BAB 98 : Tegang

126 19 5
                                    

"NURI..."

"Hhmm?"

"Dari tadi aku nak cakap benda ni dekat kau Nuri. Tapi.."

"Hhmm..cakaplah."

Shasha, Mikhayla dan Nuri saling berpandangan. Masing-masing mengangguk kepala membenarkan Shasha bersuara bagi pihak mereka bertiga.

"Aku nak tanya....."

"Tanya apa, kau ni? Cirit-birit ke apa?" Perli Nuri naik menyampah.

"Aku nak tanya kenapa kita kena berdiri dekat luar sedangkan boleh duduk dekat dalam?!"

Terus terhenjut tinggi bahu Nuri, Mikhayla dan Nisa seperti baru sahaja medengar bunyi petir menyambar di atas kepala. Nuri mengurut dada berkali-kali mengawal rasa terkejutnya. Mikhayla pula spontan mengulang-ulang istigfar tidak terkira. 

Sedangkan Nisa sedang mengepal buku lima menahan geram kepada Shasha kerana tidak memberi signal untuk memberi kejutan mental. 

"Aishh..ah, budak ni! Kau sengaja cari gaduh ke apa? Tskk, macam orang gila terjerit-jerit. Nak tanya satu soalan pun macam payah sangat.." Gumam Nuri menahan geram memicit dahi sendiri.

Shasha mencebik. "Cih, siapa orang gila? Dia lagilah gila suruh orang berdiri tepi koridor padahal boleh duduk dekat tempat yang ada air-corn? Eh, betul ke dia ni kawan baik aku?" Shasha berbisik sedikit kuat sengaja membiarkan semua orang dengar.

Mikhayla dan Nisa memang antara satu sama lain. "Hei, Nisa. Patut tak kita tarik dia pergi?" Bisik Mikhayla perlahan.

Nisa menggeleng kecil. "Jangan buat hal." Pesannya serius. 

"Orang yang tak faham keadaan sila diam.  Tak ada orang yang akan anggap kau bisu kalau kau diam." Sindir Nuri dengan wajah mengejek.

"Siapa yang tak faham keadaan?!" Terus merah padam wajah Shasha tika disindir Nuri. Melenting tinggi suaranya tidak tertahan. Sememangnya sejak azali lagi Shasha dilahirkan dengan sikap panas baran.

"Jangan tinggikan suara dekat dalam hospital! Etika asas pun kau tak tahu ke?!" Tanpa Nuri sedar, suaranya pun ikut naik nadanya. Melawan lantangnya suara Shasha melantun kepadanya. Entah hilang ke mana sifat penyabar dan rasionalnya. Sikap panas baran Shasha, terus meresap pada tubuhnya.

"Habistu kenapa kau menjerit sama?!" Balas Shasha mengepal penumbuk erat. Bila-bila masa sahaja penumbuk tangan kecil itu boleh mengena mangsa.

"Sebab kau yang mula dulu!" Jawab Nuri dengan lantang sekali. Lupa seketika dia tentang etika berada di hospital seperti yang disebutnya tadi.

"Ehh..korang dua sama je. Dua-dua keras kepala, tak nak mengaku salah. Boleh berhenti menjerit tak?" Sampuk Mikhayla sambil menekup kedua belah telinganya tidak tahan takut-takut telinganya akan bernanah jika dibiarkan.

"TAK NAK!"

Jawab Nuri dan Shasha serentak. Nafas mereka berdua berderu kasar memendam amarah. 

Mikhayla dan Nisa terdiam. Masing-masing sudah berputus asa mencari jalan memberhentikan pertikaian antara Nuri dan Shasha. Dalam kata Bahasa Inggeris bermaksud 'fed-up'.

"Hei, ada pasar malam ke dekat sini? Kenapa bingit sangat?" Tegur satu suara yang tiba-tiba muncul entah dari mana secara tidak sengaja telah mengejutkan keempat-empat gadis itu.

Mikhayla dan Nisa menghembus nafas lega. 'I'm relieved' Bisik mereka berdua serentak. 

Sementara Shasha dan Nuri tercengang melihat kehadiran mereka yang tiba-tiba. Nuri terasa mahu menyumbat wajahnya dalam lubang jamban sahaja pada saat itu kala matanya bertembung dengan sepasang bola mata indah milik Zayyad. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now