BAB 97 : Yang Disembunyikan

140 20 3
                                    

MELIHAT Asy berpakaian kasual, siap menyisir kemas rambutnya ke tepi, jejaka itu menapak menuruni tangga dengan senyap. Terjengket-jengket tapak kakinya mengorak langkah menuju ke arah pintu utama rumah banglo itu. Kalau boleh, bunyi deruan nafasnya pun dia tidak mahu didengari Eshal yang sedang khusyuk menyiapkan tugasan tertangguh di sekolah di ruang tamu.

"Hey idiot. Kau nak pergi mana?" 

Asy kaku. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Eshal yang duduk membelakanginya. 'Damn! Macam mana dia boleh perasan aku? Dia ada mata dekat belakang kepala dia ke?' Diam-diam Asy mengutuk diri sendiri di dalam hati.

Eshal masih tekun menaip sesuatu pada komputer ribanya. Langsung tidak menoleh ke arah Asy walau sekali. Entah macam mana dia menyedari kehadiran Asy di situ pun tiada siapa yang tahu. 

Asy spontan mengukir senyuman kekok sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Harus diakui yang abang iparnya bukan calang-calang orangnya. Sudah dia pastikan sejak dari tadi supaya langkah kakinya tidak menghasilkan sebarang bunyi pun. 

Lagipula ketika itu Eshal sedang mengenakan headphone di kepalanya. Macam mana dia boleh tahu aku nak keluar senyap-senyap ni?

"Hahaha..nak pergi mana? Mana ada aku nak pergi mana-mana. Merepek jelah kau ni." Dalih Asy, langsung tidak bijak menyusun ayat. Seperti membuka pekung di dada sendiri, tidak usah berteka-teki, bahkan si kecil berumur 6 tahun pun dapat menghidu pembohongannya yang terlalu jelas bersuluh.

Bibir nipis Eshal menayangkan senyuman sinis. Dia menanggalkan headphone di kepalanya lalu digantung pada lehernya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang memandang terus seraut wajah kacak adik iparnya itu.

"Huh? Budak mentah yang tak pandai menipu, ada hati nak kelentong aku? Dasar budak!" Cemuh Eshal selamba berserta senyuman mengejeknya.

Raut wajah Asy sudah merah padam memendam amarah. Sudahlah tidak berjaya menipu, dicemuh pula tu. Siapa je yang tidak menyirap?

"Fine. Tak dapat nak tipu kau. Aku nak pergi hospital. Ayla dengan kawan-kawan dia suruh aku datang. Katanya..akak ada problem." Jelas Asy jujur sudah malas hendak berbelit-belit lagi. Lagipula dia memang tidak akan mampu menipu lelaki terlebih peka dan teliti itu.

"Oh? Problem apa?" Soal Eshal acuh tak acuh menyambung balik kerjanya di komputer riba. Tugasan yang tertunggak di dalam kelas cukup untuk membuatnya berjaga selama dua malam semata-mata bagi memastikannya siap sepenuhnya.

"Ermm..entahlah. Diorang suruh aku datang, aku datang jelah." Jawab Asy tidak fikir panjang.

"Tak takut jumpa Asyad?" Tanya Eshal sengaja memancing perasaan down Asy.

Lidah Asy terkelu serta-merta. Hilang idea untuk menjawab pertanyaan mudah itu. "Bu..buat apa nak takut? Dia makan nasi, aku pun makan nasi. Tak ada benda yang aku patut takutkan." Balas Asy dengan nada suara yang dibuat-buat berani.

Eshal ketawa kecil di kala jari-jemarinya ligat menari di atas papan kekunci. "Heheheh, dasar tukang bohong. Terpulang pada kau lah. Jagakan Asya untuk aku dan...."

Ayat Eshal yang tergantung mengundang rasa tanda tanya di dalam hati kecil Asy. Baru sahaja hendak membuka mulut bertanya, terasa ada aura dingin mencengkam suasana di ruang tamu itu. Keadaan tenang tadi terus berubah sepi seperti di tapak pembunuhan.

.....jangan biarkan apa-apa jadi pada Asya. Or else...you will know." Nada suara Eshal bertukar dingin dan serius. Rendah sahaja ton suaranya namun terselirat amaran dan pesanan keras.

Asy tertelan air liur. Dia tidak mahu tunduk pada kata-kata lelaki itu tetapi hawa dingin yang dikeluarkan Eshal benar-benar mampu membuatnya tunduk tanpa banyak alasan.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now