BAB 82 : Kanser

192 21 4
                                    

BELUM sempat Eshal meletakkan kereta di dalam kotak parking secara kemas, aku sudah terlebih dahulu membuka pintu kereta. Resah di hatiku saat ini sudah tiada taranya. Air mataku yang sedari tadi merembes sepanjang perjalan ke hospital tadi sudah kering di pipi. Kepalaku tidak menoleh depan belakang je.

Tanpa aku sedari, aku tertinggal Eshal ke belakang. Ah, tak apalah. Ini bukan masa untuk fikir pasal dia. Aku kena..selesaikan yang lebih utama.

"Asya. Tunggu." Panggilan Eshal tidak aku hiraukan. Cepat-cepat aku melajukan langkah menuju ke wad kecemasan.

Tepat jangkaanku. Keadaan persekitaran hospital itu begitu sama seperti yang ada di dalam mimpiku. Dari jauh, kelihatan figura berbadan tegap sedang berdiri bersandar pada dinding. Langsung tidak menyedari kewujudan aku di kejauhan. 

Aku mengetap bibir mengawal air mata daripada jatuh lagi. Garang aku berjalan menghentak-hentak kaki menuju ke arahnya. 

"Asyad!" Tegurku sambil berjalan ke arahnya.

Mendengar namanya dipanggil, Asyad serentak berpaling mencari arah suara itu wujud. Dia terpana seketika melihat Asya dengan wajah keruh menghampirinya. Otaknya seprti mati fungsi. Lidahnya kelu tak terkata walau satu huruf.

"A..Asya? Kenapa kau ada dekat sini?" Soalnya di dalam nada terkejut.

Aku menggigit bibir geram mendengar pertanyaan lelaki itu. Itu ibu aku jugaklah bongok! Aku tak boleh ada dekat sini ke? Aku hanya mampu menjerit di dalam hati. Rasa hatiku kini bercampur-baur. Ada gembira, ada marah, sedih, teruja, lega dan kecewa.

Tiada tanda, aku mendekatinya rapat sebelum dengan penuh emosi aku menumbuk-numbuk perlahan dada lelaki itu. Tidak aku sedari yang kantung kelopak mata sudah dipenuhi air jernih. Air mataku mengalir deras saat melepaskan geram di dadanya.

"Ke..kenapa? Kenapa? Kenapa tak bagitahu aku? Kenapa bodohkan aku? Kenapa?" Keluhku di dalam nada sayu. Dahiku disandarkan pada dadanya. Hanya Tuhan yang tahu betapa berat rasa kecewa bersarang di dadaku. Kenapa?

Asyad kelu. Tangannya menggeletar. Tumbukan Asya di dadanya sedikitpun tiada rasa sakit. Tetapi melihat tangisan gadis itu mula bergema, hatinya bagai disiat hidup-hidup.

"Kau..kau dah ingat?" Soal Asyad bersama getaran yang berombak. Dia begitu ingin menenangkan tubuh gadis itu yang tersedu-sedan, tetapi dia perlukan jawapan dari mulut Asya bagi menentukan segalanya.

"Kenapa? Jawablah..Kenapa bodohkan aku Qiqi?" Aku tidak menjawab soalannya, terus-terusan menangis di dadanya. Air mataku begitu lebat menitis atas lantai hospital. Sudah lama aku tidak menangis teruk begini. Semuanya gara-gara dia.

"Alhamdulillah! Kau dah ingat. My Qaqa is back!" Asyad turut tidak mampu mengawal emosi, hampir mengalirkan air mata gembiranya di situ juga. Dipeluk erat tubuh yang dirinduinya itu. 11 tahun berpisah, tidak bersua dek kerana ego si orang tua. Natijahnya, mereka yang menjadi mangsa.

Eshal berdiri aku dari kejauhan. Nafasnya bergelora hebat tika itu. Cuba berfikir tenang dan rasional. Disimpan buku lima di dalam poket jaket. Kalau diikutkan hatinya yang sedang panas mendidih, sudah pasti lebam wajah Asyad itu dibuatnya.

'Eii...suka hati kepala bangang dia je peluk isteri aku? Dah puas hidup ke?' Eshal berbisik geram di dalam hati. Segera mendekati dua figura yang sedang berpelukan erat itu. Eshal tidak mahu fikir bukan-bukan kerena dia percaya, Asya tahu mana halal dan haram. Pasti ada sebab.

"Asya.." Tegur Eshal lembut cuba mengawal amarah melihat air mata sang isteri berguguran. Air mata Asya bagai pemadam api amarah Eshal yang tadinya membara bagai boleh meranapkan satu bangunan. Tetapi mendengar tangisan gadis itu saja sudah mampu membuatkan hati Eshal goyah.

Mendengar suara Eshal lembut menyapaku, buat aku tersentak seketika. Aku menoleh memandang ke belakang. Kelihatan dia sedang senyum tawar ke arahku. Tangisanku kian rancak melihat dia senyum begitu padaku.

Terus aku mendakap tubuh Eshal erat. Di dalam pelukannya, aku hamburkan segala tangisan dan kekecewaan yang tiada penghujungnya. Siapa yang boleh faham rasa kecewa seperti mana aku rasa waktu ini?

Asyad terkedu. 'Apahal Eshal ada dekat sini?'

Walaupun hidup dengan Asya cuma beberapa tahun, dia tahu adiknya tidak akan sesuka hati memeluk orang bukan mahram walaupun beremosi bagaimana sekalipun. Tidak tahu hendak menegur atau menghalang, tangisan Asya buat dia tidak sampai hati.

Melihat Asya seakan-akan tenang di dalam dakapan Eshal, dia sekadar mampu senyum nipis. Malas hendak bertelegah dengan lelaki yang memang tidak pernah sebulu dengannya sejak dia pertama kali menjejakkan kaki dalam kelas 5 Canggih. 

"Asya..kenapa ni? Janganlah macam ni. Shh..shh.." Lembut suara Eshal mencuba mententeramkan rasa hati gadis yang berada di dalam dakapannya. Namun mata Eshal begitu kontras dengan kata-katanya yang lembut tadi. Mata Eshal tajam melotot ke arah Asyad.

Asyad diam. Tidak tahu hendak bereaksi apa saat bola matanya menjadi santapan jelingan tajam Eshal. Sudahlah dia sedang keliru dengan kedatangan Asya dan Eshal yang tiba-tiba. Ditambah pula dengan aksi Asya kelihatan selamba memeluk tubuh Eshal di hadapan mata.

Aku tidak mampu bertenang. Malah tangisku semakin rancak. Sedu-sedan yang mengawal tubuhku tidak boleh aku kawal lagi. Seluruh tubuhku sudah dikawal dengan emosi yang aku rasakan waktu ini. Sedih, kecewa dalam masa yang sama serba salah.

"Asya.. La Ilaha Ilallah. Muhammadur Rasulullah. La Ilaha Ilallah. Muhammadur Rasulullah..." Perlahan dan sayup sahaja suara Eshal menenangkan aku dengan zikir. Ditambah lagi dengan kurniaan suara merdu yang dimilik Eshal, benar-benar ingin buat aku terlena di situ.

Aku mengangkat kepala perlahan menatapnya. Tangan kasar Eshal lembut sahaja mengusap air mataku yang mengalir di pipi. Aku senyum tawar. 

"Thank you." Ucapku padanya betul-betul ikhlas dari sudut hatiku. 

Eshal senyum manis membalas senyuman isterinya. "My pleasure." Balas Eshal dengan gaya seperti seorang penjaga istana bertemu sang puteri.

Aku senyum simpul sebelum kepalaku menoleh ke belakang. "Qiqi, ibu sakit apa?" 

Eshal termempan. Qiqi? Kenapa Asya panggil Asyad dengan nama Qiqi? Budak lelaki dalam mimpi dia tu, kan?

"Ibu..err.." Asyad kelihatan berat hendak menyatakannya. Jantungku mula berguncang hebat. Melihat wajah serba salah Asyad hendak memberitahuku jelas memberitahuku yang penyakit yang dihadapi ibuku teramatlah serius.

"Aku boleh tanya doktor kalau aku nak. Tapi sekarang ni, aku nak dengar dari mulut kau..Qiqi." Ucapku serius.

Asyad tertelan air liur. "Fine. First aku nak minta maaf dulu sebab tak bagitahu benda ni awal-awal. Dan.."

"Just tell me, ibu sakit apa?" Agak meninggi suaraku memotong kata-kata Asyad.

"Ibu sakit kanser payudara! Puas hati kau?" Bentak Asyad dengan penuh perasaan kesal di lubuk dadanya.

Jawapan Asyad serta-merta buat kepala lututku berketar. Tanganku berpaut erat pada lengan Eshal. "What--? Stage berapa Asyad? Dan..bila ibu kena kanser?" Soalku cuba mengawal riak wajah tenang.

Asyad menghela nafas berat. "Ibu..ibu dah masuk stage 4 sejak sebulan lepas."

"Ya Allah!" Lafazku perlahan menahan air mata daripada menitis lagi. Mendengar penyataan Asyad membuat aku sesak nafas. Dada terasa disesakkan dengan ketul-ketul batu. Nafasku jadi berterabur.

Tahap 4?

Ya Allah..dosa apa yang aku buat sampai kau uji aku macam ni sekali?

"Asya? Asya? Hei, jangan buat aku risau!" Eshal menggoncang tubuh Asya perlahan. Tubuh kecil itu tiba-tiba sahaja rebah di dalam dakapannya. Apa..apa sebenarnya yang terjadi ni?





Bersambung.

Sudahlah. Aku sudah penat dengan takdir yang selalu mempermainkan kita.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now