BAB 53 : Berlepas

164 21 0
                                    

SAYU pandangan mataku mengekori langkah mama dan papa yang semakin menjauh. Tika itu, aku amat berharap, itu bukanlah pertemuan terakhir kami. Dapat aku rasakan kolam air mataku bagai bertakung. Pantas aku mengusap sebelum ia jatuh menitis pada pipi. Bahu aku dipegang Asy erat. Lelaki itu memandangku dengan sebuah senyuman tawar. Aku membalas senyumannya.

"Janganlah sedih. Aku kan ada?" Kata Asy dengan senyum nakalnya.

Aku mengangguk kepala kecil. Cuba menyedapkan hati. "Kau akan sentiasa ada dengan aku kan?" 

Asy diam. "Dulu, pasti. Tapi sekarang, aku aku tak boleh sentiasa ada dengan kau."

Keningku bertaut kehairanan. "Kenapa?"

Jari telunjuk Asy menunjuk ke arah Eshal yang sedang ralit menyelak skrin telefon pintar di atas kerusi tidak jauh dari situ. Aku terdiam. "Kau dah suami sekarang. Dia yang akan sentiasa ada dengan kau. Bukan aku lagi." Sambung Asy lagi.

Aku tersenyum kelat mengiyakan kata-kata Asy di dalam hati. Aku memandang ke arah Aunty Lina dan Uncle Syafiq. Eh, mummy dan daddy. Dah jadi keluarga mertua dah kan? "Aun..mummy, daddy. Asya rasa, kitorang nak balik sekarang. Takut lewat pulak nak nak bersiap pergi sekolah."

Puan Elina senyum mengangguk. Begitu juga dengan Tengku Syafiq. "Hmm..Baliklah dulu. Mummy dengan daddy pun nak balik. Tengok Elana sorang-sorang dekat rumah tu. Entah dah bangun ke belum anak dara sorang tu. Entah-entah, masih terbongkang lagi." 

Aku ketawa kecil mendengar celoteh Puan Elina. "Okey. Asya pergi dulu eh. Mummy dengan daddy hati-hati tau balik nanti." Segera aku mencapai tangan Puan Elina hendak bersalaman. 

"Kamu pun Asya. Suruh Eshal bawak kereta tu hati-hati. Lagi-lagi sekarang ni, jalan mesti gelap." Pesan Tengku Syafiq pula mengundang senyumku. Aku mengangguk kecil.

"Asy, jomlah." 

Asy yang baru sahaja selesai bergambar dengan beberapa orang peminatnya lantas menghampiri aku dengan senyum sumbingnya. Aku buat muka menyampah. tahulah dia famous. Tak payah berlagak dengan aku boleh?

"Eshal. Jomlah balik. Kita pun nak pergi sekolah. Kau nak drive atau aku kena drive?"

Eshal mengangkat wajahnya. Kelihatan matanya masih kuyu. Rambutnya serabai-mabai tetapi entah mengapa di mataku, dia tetap nampak menawan! 

"Aku drive." Katanya bingkas bangun lalu menuju ke arah luar lapangan terbang. Aku dan Asy mengekori langkah lelaki itu hinggalah masuk ke dalam kereta.

.

.

.

"ESHAL, aku nak bagitahu kawan-kawan aku pasal kita, boleh?"

Terus terhenti Eshal dari menghirup air teh panas di gelas kacanya. Berkerut wajahnya mendengar pertanyaan Asya. "Apa? Aku ingatkan kau tak nak sesiapa pun tahu pasal kita. Asal kau nak kawan-kawan kau tahu?"

Aku diam. Sengaja aku memintal-mintal mee goreng di atas pingganku menggunakan garfu. "Aku..aku tak tergamaklah nak sorokkan benda besar ni daripada diorang. Cukuplah aku sorok hubungan aku dengan Asy dulu. Aku tak sanggup nak berahsia lagi. Aku percaya yang diorang boleh jaga rahsia." Ujarku bersungguh-sungguh.

Eshal diam. "Jadi, aku boleh bagitahu kawan-kawan aku?"

"Kawan-kawan kau? Kalau kau rasa diorang boleh jaga rahsia, bagitahulah. Tapi kalau benda ni bocor, aku tak cari orang lain dah. Aku cari kau eh." Balasku dengan nada sedikit mengugut. 

Senyuman nakal terukir di bibri Eshal. "Sampai bila kau nak sorok hubungan kita? Aku percaya, lambat laun benda ni akan terbongkar jugak."

Aku terdiam sejenak. Bola mataku kekal memandang wajah tampan Eshal segak berpakaian uniform sekolah. Rambutnya tersisip rapi menambahkan lagi kesegakannya. Ni suami aku ke?

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now