BAB 61 : Merajuk Lagi

147 23 0
                                    

"BANYAK nya kau beli barang. Apa kau nak buat dengan barang ni kak?" Soal Asy sebaik sahaja aku meletakkan beg-beg kertas di atas meja dapur. 

"Aku nak bagi makan kucing. Kau ada nampak kucing dekat-dekat sini tak?" Selorohku lantas ketawa lihat wajah masam Asy. Aku tidak mahu mengingat lagi tentang kata-kata Asyad di sekolah tadi. Makin aku fikir, makin aku tertekan. Baik aku anggap dia bergurau je.

"Betul-betul lah.." Muncung bibir Asy mendengar selorohku tadi.

Aku ketawa kecil. Macam budak!

"Oh, ya! Mana abang ipar kau?" Soalku pada Asy. Sejak aku masuk rumah 10 minit lalu, ruang tamu sunyi tanpa sesiapa. Dekat bilik ke?

Asy diam. Dia memandang aku dalam-dalam. "Ni satu lagi aku nak tanya, kau gaduh dengan Eshal eh?"

Aku membisukan diri. Eshal mengadu ke? Tapi, kitorang bukan gaduh pun sebenarnya. Cuma aku ada tersalah cakap sikit je. Tapi dia yang sentap lebih. Itupun dikira gaduh ke? 

"Tak adalah. Salah faham sikit je." Balasku sambil membawa keluar sepaket gula halus dari dalam beg kertas. Kemudian aku keluarkan sepaket serbuk koko pula. Pergerakanku diperhatikan oleh Asy tanpa kerdip.

"Kau nak buat apa ni kak? Banyaknya beli bahan masak. Kau nak buat kek eh?" Tanya Asy terkebil-kebil.

Aku senyum nipis. Serta-merta wajah Eshal bermain di layar fikiranku. "Ha'ah. Kenapa? Tak boleh?"

Asy diam. "Asal tiba-tiba je nak buat kek?" Tanya lelaki itu lagi.

Mataku melirik ke kiri dan ke kanan memastikan tiada telinga lain yang mencuri dengar. Lantas aku mendekatkan mulut ke arah telinga Asy. "Aku nak buat kek coklat. Untuk pujuk abang ipar kau tulah.." Kataku di dalam nada berbisik. Aku senyum penuh makna. Lalu aku membuat isyarat diam.

Asy senyum sumbing mengangguk kecil. 

"Okeylah. Aku nak tukar baju kemudian nak solat. Dah lambat. Kau tolong aku kemas barang ni kejap boleh tak?" Pintaku sambil membasuh tangan di singki.

Asy mengangguk. "Tak ada hal lah. Kau pergilah tukar baju tu. Sayang jugak akak dengan Eshal eh." Selamba Asy mengusik.

Terbutang biji mata mendengar kata lepas Asy. "Asy! Apa ni?" Memerah kulit wajahku menahan malu.

Asy ketawa kecil. "Yalah, yalah. Dah pergi cepat." Halaunya terus mencapai dua tin susu cair lalu disimpan ke arah rak penyimpanan bahan masakan.

Aku menepuk wajahku berkali-kali. Eii! Tak pasal-pasal muka aku dah merah. Dahlah aku nak masuk bilik. Buatnya Eshal tanya, macam mana? Sabar jelah dapat adik macam ni!

Aku meninggalkan ruang dapur lantas menapak memanjat tangga menuju ke arah bilikku. Tombol pintu bilik dipulas perlahan, sebelum langkahku terhenti apabila mendengar bunyi dengkuran halus menyapa telinga. Aku kaku sekejap.

'Dia tidur ke?' Aku menolak daun pintu luas sebelum menutup rapat pintu bilik. Aku berjalan beberapa tapak sebelum melihat sekujur tubuh nyenyak terlena di atas katil. Aku senyum nipis. 

Tidak mahu menganggu lelaki itu terlena, aku segera mencapai baju dan tualaku untuk mandi dan kemudian menunaikan solat Zohor ku yang hampir tertinggal.

Selepas beberapa minit, aku melipat telekungku kemas lalu diletakkan di atas meja. Aku meraup seluruh wajahku yang masih basah dengan air wudhu'. Jari-jemariku mengurut dahiku sekejap. Terasa pening pula. Rasa macam nak tidur tapi aku bila teringatkan pasal kek coklat tu, rasa tak boleh tidur pulak.

Aku pandang ke arah bingkai gambarku dengan arwah tok ma. Memang semua memori yang dirindui dan tidak mungkin dapat berulang kembali. Tanganku mengusap wajah tenang arwah tok ma di bingkai gambar. Hatiku dipagut sayu tiba-tiba.

Saatku sendiri, kau lihat foto dan video,
Bersamamu yang tlah lama ku simpan,
Hancur hati ini, 
Melihat semua gambar diri,
Yang tak bisa,
Ku ulang kembali..

Entah mengapa, sayup bibirku menyanyi lagu yang didendangkan oleh penyanyi Indonesia terkenal, Andmesh. Lirik lagu Hanya Rindu itu benar-benar kena dengan rasa hatiku kini. Mataku masih tetap memerhati wajah tok ma di foto. Senyum wanita itu terasa hangat sekali.

Ku ingin saat ini,
Engkau ada di sini,
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi,
Walau hanya sebentar,
Tuhan,
Tolong kabulkanlah,
Bukannya diri ini tak terima kenyataan,
Hati ini,
Hanya rindu...

Aku senyum tawar. Bila rindu kepada arwah tok ma datang menerpa, aku rasa lemah tak terdaya. Tanpa aku sedar, sudah mahu hampir setengah tahun dia pergi meninggalkan aku. Meninggalkan kami. Meninggalkan kenangan dia dengan aku.

Aku menghembus nafas berat. Seolah-olah melepaskan tekanan yang berat membebani kepala. Aku memalingkan kepala hendak menuju ke muka pintu. Serta-merta langkah aku terhenti. "Kau...dah bangun?" Lembut suaraku meniti bibir menyembunyikan rasa tergamamku melihat Eshal berwajah mamai memandangku dengan pandangan tajam.

Terkebil-kebil sekejap aku apabila teringatkan aku tidak menyarung tudung di kepala. Haih..malu! Tapi aku cuba sembunyikan rasa gentarku. Aku harap dia tak perasanlah pasal rambut aku ni. Lupa pulak yang aku ni dah bersuami!

Eshal diam. Matanya kekal menatap wajah Asya di kejauhan. Hatinya terasa perit mendengar nyanyian sayu Asya tadi. Nyanyian yang merdu namun terselirat dengan 1001 makna tersendiri. Hanya mendengar gadis itu bernyanyi, Eshal dapat merasakan yang gadis itu kesunyian.

"Kau dah makan?" Tanyaku lagi apabila dia membisukan diri. Perlahan-lahan aku mengatur langkah sebelum duduk bersila di sebelahnya.

Diam.

"Dah lama ke kau tidur?" Soalku lagi cuba hendak membangkitkan mood lelaki itu berbicara namun aku hampa.

Diam lagi.

Aku menghela nafas perlahan. Mata Eshal tetap tajam menujah ke dalam bola mataku. Aku mengukir senyum nipis. "Kau merajuk lagi ke?" Tanyaku perlahan.

Diam lagi dan lagi.

Siapa yang boleh tahan cakap dengan tunggul ni? Aku sekali lagi menghembus nafas lembut. Aku memandang wajah Eshal yang begitu dekat. Namun dia sedang baring mengiring menghadapku yang duduk bersila menghadapnya. Wajahnya tegang menatapku. Pandangan mata kami bersabung. 

"Okey..fine. Aku tak nak kacau kau. Kau merajuklah. Merajuk sorang-sorang." Kataku lantas turun dari atas katil hendak melangkah pergi. 

Eshal tetap diam lagi, lagi dan lagi. Aku mengeluh lagi. Tidak menanti kata-katanya yang selanjutnya, aku terus melangkah keluar dari dalam bilik itu. Bercakap sendiri betul-betul buat aku rasa macam dipulaukan. Dahlah aku ni jenis mulut bertih jagung, manalah boleh dipalaukan orang? 

'Kau cintakan aku ke Asya?' Buat kesekian kali, soalan yang sama bermain di fikiran Eshal. Lelaki itu terus merebahkan kepala ke atas bantal, memikirkan soal cinta yang tidak berkesudahan.

Bersambung.

Some people come into your life just to teach you how to let go.

-AisyNana-


𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now