BAB 94 : Suara Asing

138 20 1
                                    

KELIRU.

Ya, itulah perasaan yang aku rasakan pada saat ini. Ada banyak benda yang ingin aku luahkan, namun tiada satu patah perkataan pun mampu terluah di bibir. Hatiku dihimpit perasaan serba salah yang maha berat sekali. Tidak kira walau berjuta kali air mataku menitis jatuh, mana mungkin perasaan ini akan sirna sesekali.

Selama bertahun-tahun sebelum ini, boleh dikira pakai jari seberapa banyak kali aku mengalirkan air mata. Namun aku tidak percaya kerana sebuah hakikat ini, aku menangis seperti budak kecil selama berjam-jam lamanya. Kulit wajahku yang sentiasa segar dan bertenaga bertukar pucat tanpa darah. 

Mungkin kerana aku terlalu lelah menangis. Makan pun aku langsung tidak lalu seperti biasanya. Sekiranya tidak dipaksa Eshal, tidak mustahil perut aku akan kosong sehingga ke esok pagi.

Siapa yang boleh faham perasaan aku saat ini?

Tiada!

Aku tak sedih kerana ibu akan pergi tidak lama lagi. Aku tak sedih ibu masih tak bangun-bangun lagi. Aku terima dengan redha dan hati yang terbuka walau hakikatnya aku tidak rela. Aku percaya ketentuan DIA adalah yang sebaik-baik ketentuan.

Tetapi apa yang membuatkan aku kesal separuh mati adalah kerana aku tidak mampu berbuat apa selepas berbelas-belas tahun kami dipisahkan oleh memori, keadaan dan masa. 

Bahkan hati aku hancur berkecai-kecai memandang Asy dari jauh. Kami berdua sudah terlalu dalam ditimbus pembohongan sekian lama. Mengapa baru kini, aku menyadari hakikatnya?

"Asya...janganlah macam ni. Kitorang confuse ni. Kau ada masalah ke? Kalau kau ada, kau kena cakap. Kalau kau tak cakap, macam mana kitorang nak tahu? Macam mana kitorang nak tolong kau?" Pujuk Mikhayla dengan kening bertaut rapat kerisauan.

Aku senyum kelat. Jari jemariku menggeletar sambil mengesat air mata yang kian mengering. "Aku..aku. Aku, tak kuatlah weih. Aku tak kuat. Aku penat.. Penat sangat." Ucap aku di dalam nada tersekat-sekat dikawal esak tangisan. Perasaan sebak kembali bertandang. Entah sejak bila, hatiku berubah menjadi begitu sensitif. Pantang terusik, pasti mataku akan mulai berkaca dengan air mata jernih.

Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha diam. Masing-masing kelu tidak tahu hendak bereaksi apa. Sama ada perlu memujuk atau mendesak dia untuk menceritakan perkara yang sebenar. Apa yang mereka tahu, Asya benar-benar kelihatan tidak terurus. Tidak seperti Asya yang biasanya. Gadis ceria yang sering melemparkan senyuman manis itu sudah berubah 180 darjah tidak semena-mena.

"Asya...kau tak perlu jadi kuat. Tiada siapapun paksa kau untuk jadi kuat. Tak hina pun seseorang tu bila menangis. Tak jatuh pun air muka seseorang tu bila dia rapuh. Kita manusia. Kau, aku dan kita adalah sama. Bukan setiap masa kau kena jadi kuat Asya."

Meskipun tidak memahami keadaan, Nuri seorang yang bercita-cita menjadi pakar psikologi bagai dapat membaca situasi. Kata-kata itu diluncurkan sembarangan sahaja. Apa yang dirasa sesuai diucapkan, Nuri lepas sahaja. Hatinya menjadi berkali-kali ganda resah apabila melihat raut wajah lesu Asya sudah sama dengan raut wajah para pesakit mental yang pernah dilihatnya di video sebelum ini.

Bibir gadis itu kering. Kulit wajah Asya terlihat tidak bermaya langsung. Renungan mata Asya menghadap skrin telefon penuh dengan rasa keputusasaan dan kekosongan. Senyuman yang terukir tampak begitu terpaksa dan pahit sekali.

Waktu itu, Asya sudah tidak berupa manusia biasa. Dia sudah boleh disamakan dengan mayat hidup baru keluar keranda!

Kata-kata Nuri sedikit pun tidak meninggalkan kesan pada hatiku. Mungkin, aku sudah berasa terlalu hampa. Segala pujukan sudah tidak berguna. Aku menayangkan senyuman pahit ke arah mereka di skrin telefon. Enggan membuat mereka risau. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now