BAB 34 : Awal Pagi

199 23 0
                                    

SEBAIK sahaja selesai mengemas apa yang patut di dalam beg sandang comelku yang berwarna putih bercorak kucing, aku memandang cermin di bilikku buat ke sekian kali. 

Seawal pukul 6 pagi, aku sudah siap berpakaian kasual hendak memenuhi syarat yang dikenakan Eshal beberapa hari dahulu.

Aku terpaksa ponteng sekolah disebabkan syarat yang dikenakan budak gangster tu. Ada ke dia suruh aku tengok dia waktu perlawanan bola keranjang dia dekat stadium hari ni? Nasib baiklah hati aku ni suci bak nirmala, aku turutkan aje walaupun bengkak di hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Nasib baiklah aku dah bagitahu mama dan papa awal-awal tentang aku akan ke stadium bola keranjang hari ini. 

Cuma Asy jelah aku tak begitahu. Kalau aku bagitahu, mesti dia kurung aku dalam bilik tak bagi aku keluar. Lagi-lagi sejak aku 'terbuat' perangai semalam, habis semua benda dia nak kontrol sampai aku naik gila nak bagi alasan.

Tiba-tiba telefon pintarku berdering kuat minta diangkat. Cepat-cepat aku menekan tombol hijau tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Aku dah sampai dekat bawah rumah kau ni." Kata-kata Eshal membuatkan aku tergamam. 

"What? Kan aku dah kata aku pergi dengan driver aku? Kenapa degil sangat nak ambik aku ni? Dah tukar job dari gangster jadi driver ke?" Mulutku tidak henti-henti membebel sambil berjalan menuju keluar dari dalam bilikku. Aku tidak mahu Eshal tunggu lama-lama dekat luar dengan kereta mewahnya itu. 

"Bisinglah kau ni. Macam mak nenek! Cepatlah. Aku kira sampai tiga je. Satu.."

"Eh! Kejaplah! Hish! Tak reti sabar langsung!" Jeritku dengan nada berbisik perlahan-lahan berjalan menuruni tangga. Langkah kakiku diatur kemas menuju ke arah pintu keluar rumah. Lantas tombol pintu itu aku pulas perlahan, sebelum angin dingin pagi tenang menyapa pipi gebuku.

Kereta mewah BMW putih terpampang di hadapan mataku di sebalik kesuraman di awal pagi itu. Aku berdengus perlahan sambil menyarung kasut sukan pada kaki. Terus aku menutup panggilan telefon itu tanpa menunggu balasan ata-kata Eshal yang selanjutnya. Buat apa nak tunggu dia balas? Nanti jumpa juga dalam kereta.

"Assalamualaikum!" Ucapku sebaik sahaja tubuhku masuk ke dalam kereta BMW nya.

Eshal sekadar menjeling. Dia manjawab salam di dalam hati sahaja. Malas hendak melayan budak kecil di sebelahnya. Sebaik sahaja Asya sudah sepeuhnya memasuki keretanya, teus dia menekan minyak kereta keluar dari perkarangan rumah banglo mewah itu. 

"Errm..Eshal. Macam mana kau tahu rumah aku dekat mana?" Soalku memecah kebisuan di antara kami berdua. Entah mengapa lelaki ini macam orang bisu pulak hari ni. Biasanya ada sahaja usikan nakalnya yang memanaskan diriku di pagi hari ini.

"Aku tahulah." Jawab Eshal pendek.

 Okay. Kali ini aku yakin yang Eshal benar-benar lain dari biasanya. Aku memusingkan wajahku memandang seraut wajahnya yang serius memandangku. Melihat raut wajahnya yang berkerut seribu, terus aku ketawa terbahak-bahak. Kini aku mengerti sebab dia menjadi lain pada hari ini.

"Hahaha! Kau nervous eh Eshal? Hahaha! Aku tak sangka gangster pun tahu nervous!" ku gelak lagi tidak ingat dunia siap menekan-nekan perut akibat terlalu banyak ketawa.

Merah kulit muka Eshal apabila dia diketawakan Asya. Ah..akhirnya dia tidak mampu menyembunyikan gemuruh yang terpampang jelas di raut wajahnya. Sungguh dia tidak mampu menipu. 

Dia berasa gemuruh kerana perlawan bola keranjang akan bermua lagi beberapa jam. Walaupun dia yakin yang dia sudah cukup berlatih, dia tetap takut mengecewakan sesiapa di sisinya.

Melihat Eshal tidak membalas, aku berhenti ketawa serta-merta. Aku sedar mungkin kali ini aku tak boleh membawa gurau situasi seperti ini walau kala ini aku benar-benar ingin ketawa. 

Eshal pasi sedang gemuruh tentang perlawan bola keranjang yang akan berlangsung pada pukul 8 nanti. Aku kena buat sesuatu.

"Eshal. Baru-baru ni aku ada jumpa satu soalan fizik yang aku fikir susah gila." Ujarku cuba menyusun ayat dengan sesuai.

Eshal menjongket keningnya. Matanya dilirikkan ke arah sambil dia serius memandu. "Apa?" Soalnya acuh tak acuh.

"Soalan dia macam ni...Kenapa anak babi, dia kalau berjalan mesti tunduk? Kau tahu tak jawapannya?"

Eshal diam. Eh? Dia rasa macam pernah dengar je soalan ni. Setelah beberapa saat ligat berfikir, baru dia teringat yang adiknya, Elana pernah memberikannya soalan yang sama Asya tanya. Dia tersengih sambil memandang Asya sekilas.

"Jawapannya sebab dia malu mak dan bapak dia babi. Kepala kau ni soalan fizik. Agak-agaklah pun nak bodohkan aku. Ada pulak soalan fizik macam tu." Omel Eshal tersengih tidak henti.

Aku senyum sumbing. Hatiku bagai dicucuk rasa bahagia melihat Eshal sudah mula tersenyum dan melupakan gemuruhnya tadi. Mungkin dengan sebaris seoalan teka-teki mampu membuatkan dia senyum lagi? Mungkinkan?

.

.

.

TEPAT pukul 7, akhirnya kami sampai ke stadium bola keranjang yang terletak di Kuala Lumpur itu. Kelihatan ahli bola keranjang yang lain sudah tiba bersama jurulatih begitu juga dengan Haff, Aqlan dan Zayyad. Mereka sedang sibuk berbual sambil melakukan beberapa regangan otot badan.

Aku melemparkan senyuman manis saat bola mataku bertembung dengan mereka. "Selamat pagi." Sapaku mesra tidak mahu merosakkan mood mereka pada awal pagi itu.

Haff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal melihat kemuculan Asya yang tiba-tiba. "Aik Asya? Takkan perlawanan ni pun Eshal suruh kau teman? Seriuslah?" Tanya Haff ragu. Atau mungkinkah Asya yang sengaja mahu datang sini menyaksikan mereka bertanding pada pagi itu?

Eshal tidak menghiraukan soalan rakannya itu lantas melakukan senaman ringan. Dalam kereta tadi selepas dihiburkan Asya tadi, dia okey saja. Tak ada pun rasa gemuruh macam ni. Sejak turun sahaja kereta, rasa gemuruh tadi mula menyerbu dadanya. 

Terasa sesak di ruang fikiran memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

Haff memandangku apabila Eshal tidak menghiraukannya seolah-olah sedang bertanyakan 'Kenapa dengan Eshal tu?' melalui tatapannya. Aku sekadar mengangkat bahu tidak tahu.

"Oh ya Asya. Kau dah okey lepas kejadian semalam?" Tegur Aqlan tiba-tiba teringat peristiwa yang berlaku semalam.

Aku mengangguk seraya memberikan senyuman pahit. 

"Baguslah." Kata Aqlan mengangguk kepalanya. Lega mungkin?



Bersambung.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.

-Cik Pena AS-


𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now