BAB 44 : Bagai Bidadari

158 26 2
                                    

"WEIH Eshal, Eshal! Tolong aku cepat!" Kasar Haff memukul kaki Eshal cemas apabila karakter Mobile Legends nya diserang musuh sehingga dia hampir K.O. Lupa seketika tentang kesakitan kaki Eshal.

"Ouch! Sakitlah bongok!" Laju sahaja mulut Eshal meluncurkan kata carutan.

Haff tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia pandang skrin telefonnya balik. "Ahh....! KALAH!" Terus Haff melempar telefon pintarnya tidak puas hati apabila kemenangan bukan berpihak padanya.

Eshal turut melepaskan satu dengusan kasar, tidak segan melemparkan telefon pintarnya ke tepi. Zayyad sekadar senyum sumbing memandang ke arah kedua orang kawan baiknya yang sama-sama sedang sebal asyik-asyik kalah memainkan permainan internet itu. Sudah tiga pusingan berturut-turut mereka mengalami kekalahan. Memang patutlah muka masam macam cuka!

"Relakslah bro.. Takkan benda ni pun nak stress? Relakslah.." Ucap Zayyad cuba menenangkan Eshal dan Haff. Kedua-dua orang jejaka itu memaparkan wajah sebal. Asyik kalah je, siapa tak frust kan?

Melihat kata-katanya tidak berjaya menenangkan kedua orang lelaki itu, Zayyad cuba menukar topik. "Oh ya Eshal. Kaki kau bila nak baik? Dah hampir 2 minggu kau tak datang sekolah. Kerja rumah berlambak tau. Takkan SPM nanti baru kau nak masuk sekolah?" 

Eshal menghembus nafas berat sambil ekor matanya menjeling ke arah kakinya yang masih berbalut. "Isnin minggu depan aku dah boleh masuk sekolah kot.. Aku tak pastilah. Aku pun dah tak sabar nak masuk sekolah. Asyik terperap je dalam bilik ni. Korang pun satu. Tak adanya nak lawat aku. Ini pun..kalau aku tak ajak, ada korang nak datang?" Cemberut wajah Eshal seakan-akan marah.

Haff tersenyum kerang busuk. "Sorrylah bro. Kitorang banyak kerja sekolah lah nak kena buat. Tak sempat nak lawak kau. Jangan terasa hati eh?" Ucap Haff menepuk belakang tubuh Eshal beberapa kali. Eshal hanya membalasnya dengan jelingan. 

"Mummy dengan daddy kau pergi mana? Kitorang sampai nampak diorang keluar. Aunty Lina siap pakai baju kurung. Uncle pun sama. Pakai baju Melayu. Ada majlis ke?" Soal Zayyad membuatkan Eshal sekali lagi menghela nafas berat.

"Asya.."

Haff dan Zayyad saling berpandangan. "Kenapa dengan Asya?"

Eshal mengangkat wajah menatap satu-persatu wajah tampan kawan-kawannya. "Mama dan papa Asya nak buat umrah minggu depan. Tu yang diorang buat majlis doa selamat sekaligus majlis tahlil untuk arwah tok ma Asya yang meninggal kira-kira 3 bulan lepas. Mummy dan daddy aku dijemput. Jadi, diorang pergilah." Terang Eshal memandang kakinya dengan perasaan geram.

'Semua salah kau lah kaki! Kalau kau tak buat hal, aku sepatutnya dapat ikut mummy dan daddy pergi rumah Asya tahu tak? Kau tahu tak aku ni rindu gila dekat perempuan tu? Semua gara-gara kau kaki!' Eshal berbisik geram di dalam hati.

Zayyad dan Haff mengangguk faham. "Oh? Jadi sebab tulah kau ajak kitorang lepak malam-malam ni?"

Eshal menjeling Haff tajam. "Sebab koranglah! Tak reti-reti nak lawat kawan baik sendiri. Kawan tengah sakit pun masih fikirkan pasal kerja sekolah. Kawan jenis apalah tu kan?" Nyatanya Eshal masih lagi terasa dengan keacuhan lelaki-lelaki itu terhadap dirinya sewaktu dia tengah sakit kaki minggu lepas.

Haff dan Zayyad terdiam tidak mahu bersuara. Ishh budak Eshal ni. Hati tisu betul! Bukannya kau patah kaki atau sekarat pun sampai kitorang kena lawat bagai!

"Ya Allah..Cantiknya!" Kedengaran suara Aqlan berteriak dengan nada kagum setelah beberapa minit berdiam diri ralit mengemas kini akaun Instagramnya. 

Eshal, Haff dan Zayyad serentak memandang Aqlan. Masing-masing saling berpandangan. "Apa yang cantik?" Soal mereka serentak.

Aqlan tersengih-sengih memandang kawan-kawannya. Seraya itu dia menunjukkan skrin telefonnya. "Korang tengok ni. Cantik gila Asya pakai baju kurung. Like an angel!" Bicara Aqlan bersungguh-sungguh.

Eshal, Haff dan Aqlan terlopong besar melihat gambar yang memenuhi segenap ruang skrin telefon Aqlan. Jelas kelihatan Asya dan Asy sedang bergambar dengan memakai baju Melayu dan baju kurung. Kemudian Aqlan menyelak skrinnya ke kiri pula. Terpapar pula gambar Asya berseorangan sedang tersenyum manis berlatar belakangkan gunung-ganang indah. Kelihatan cahaya warna-warni di belakangnya. Benar-benar tampak seperti seorang bidadari!

"Weih! Asya ke tu? Kenapa aku tak sedar yang dia tu cantik macam ni?" Pantas Zayyad merampas telefon pintar itu dari tangan Aqlan. Tidak kerdip kelopak matanya terlalu kagum dengan kecantikan yang dimiliki Asya.

Haff memuku kasar belakang kepala Zayyad. "Woi! Kau kata kau suka dengan Nuri? Ni apa citer?" 

Zayyad tersengih sambil menggosok belakang kepala yang terasa perit akibat dipukul tadi. "Nuri tetap di hati. Tak salahkan kalau aku mengagumi ciptaan Tuhan yang indah ini?" Balas Zayyad dengan senyum nakal.

Haff tergeleng kepala mendengar jawapan selamba Zayyad. Tiba-tiba sahaja dia dapat rasakan satu bahang seram di belakangnya. Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya ke belakang. Dia meneguk air liur serta-merta. Mengapa wajah Eshal seram sangat macam nak telan orang? Matanya tajam memandang Zayyad yang ralit memerhati raut wajah Asya di skrin telefon. Raut wajahnya tegang seperti sedang marah. 

"Err..Zayyad. Kau tak rasa yang kau dah tengok lama sangat? Apa kata kau bagi Eshal tengok pulak?" Ucap Haff hati-hati.

Aqlan mengangkat wajahnya hendak membalas namun mulutnya lumpuh tiba-tiba melihat raut wajah seram Eshal di belakang Haff. Dia mengangguk laju tidak ingin menyanggah kata-kata Haff. Pantas telefon pintar Aqlan bertukar tangan pada Eshal.

Eshal menghadiahkan jelingan tajam buat Aqlan. 'Ada hati nak tengok buah hati aku lama-lama? Kalau dah tak nak hidup, beranilah buat.. Aku akan pastikan kubur tempat kau!'

Mata Eshal melirik lama ke arah raut wajah Asya di skrin telefon. 'Manisnya...' Entah mengapa Eshal merasakan senyuman Asya ketika itu manis bagai gula. Mungkin lebih manis dari gula? Ditambah lagi dengan baju kurung berwarna merah jambu cair menyerlahkan lagi keayuan gadis itu. Eshal senyum meleret.

Sungguh! Dia sudah angau dek Asya!

Eshal melihat ruang comment pada gambar itu. Serta-merta dia berbahang panas. Nafasnya turun naik dengan mata terbutang besar.

@asy_raziqz 
Meet my lovely sister - @asya_rizqaz. You're so pretty this night, akak.
I love you till Jannah kak!  Happy always okay!

COMMENTS:

@purpleezy
Aww~ Cutenya kakak awak Asy! Like an angel

nano_nona
MY IDOL! Beautifull!

nazhankhaliss_
Can I get her phone number? Btw, that girl is so beatifull.

@adrianxn_
The most beautiful woman I have ever seen.


'Ya Allah! Gatalnya lelaki-lelaki buaya ni. Pantang tengok perempuan cantik, mulalah comment bukan-bukan. Siaplah diorang kalau aku jumpa nanti.' Eshal berdesis geram. Dia mencapai telefon pintarnya di sisi lalu mencari Instagram milik Asya.

"Nah. Jangan tengok gambar dia lagi." Eshal mencampakkan telefon Aqlan tepat jatuh ke riba Aqlan. Aqlan mengerutkan dahi. Apasal dengan Eshal ni? Dia? Siapa yang 'dia' maksudkan? Asya ke?

Haff menggeleng kepala melihat tindak tanduk aneh Eshal. 'Sah! Kawan aku yang ada hati batu ni dah jatuh cinta!' Zayyad dan Aqlan saling berpandangan. Masih tidak dapat menangkap apa yang Haff rasakan.

Bersambung.

Aspire to inspire before we expire.

-AisyNana-



𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now