Tolong

208 27 0
                                    

KAMI berlima terkekek-kekek ketawa sambil menekan-nekan perut akibat terlalu galak ketawa. Aku juga tidak ketinggalan menunjukkan betapa beria-rianya aku ketawa ketika itu sehingga bergoyang-goyang meja bulat yang diduduki kami disebabkan ditepuk-tepuk beberapa kali. Sungguh! Jenaka Shasha memang tidak boleh bawa bincang!

"Seriuslah beb? Hahaha! Teruknya kau dulu Nuri!" Ejek aku terbayangkan wajah selamba Nuri apabila terjatuh seperti nangka busuk di khayalak ramai ketika hendak mengambil penghargaan di atas pentas. Aku tak dapat bayangkan jika aku yang ada di tempat Nuri. Mesti malu tujuh keturunan!

Nuri menunjuk wajah sebal. Tajam dia menjeling ke arah Mikhayla yang menceritakan kisah memalukan itu kepada Asya. Sememangnya waktu itu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia mahu menyembamkan muka di dalam tanah. Malu yang amat! Lagi-lagi apabila dia melihat Zayyad turut gelak ketika itu. Semakin bertambahlah rasa malu dalam diri.

"Memang teruk sangat Asya! Lepastu, boleh pulak dia buat muka selamba dia macam tak ada apa-apa yang berlaku ambil hadiah dekat atas pentas. Tuan Syafiq pun ketawa waktu tu!" Tokok tambah Nisa pula. Dia masih galak ketawa tika kenangan lama itu bermain kembali di benak fikiran. 

"Iya? Ishh, ishh, ishh.. Macam manalah kau boleh jatuh waktu tu Nuri? Aku tak boleh bayanglah. Mesti gamat satu dewan gelakkan kau kan?" Soalku dengan tawa yang masih bersisa kepada Nuri. Nuri membuang pandangan ke arah lain dengan wajah jengkelnya. Muak sungguh dia apabila kisah lama diselak kembali.

"Bukan setakat satu dewan, mak cik tukang cuci yang kebetulan lalu dekat situ pun tergelak sekali!" Tambah Shasha pula masih lagi sakan ketawa hingga terkeluar air mata. 

Semakin kuatlah ketawa aku mendengar tokok Shasha. Wajah jengkel yang dipamerkan Nuri langsung kami tidak diendahkan. Beberapa pasang mata curi-curi memerhati kami juga tidak dihiraukan. Dibiarkan saja kami menjadi pusat tumpuan. Nak buat macam mana? Hati kami bagai digeletek tidak henti membayangkan kisah lucu itu.

"Akak!"

Pantas aku menoleh ke arah suara itu secara spontan. Terus hati aku terjentik rasa hairan. "Aik Asy? Awal kau siap latihan teater tu? Biasanya sampai habis sekolah kau dekat dalam bilik teater tu." Ucapku membuang pandangan ke arah Asy yang masih tercungap-cungap mengambil nafas. Baru lepas berolahraga ke apa?

"Akak..kau kena tolong aku." Bicara Asy dengan nafas yang tidak teratur. Tertunduk-tunduk kepalanya mengambil udara bebas.

Aku meletakkan cawan kaca besar berisi air sirap bandung di tepi. Tubuhku dipalingkan menghadap Asy menanti butiran Asy yang selanjutny.

"Aihh..Asy. Datang-datang sini mintak tolong Asya. Apa cerita?" Tanya Nuri turut hairan melihat Asy seperti orang yang baru berlari dikejar anjing. Macam orang diserang asma pun ada!

"Ah! Aku tak ada masa nak minum kopi dengan korang dekat sini. Nanti-nantilah aku cerita. Aku nak akak cepat ikut aku pergi bilik teater. Sekarang!"

Terbeliak bola mataku mendengar arahan drastik dari Asy. Eh! Suka hati pulak dia mengarah kita. Dia ingat dia Perdana Menteri ke apa? "Eh, eh! Kejap, kejap! Kenapa aku kena pergi bilik teater pulak? Aku tak habis makan lagi...!" Balasku sambil menunjukkan sepinggan nasi goreng kampung yang berbaki di atas pinggan. 

Asy menggeleng kepalanya laju buat beberapa kali. "Tak boleh! Tak boleh! Akak kena ikut aku sekarang jugak. Ada masalah. Miss Layla panggil kau."

Aku mendongak mendengar nama Miss Layla iaitu cikgu muda yang mengendalikan Kelab Drama dan Teater di sekolah elit itu. Aku dengar, banyak pelakon-pelakon muda yang terkenal sekarang ini adalah bekas pelajar Miss Layla. Dengarnya, cikgu itu memang berbakat dalam bidang lakonan. Tapi..apa kena mengena dengan aku dalam masalah diorang tu?

"Haa? Kenapa Miss Layla panggil aku?" Soalku hairan. Aku menoleh memandang Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha dengan pandangan pelik. Kami berbalas pandang.

"Tak ada masa aku nak jelaskan benda ni sekarang. Yang penting, kau ikut aku pergi bilik teater sekarang!" Ulang Asy lagi dengan suara yang ditekan kuat.

Aku membolakkan biji mata. Dek kerana sudah tidak tahan diarah benda sama dari tadi, aku mengalah. Cepat-cepat aku menghirup sampai habis baki air sirap bandung di dalam cawan. Wajah Asy sudah memerah. Mungkin kerana baru berlari di dalam suasana terik. Titisan peluh mengalir di dahi licin lelaki itu. Aku tersenyum nipis.

Poketku aku seluk mendapatkan sehelai sapu tangan lalu diberikan kepada Asy. "Kau tu ada ramai peminat. Jaga imej sikit boleh?" Ejekku dengan wajah mengejek.

Asy tersengih kelat. Lantas dia merampas sapu tangan dari tangan Asy kemudian mengelap kering peluh-peluh yang lebat membasahi dahi. Aku menggeleng kecil. Benda macam tu pun kena ingatkan ke? Masalah apa yang penting sangat sampai dia tak pedulikan imej dia depan orang ramai?

"Okeylah guys. Kita sembang lain kalilah. Kalau ada masa nanti, korang cerita lagi tau sambungan cerita tu." Ujarku bernada bergurau merujuk kepada Nuri. Nuri sudah berubah riak wajah. Ishh! Tak habis-habis nak ungkit kisah lama. Tak bosan ke?

Aku ketawa lagi. Mikhayla, Nisa dan Shasha turut ikut ketawa. Seronok betul kenakan si Nuri ni. "Okey Asya. Nanti aku cerita pasal kisah cinta monyet Nuri pulak!" Tambah Nisa menyemarakkan lagi api kemarahan Nuri. Mencerlung tajam bola mata Nuri terarah ke arah kawan-kawannya yang galak ketawa. 

"Hahaha! Okey! Tak sabar aku nak dengar." Gurauku lagi.

"Korang ni memang tau! Suka bukak aib orang!" Marah Nuri membuak-buak. Sebal hatinya disebabkan dari tadi menjadi bahan perbualan kawan-kawannya. Besar kecil je dia tengok Nisa yang mula-mula menyingkap kisah memalukan itu dihadapan Asya. Tapi bila Asya dah dengar, semakin berlarutanlah cerita itu diselongkar.

Aku tersengih. "Tak apa Nuri. Nanti kau cerita kisah Nisa pulak. Mesti lagi lawak kan?"

Nuri beria-ria mengangguk. Dia tersengih jahat memandang Nisa. "Ha..boleh! Segala cerita aku ceritakan pada kau. Dari zaman dia kencing dekat tilam..sampailah zaman dia terkinja macam monyet!" 

Menggelegak darah Nisa apabila mendengar kata 'terkinja macam monyet' yang terluncur di bibir Nuri. Tersentap hatiku memahami ejekan Nuri yang bermaksud tentang satu kisah memalukan yang terjadi ketika dia menyertai pertandingan menari. Serta-merta darah panas menyerbu wajah.

"Arghh Nuri! Janganlah cerita!" Giliran Nisa pula yang memarahi Nuri. Nuri sekadar ketawa puas. Ha..baru puas hati aku. Kau tunggu eh Nisa. Masa aku pulak nak bongkar aib kau. Tadi seronok sangatkan gelakkan kisah aku? Kau rasalah nanti. Nuri berbisik nakal di dalam hati kecilnya.

Aku gelak lagi. Dapat dilihat tatapan mata Nuri dan Nisa yang tajam saling berbalas. Seperti sedang menyambungkan arus elektrik kuat. Mikhayla dan Shasha menggeleng-geleng kepala memerhati Nuri dan Nisa sambil berbalas pandangan tajam. 

"Akak!! Kau sempat lagi ketawa? Cepatlah!" Kuat Asy mengarah aku lagi. Dia sudah menapak jauh di luar kawasan kantin sekolah. Merah padam muka aku melihat ada mata-mata yang memandang kami dua beradik pelik. 

Laju aku mengatur langkah menghampiri Asy dengan kaki menghentak-hentak tanah menunjukkan protes. Kelat tambah masam wajahku ditunjukkan kepadanya. Memang sengaja nak bagi aku malu ke apa? Suka hati je terjerit-jerit panggil aku macam aku kucing? Nasib baik sekarang ni dekat sekolah, kalau tak memang dah putus telinga kau aku kerjakan!

Asy tersenyum sinis memandang wajah kelat masam Asya. Kalau di rumah ketika itu, pasti telinganya sudah menjadi tujuan tangan Asya piat sehingga tercabut. Dia tahu Asya tidak akan berani memulas telinganya di hadapan orang ramai. Oleh sebab itulah dia bebas menggunakan kesempatan untuk mengarah Asya. Kalau di tempat lain..memang tak lah dia nak mengarah Asya macam tu. Tengku Asya Rizqa kot? Boleh dapat anugerah kakak paling garang di dalam Selangor tau!

Bersambung.

Kadangkala kita perlu gagal berkali-kali supaya dapat meraih sebuah kejayaan yang paling penting sekali.

-Cik Pena AS-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now