BAB 73 : Temu Ramah

136 20 2
                                    

SATU tepukan kasar hinggap di bahu Eshal membuatkan lelaki itu tersentak lantas keluar dari angannya. Eshal pantas berpaling memandang rakan baiknya, Haff yang sedang terkekek-kekek ketawa.

"Kau apa hal?" Soal Eshal kasar, berang kerana angannya sirna dek Haff yang mengacau.

"Hahaha..dah lama aku tak nampak kau berangan. Kau ingatkan siapa ni? Dalam kelas Cikgu Huhaila tadi pun kau langsung tak beri perhatian. Apa masalah kau ni?" Haff selaku kawan paling memahami memainkan peranannya.

Eshal diam. "Mana ada masalah. Fikiran kau je tu." Ucap Eshal mengemas buku teks yang berselerak di atas mejanya. 

Dia pun tidak sedar yang dia mengelamun tadi. Fikirannya menerawang teringatkan bagaimana teruknya Asya menangis ketika gadis itu sedang tidur. Hatinya jadi kacau. Rasa ingin tahunya membuak. Apa yang dimimpikan gadis itu?

Haff senyum menampakkan sebaris giginya. "Hei, dengan orang lain kau boleh tipu tau. Tapi bila dengan aku, seluar dalam kau warna apa pun aku tahu tau."

Eshal senyum tawar. 

"Sejak bila pulak aku tipu kau? Eh, malaslah layan kau. Dah jom pergi kantin. Asy, Yad dan Lan pun dah dekat kantin kan? Aku pi dulu. Bye!" Licik benar Eshal melarikan topik perbualan. Secepat lipas kudung dia sempat mencapai beg kertas berisi bekalnya meluru keluar dari dalam kelas.

Haff ketawa kecil. "Woi! Lah...tak nak mengaku pulak. Woi Eshal! Tunggulah weih!" Haff pantas membuka langkah seribu mengejar Eshal yang jauh meninggalkannya.

Melihat babak geli hati itu, aku mengukir senyuman lebar. 'Haih, macam-macamlah diorang ni.' Bisik hatiku seraya memasukkan buku-buku latihan ke dalam beg sebelum tumpuan mataku beralih pula ke arah beg kertas yang aku letakkan di bawah meja. Spontan aku menyimpul senyum.

Aku mengangkat kepala memandang ke arah ke papan putih. Tumpuan mataku tiba-tiba dipaku ke arah Asyad yang sedang duduk di tempatnya. Aku menelan air liur seketika. Perlu ke aku cakap dengan dia?

Entah kenapa, aku pun tidak sedar tindakanku ketika itu. Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke arah tempat duduknya. Jarakku berdiri dengannya kini hanya beberapa meter. Tetapi dia masih lagi tidak menyedari aku yang begitu hampir dengannya.

"Asyad." Tegurku perlahan.

Serentak itu, Asyad pantas berpaling saat mendengar namanya diseru. Terkebil-kebil kelopak matanya memandangku. Aku senyum tawar. "Aku..nak cakap sikit dengan kau boleh?"

Asyad diam. Tidak membalas pertanyaanku, Asyad terus mengemas buku-buku di atas mejanya seakan-akan bersedia mahu meninggalkan tempat itu. Aku bingung. "Asyad. Kau dengar tak?"

Lelaki itu kekal membisu lagak seperti Asya langsung tiada di situ. Agak tergesa-gesa dia mengemas buku-bukunya yang berteraburan. Aku mengetap bibir geram. Aku panggil dia kan? Kenapa tak reti balas? Dah pekak ke?

"Asyad! Kau dengar tak aku panggil kau ni?" Aku menekan suaraku mengharap dia akan menoleh memandangku sekali lagi.

Namun aku hampa. Dia terus berlalu pergi tanpa menoleh sekilas ke arahku. Tidak tahu apa alasannya, hatiku seakan remuk memerhatikan langkahnya yang semakin menjauh. Dan akhirnya menghilang dari pandangan mata terbatasku.

'Kenapa? Dia pergi?' Satu helaan nafas berat aku lepaskan. Dia rasa bersalah ke? Mungkin aku tak patut kata dia penipu semalam. Tapi..bukan ke berfikiran macam tu sama sahaja seperti mengiyakan kata-katanya yang Asy..bukan adik kandung aku? Ya Allah..kenapalah satu-satu ujian datang dalam hidup aku. Sekarang, melibatkan adik aku. Apa aku nak buat?

Bingung.

Ya, itulah perasaan yang aku rasakan. Tidak tahu ingin mempercayai sesiapa. Ingin luahkan namun kerongkong suara bagaikan disekat batu. Dan aku hanya mampu melakukan sesuatu yang selalu aku buat. Pendam. Semakin pendam, semakin aku sakit.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now