BAB 22 : Pengakuan Berani

213 31 0
                                    

AKU mengetuk pintu kayu itu perlahan beberapa kali. Pintu itu pun terbuka setelah beberapa saat aku menunggu. Seorang gadis kelihatan seumuran dengan aku membuka pintu. Ah, aku kenal dia ni. Ini Keisha yang selalu temu ramah Asy tu..

Jangan tak tahu, Sekolah High Star ni membenarkan Kelab Wartawan dan Hiburan melakukan temu ramah kepada sesiapa sahaja di dalam sekolah mengenai apa jua isu. Jadi, kalau nak buat apa-apa pengakuan yang memerlukan semua oang tahu, kelab inilah tempatnya!

"Boleh aku masuk?"

Sekilas Keisha pandang aku tadi, raut wajahnya terus berubah jengkel. Aku faham. Mungkin ia disebabkan gosip itu. Tak apa. Aku akan pastikan keluarnya aku dari dalam bilik ini nanti akan membuat gadis ini merayu kata maaf dariku.

"Nak masuk? Heh, buka calang-calang orang boleh masuk bilik ni. Setakat perempuan macam kau ni, jejak masuk dalam ni pun tak layak tau!" 

Aku diam mendengar sindiran berapi Keisha. Memang layak pun dia jadi ahli Kelab Wartawan dan Hiburan! Mulut dia pedas sangat macam tak bayar insurans! Kalau diikutkan hati aku yang sedang panas ni, dah lama perempuan ni makan penampar!

Melihat wajah Keisha yang masih tersenyum sinis ke arahku, aku faham yang aku tidak boleh sembunyikan lagi. Aku menunjukkan kad nama khas aku yang tersembunyi di dalam tudung ku. Dia ternganga seketika.

"Aku nak masuk. Boleh?"

"Ma..mana kau dapat kad nama khas ni? Kau curi ya?" Ujarnya terkejut. Di dalam blok ini, hanya Eshal saja yang mempunyai kad nama khas ni. Kalau yang lain pun semuanya adalah Pelajar 6 Bintang. Macam mana perempuan ni boleh ada kad nama khas ni?

Aku membulatkan biji mata. Ada ke tuduh aku mencuri? Memang dasar perempuan tak makan saman betul lah! "Kau buta ke? Ni terang-terang ada tulis nama aku. Nak aku bacakan ke? Sekarang ni, aku nak masuk. Boleh?" Soalan yang sama aku dah ulang sebanyak tiga kali. Kalau dia tak bagi jugak, aku tak kira. Aku rempuh jugak.

"Kau..kau nak buat apa?" Keisha teragak-agak bertanya. Memang peraturan untuk memasuki bilik itu sengaja diperketatkan supaya pelajar biasa tidak sesuka hati memasuki bilik yang khas untuk para ahli Kelab Wartawan dan Hiburan. 

Aku senyum sinis.

.

"Boleh tak kau duduk Asy? Kenapa susah sangat? Kau ni sama je macam kak--" Eshal mengatup bibirnya rapat-rapat yang hampir-hempir terlajak kata. Dia diam. Niat nak marah orang, dia pula yang terdiam. Ishh Asya! Kenapalah kau tak boleh keluar dari dalam otak aku sekejap? Rimas tahu tak?

Asy menjongketkan keningnya bila bicara lelaki itu seperti tergantung. "Macam siapa?" Soalnya.

Eshal diam. Mata Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha juga tajam menanti jawapannya. Eshal mengerling ke arah kawan-kawannya di sisinya. Haff, Zayyad dan Aqlan menjongket bahu. Baru sahaja Eshal mahu menjawab, terus terbantut sebaik saja televisyen di letakkan di atas dinding menyala.

"Eh? Ada orang nak buat pengumuman ke?"

"Siapa pulak yang kacau aku makan ni?"

Suasana mulai kecoh melihat televisyen yang selalu dimatikan menjadi hidup lalu dipaparkan ayat 'Pengakuan Jujur'. Kantin di situ memang dipenuhi dengan televisyen. Bukan setakat kantin, satu sekolah penuh dengan televisyen. Even tepi tandas pun ada televisyen. Kau rasa?

Asy hairan melihat kekecohan itu. Dia duduk di sebelah Aqlan menantikan apa lagi paparan di televisyen selanjutnya.

"Assalamualaikum para pelajar Sekolah High Star!"

"Hah? Asya? Kenapa Asya dalam TV tu?" Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha sudah keliru. Kenapa paparan Asya di dalam bilik Kelab Wartwan dan Hiburan atau biasa dipanggil bilik persidangan. Asy lagilah. Ternganga mulut macam tak mahu tutup. Apa yang akak nak buat ni?

"Eh, ini bukan perempuan yang ada hubungan dengan Asy tu ke?"

"Hah! Mesti dia nak buat pengakuan 'Ya, saya memang ada hubungan dengan Asy!' Buang masa aku je nak dengar perempuan gedik macam ni."

"Perempuan ni nak apa lagi hah selepas rosakkan Asy Raziq aku? Dasar perampas!"

Pelajar-pelajar di kantin sudah tidak terkawal. Masing-masing menunjukkan kemarahan mereka. Memang ramai tak puas hati dengan Asya sejak dulu lagi. Namun kelihatan Asya di dalam kaca televisyen masih beriak tenang. Di bibirnya kekal menguntum senyuman.

"Bagi sesiapa yang tak nak dengar apa yang saya nak cakap lepas ni, mohon anda semua tutup telinga! Jangan kerana mulut longkang anda, apa yang saya nak cakap hari ni terbantut. Terima kasih."

Ternganga Asy mendengar arahan Asya itu. Amboi, kasarnya bahasa. Tetapi raut wajah Asya masih kekal tenang macam biasa. Asy dah agak. Asya penuh dengan muslihat dan rancangan. Dia masih tidak dapat mengagak apakah yang hendak Asya akui nanti.

Semua terdiam. Walaupun paparan skrin televisyen menunjukkan wajah cantik Asya yang tenang, namun bola matanya tajam merenung semua. Seperti berupa amaran. Secara magiknya, kawasan kantin yang tadinya hingar-bingar bertukar sepi seperti di tanah perkuburan.

Mikhayla, Nuri, Shasha dan Nisa pun malas hendak bergosip. Mata mereka tidak lepas dari merenung skrin televisyen menanti kata-kata Asya selanjutnya.

Eshal mengukir senyuman nipis. Entah mengapa, ada sesuatu rasa yang menyelinap memasuki hatinya. Atau, ini sekadar perasaannya sahaja?

"Terima kasih. Saya di sini bukan untuk membuang masa, bermadah segala. Saya tak sempat nak karang skrip kata-kata ucapan, jadi terus masuk ke dalam topik sebenar yang saya hendak bicarakan."

Pelajar-pelajar Sekolah High Star diam. Mana yang sedang makan terus terbantut. Mata mereka seperti tak nak lepas dari skrin televisyen walau sesaat.

"Saya nak cakap pasal gosip gila yang sudah tersebar sekarang ni. Saya rasa anda semua mesti tahu kan sebab anda semua yang bangkitkannya."

Jantung Asy berdetak kencang. Apa yang Asya nak buat ni?

"Kenapa saya kata gosip gila? Jawapannya mudah. Pertama sekali, saya nak bagitahu awal-awal. Ya, saya memang ada hubungan sulit dengan Asy."

Terlopong besar mulut para pelajar di kantin itu. Pengakuan Asya kelihatan begitu selamba. Langsung tidak kisah jika dimaki-hamun ketika itu juga.

"Hah! Kan aku dah cakap! Diorang ni memang ada hubungan haram!"

"Perempuan tak tahu malu! Ada ke mengaku depan orang awam?"

"Dah gilalah perempuan ni! Semua orang tengah sibuk maki dia, dia boleh lagi tambah. Memang minta dimaki agaknya!"

Terlalu banyak kata-kata amarah dan sumpa seranah yang dihamburkan para pelajar Sekolah High Star yang mula naik gila. Ada juga peminat fantik Asy yang sudah seperti disampuk mendengar pengakuan itu.

Asy sekali lagi tergamam. Kakak? Dia menoleh ke arah Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha yang turut memandangnya. Dia kaku.

"Jadi kau memang betul-betul couple dengan Asya ke Asy?" Tanya Mikhayla setelah beberapa lama membisu. Dia terkejut bukan kepalang mendengar pengakuan Asya yang tidak dijangka itu. Jauh sekali dengan dugaannya tadi.

Laju kepala Asy menggeleng. Tidak! Mana ada!

"Kau jangan nak bohonglah Asy! Terang-terang Asya dah mengaku! Apa lagi yang kau nak sembunyikan?" Marah Nisa menggelengak melihat Asy masih galak menindakkannya. Dah ada hubungan tu, mengaku jelah! Bukannya masuk perjara pun!

"Saya, Tengku Asya Rizqa, mengaku yang saya ada hubungan sulit dengan Tengku Asy Raziq sebagai adik-beradik kandung!" 

"APA?!!"

Bersambung.

Kadangkala senyuman adalah air mata yang tidak kelihatan dan air mata adalah kekuatan terakhir yang kita miliki.

-Cik Pena AS-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now