BAB 41 : Dah Tak Merajuk

170 27 0
                                    

MACAM orang gila, aku tersenyum-senyum seorang diri. Tiba-tiba pulak aku terteringatkan kejadian malam tadi. Suara merdu Eshal sekali lagi terngiang-ngiang di telinga. Rasa rugi pulak sebab tak dengar nyanyian dia sampai habis. Dah sebab suara dia sedap sangat buat aku mengantuk.

"Jika..memang kau tercipta untukku, maka..izinkan aku mengenalmu. Izinkanlah..aku menjadi, sebahagian hidupmu..." Spontan bibirku menyanyi kecil lagu yang dinyanyikan Eshal semalam. 

Hati terasa begitu senang sekali. Sekali tengok macam orang angau pun ada. Bilalah lelaki tu nak sembuh agaknya? Mataku kekal memerhati ke arah meja tempat kosong yang menjadi tempat duduk Eshal. 

Agaknya, bilalah kerusi kosong tu nak berpenghuni eh?

"Assalamualaikum!"

Aku tersentak. Kali ini, barulah mataku dapat melihat jelas. Tidak seperti tadi. Hanya bayang wajah Eshal sahaja yang memenuhi ruang mata. Senyum nakal Nisa pula yang mngganti bayangan Eshal tadi. Aku tersengih.

"Waalaikumussalam. Kau ni Nisa.. Suka jerkah-jerkah orang. Buatnya aku ada penyakit jantung macam mana? Tak ke dah arwah?" Bebelku dengan nada bergurau. 

"Ishh, kau ni Asya. Hari-hari Jumaat macam ni kau cakap macam arwah. Tak elok tau." Balas Nisa sambil jari telunjuknya ke kanan ke kiri. 

Aku tersenyum. Tiba-tiba aku nampak Mikhyala, Nuri dan Shasha beriringan memasuki kelas. Saat itu, hatiku baru teringat tentang apa yang dikatakan mama malam semalam untuk menjemput kawan-kawanku ke majlis doa selamat dan tahlil yang akan diadakan malam ini.

Sesampai sahaja Mikhayla, Nuri dan Shasha ke tempat duduknya, terus aku berdiri macam hendak memberi pengumuman. Walhal, aku cuma mahu mengajak mereka berempat sahaja. Hehehe...

"Okay guys. Malam ni, aku nak jemput korang datang rumah aku. Mama dan oaoa aku ada buat majlis doa selamat dan tahlil. Diorang nak pergi buat umrah. Aku harap korang dapat datanglah..Boleh?" Kataku sekali nafas.

Bola mata Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha terbutang. "Whoaa! Akhirnya dapat jugak kitorang pergi rumah kau. Best! Confirm! Malam ni, aku mesti datang. Kau bagi je alamat dan pukul berapa. Gerenti aku datang." Ujar Mikhayla bersemangat sekali.

Aku senyum simpul. "Korang?"

"Isshh..mestilah kitorang datang. Takkanlah kitorang nak biarkan kesempatan ni kan? Aku pun teringin nak tengok rumah kau. Mesti besar kan?" Balas Nuri mengangguk-anggukkan kepalanya laju tanda bersetuju.

Aku senyum lagi. Aku memandang ke arah Nisa dan Shasha bertanyakan respon mereka pula melalui isyarat mata.

"Alah, kau ni Asya. Takkanlah kitorang tak datang kan? Aku on je!" Kata Nuri pula.

"Err..kau Shasha?" Soalku melihat Shasha masih membisu tidak membalas pertanyaanku. 

Raut wajah Shasha muram. Dia menunduk ke lantai. Aku naik kehairanan. Setelah beberapa saat membisu, dia mengangkat wajah. "Aku..aku nak sangat join korang tapi..."

Aku, Mikhayla, Nuri dan Nisa saling berpandangan. "Kenapa?" Tanya kami serentak.

Shasha menguntum senyuman kelat. "Mak cik aku dari Johor nak balik sini. Aku kena jemput dia dari stesen bas. I'm sorry guys. I can't join you guys." Jelasku kedengaran begitu lirih sekali.

Kami berempat saling memandang Shasha dengan senyum nipis. Tanganku memaut tangan Shasha yang dirundung rasa bersalah. "Tak apalah. Lain kali pun boleh. Keluarga lebih penting kan?" Ujarku dengan nada memujuk.

"Alah..kau jangan cakap macam tu. Kawan-kawan aku pun penting." Bibir Shasha makin muncung ke depan.

Aku, Mikhayla, Nisa dan Nuri ketawa serentak. Lucu melihat bibir mungil Shasha memuncung panjang macam itik. Lagi-lagi dengan pipi gebu Shasha yang sengaja dikembungkan, memang nampak macam teddy bear sangat!

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now