BAB 45 : Amaran

168 26 3
                                    

SENGAJA Asy melanggar bahu Daia yang sedang membawa secawan air kosong sehingga ia tumpah membasahi baju kurung gadis itu. Daia terbutang biji mata memandang Asy dengan wajah berang. Ingin sahaja saat itu ditengking Asy biar puas hati, namun mata-mata sekeliling tidak ubah seperti kamera. Dia perlu berjaga-jaga.

"Kau..kau sengaja kan?" Dengan nada suara ditahan-tahan, Daia berkata perlahan.

Asy senyum sinis. "Memang. Memang aku sengaja. Kenapa? Marah ke?" Asy berkata bersama dengan nada mengejek cukup membuatkan hati Daia berbahang kepanasan. 

"Kau memang suka cari pasal kan?"

Asy senyum lagi. Wajah tegang Daia itulah yang dia ingin lihat. Barulah puas hatinya. Biarpun kesakitan hati Daia tidak sama seperti yang dirasakan Asya, sekurang-kurangnya gadis itu rasa apa itu sakit hati. 

Gadis itu yang membuat Asya dirundung sedih dan muram berbulan-bulan. Bagai kehilangan tempat berpaut namun dikuatkan juga semangat kerana Asya terlalu yakin yang Daia mempunyai sebab meninggalkannya secara tiba-tiba. 

Rupa-rupanya, hanya sebuah kejutan kejam yang menjadi jawapan segala penantian.

"Aku? Ada benefit ke aku cari pasal kau? Ha, Daia?"

Daia diam mengetap bibir merahnya. Asy dari dulu tidak berubah. Tidak pernah memanggilnya dengan gelaran kakak. Walhal umur Asya dan dirinya adalah sebaya. Patutnya Asy melayannya seperti seorang kakak sepupu. Bukannya bagai orang luar!

"Aku nak bagi amaran dekat kau Daia.."

Daia senyum sinis. "Apa kau fikir kid like you layak bagi amaran dekat aku?"

Asy mengukir senyum mengejek. "Kid? Guess what? Mungkin aku budak, tapi aku tak pernah putuskan hubungan persahabatan kerana seorang lelaki. It's so stupid!" Sindir Asy perlahan di telinga gadis itu.

Daia menggenggam penumbuknya erat. "And now, kau nak salahkan aku? The person you should blame is your dear sister. Not me actually." Balas Daia dengan senyuman sinisnya.

Asy senyum nipis. Daia benar-benar telah berubah. Ego dan cinta benar-benar hebat. Mampu menjadi gunting tajam memutuskan tali persahabatan yang telah berusia lebih 10 tahun. Dan Asy tak akan berlembut kali ini. 

"Oh yeah? Okey. Aku malas nak berdebat dengan kau. Tak ada faedah pun. Kau pun dah ambil keputusan nak putus hubungan dengan kakak aku, jadi aku harap, kau tak tunjuk muka kau lagi depan kakak aku." 

"For your information, engkau yang tak layak jadi kawan baik kakak aku. Apatah lagi sepupu. You're just a liar in my eyes." Dingin suara Asy menamatkan kata sebelum perlahan melangka pergi meninggalkan Daia terpinga-pinga seorang diri.

Daia menggigit bibir merahnya menahan geram. Kemudian, bibirnya berubah mengukir senyuman sinis. Senyuman yang penuh dengan rahsia tersirat dan agenda tidak dapat dirungkai.

'You just wait Asya. Soon, you will lose everything. Just wait..'

.

.

.

DOMPET berwarna hitam berjenama mewah itu dikeluarkan dari dalam poket seluar jeans nya. Dia mengeluarkan not RM 5 lalu diberikan kepada jurujual di hadapannya. 

"Terima kasih." Shasha menampakkan senyuman nipis membalas senyuman jurujual itu kepadanya. Shasha mengambil air 100Plus yang dibelinya tadi. Tanpa menunggu lama, dia terus memulas penutup botol air gas itu tidak sabar-sabar melalukan air di tekaknya yang kekeringan dek terlalu lama menunggu kedatangan mak ciknya di stesen bas.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now