BAB 29 : Majlis Besar

211 27 0
                                    

HARI Ahad yang selama ini aku dan para pelakon filem pendek itu nantikan akhirnya sudah tiba. Tidak sabar rasanya aku hendak melihat reaksi para penonton di dalam majlis besar yang dihadiri ahli-ahli karporat dan artis-artis terkenal. Barulah aku tahu yang majlis besar itu diadakan adalah untuk meraikan 10 tahun sekolah itu dibangunkan.

Filem pendek itu akhirnya sudah selesai penggambarannya. Tinggal untuk ditayangkan sahaja. Para pelajar Sekolah High Star juga dijemput memenuhi dewan perhimpunan yang sebesar padang bola itu. 

Aku, Asy dan para pelakon yang lain ditempatkan di tempat yang berasingan dengan pelajar lain. Aku memerhatikan para pelajar Sekolah High Star yang seorang demi seorang datang memenuhi kerusi kosong yang disusun kemas di dalam dewan perhimpunan tersebut. Sempat aku menjeling ke arah The HBoys dan kawan-kawanku mengambil tempat duduk di barisan yang paling depan.

Secara tidak sengaja, bola mata aku dan Eshal bertembung. Lidah aku kelu seketika. Bagai ada arus elektrik kuat menyambung di saat kami bertentang mata. Lama bola mata kami berlawan sebelum aku mengalihkan pandangan.

"Kak. Kenapa?" Tanya Asy perasan akan perubahan wajah Asya yang tiba-tiba memerah seperti udang bakar.

Aku pantas menggeleng. Kedua belah tanganku menutupi pipi gebuku yang sudah bertukar warna. Tidak mahu Asy perasan yang aku sedang blushing malu. Entah mengapa terbit perasaan malu saat aku dan Eshal bertentang mata tadi. Padahal, itu bukan kali pertama bola mata kami bertembung. Malah aku sering kali melawan bola matanya berani. Tiada pernah pula aku merasakan malu begini.

"Tak. Tak ada apa." Balasku cepat. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain apabila aku dapat merasakan ada satu renungan tajam memandang aku sedari tadi. Yang aku pasti itu adalah renungan daripada bola mata Eshal!

Aku berpura-pura tidak mengendahkan jelingan itu. Terus aku diam tidak bersuara sambil membuang pandang ke arah pintu utama masuk ke dalam dewan perhimpunan itu. Aku melihat beberapa orang yang aku kenal sebagai kawan bisnes papa aku iaitu ahli-ahli korporat yang menempati tempat duduk khas di depan pentas.

Ada juga beberapa orang artis terkenal Malaysia turut mengundang sorakan demi sorakan para pelajar Sekolah High Star seperti orang gila. Aku memekakkan telinga walaupun hatiku tidak berhanti mengutuk para pelajar yang menjerit-jerit itu di dalam hati. 

Sehinggalah, mulut aku hampir sahaja ternganga besar melihat sesusuk figura yang amat aku kenali masuk ke dalam dewan perhimpunan. Serta-merta pekikan para pelajar Sekolah High Star semakin kuat bergema. Tidak aku hiraukan lagi pekikan-pekikan yang memekakkan telinga. Hanya figura tidak asing itu yang memenuhi ruang mata. Serta-merta biasan memoriku satu ketika dahulu bermain di minda kembali.

Beberapa tahun dahulu,

"Vokal teruk! Pitch ke laut! Kamu ni sedar tak yang kamu masuk pertandingan menyanyi? Macam mana nak menang dengan nyanyian yang teruk sebegini? Dengan prestasi nyanyian begini, jangan pernah kamu bermimpi nak jadi juara di mana-mana pertandingan sekalipun!" 

Terpejam-pejam kelopak mata Asya mendengar komen-komen pedas lagi tajam yang dihadiahkan oleh lelaki berumur separuh abad itu. Walaupun sudah berumur, lelaki itu tetap tampak segak sekali. Mungkin sebab itulah dia tetap digilai ramai wanita di samping bakatnya yang hebat di dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Hampir-hampir sahaja Asya mengalirkan air mata tidak tahan mendengar herdikan demi herdikan yang mengguris hatinya walaupun ianya mungkin adalah benar. Segala kritikan lelaki itu membuatkan Asya lemah mahu berdiri lagi. Menggeletar tangan Asya sehingga hampir terlepas mikrofon di tangan.

"Kalau macam ni lah kamu nak berjaya dalam bidang nyanyian, baik kamu tarik diri saja! Nyanyian yang teruk seperti tadi tidak akan layak diiktiraf sesiapa! Jangan buat malu diri sendiri dengan teknik nyanyian kamu yang ke laut tadi! Pitch tunggang-langgang. Vokal teruk!"

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora