BAB 49 : Mengarut

154 25 0
                                    

PANDANGAN tajam mata Asy tidak lepas dari menatap seluruh wajah tampan Eshal. Bicaranya tadi sememangnya membuatkan Eshal ternganga besar. 

"Apa? Kau nak aku kahwin dengan kakak kau? Kau demam ke apa?" Ujar Eshal terkejut.

Asy melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terletak di hadapan Eshal.

"Akak aku memang kuat. Tapi, dia perlukan protector. Aku yakin yang korang diperangkap. Sebenarnya, aku memang dapat miss call dari kau tengah malam tadi. Aku tak angkat sebab aku penat sangat layan tetamu dekat majlis malam tadi. Aku tak sangka akan jadi macam ni. Tapi yang aku pelik, macam mana history call kau tak ada nama aku?"

Eshal diam. 

"Ia mudah. Korang diperangkap." Sambung Asy lagi.

"Tapi, siapa nak perangkap kitorang? Apa motif mereka? Siapa yang berdendam dengan aku ni?" Eshal menyuarakan keserabutan di kepala otaknya.

Asy menggeleng kepala kecil. "Bukan orang yang berdendam dengan kau. Tapi dengan Kak Asya."

Terbeliak biji mata Eshal mendengar kata-kata Asy. Bagaimana Asy boleh mengatakannya dengan begitu yakin? "Apa? Macam mana kau tahu?"

"Kau tahu tak, Kak Asya dia fobia dengan gelap. Nyctophobia. Dia dah fobia gelap waktu dia kecil lagi. Tak ramai tahu pasal fobia dia ni sebab dia memang bijak sembunyikan kelemahan dia. Tapi, orang yang merancang plan ni tahu yang akak fobia dengan gelap." Jelas Asy serius.

Eshal mengerutkan kening. Nyctophobia?  Patutlah aku dengar dia jerit bukan main kuat waktu dalam bilik hotel waktu tu. Lepas aku bukak lampu baru dia nampak bertenang sikit. 

"Kau ada syak sesiapa?" Soal Eshal pada Asy.

Asy terdiam. "Tak. Macam aku cakap tadi, bukan semua orang tahu pasal fobia akak. Dalam keluarga pun, cuma mama, papa dan aku je tahu. Kecuali.." Asy mati kata. 

Fikirannya ligat memproses biar jelas gambaran di wajahnya. Jawapan makin hampir. Mungkinkah dia?

Eshal tekun menanti kata-kata Asy selanjutnya. Apa-apapun, baginya, perkahwinannya dengan Asya bukanlah sebuah malapetaka. Namun adalah sebuah mimpi yang begitu indah...sebuah impian yang dia inginkan selama ini terjadi.

.

.

.

BENGKAK di bawah kelopak mataku akibat terlu banyak menangis malam tadi. Lega sedikit rasa hati dapat menangis setelah sekian lama tidak mengeluarkan air mata. Terselit rasa kesal di hatiku kerana tidak dapat mempertahankan diri sendiri. Terjerumus di dalam memori memalukan yang bukan terjadi disebabkan aku.

Siapa yang berdendam dengan aku? Malah dia tahu aku fobia dengan gelap. Aku ada buat salah dengan sesiapa ke? Tapi, apa pulak motif dia nak aku perangkap aku dengan Eshal?

"Asya, kamu nak pakai baju apa untuk esok? Nak ambil baju dari butik mama?" tegur Puan Asyia tiba-tiba memecahkan lamunanku. 

Aku menoleh menatap wajah mama. Wajah mama memang cantik namun wajahku sedikit pun tidak mirip dengannya. Kalau orang lain tengok, mereka mungkin fikir banyak kali untuk percaya yang aku anak mama. Aku pun tak tahu muka aku ikut siapa. Adalah sikit iras-iras dengan papa. Tetapi dengan mama langsung tiada.

"Baju? Ada apa esok mama?" Soalku lemah. 

Perlahan aku meneguk air susu segar biar ia melaui tekak yang kehausan. Papa sudah keluar bermain golf bersama-sama kawannya. Asy pula..dari kes awal pagi tadi, dia membisukan diri. Dan aku benar-benar terasa kehilangan tangan kanan aku.

Mama senyum tawar ke arahku. "Esok, kamu kena nikah dengan Eshal. Mama, papa, Uncle Syafiq dan Aunty Elina dah setuju untuk kahwinkan Asya dan Eshal esok sebelum mama dan papa pergi buat umrah. Mama dah cuba pujuk papa, tetapi papa tetap dengan keputusan dia. Maafkan mama sayang.." 

Aku tergamam. Hampir terlepas gelas kaca dari tanganku. Apa?

"Mama--"

"Tak boleh Asya. Kali ni, Asya tak boleh bantah. Papa memang dah nekad. Asya tak boleh kata tak boleh." Kata mama memotong kata-kataku bagai dapat meneka apa yang bakal aku katakan. 

Aku mengeluh hampa. Aku memandang mama. Langsung tiada harapan yang kelihatan untuk aku mengatakan tidak. Berkahwin dengan Eshal.. Adakah ini bermaksud aku kena tanggung kesalahan yang bukan aku lakukan? Lemahnya kau Asya! Tak dapat pertahankan diri kau sendiri. Biarkan saja diri menjadi mangsa pelan perangkap mengarut ni. Too weak!

"Mama..Asya, Asya tak tahu nak buat apa. Mama uruskanlah semuanya." Lemah aku membalas mama lalu bingkas bangkit dari kerusi hendak memanjat tangga memasuki bilik tidurku. Langsung tidak berminat hendak ikut campur. Kahwin segera macam ni..di dalam usia aku setahun jagung pulak tu. Aku rasa macam nak lari je.

Ketika hendak memulas tombol pintu bilikku, pintu bilik sebelah bilikku iaitu bilik Asy dibuka. Asy keluar dari dalam biliknya. Aku terasa hendak menyapa namun tiada kata-kata yang ingin aku ucapkan. Dan akhirnya, kami masing-masing berlagak bagai orang asing. Tidak menyapa walau sekata, pergi begitu saja.

Aku mengeluh hampa. Haih..kau kena terima hakikat Asya. Tak ada orang percayakan kau sekarang ni. Jadi, kau kena sabar jelah..

Pantas aku merebahkan diri di atas tilam empuk. Aih..aku akan kahwin pada esok hari. Di saat aku berumur 17 tahun. Dengan cara begini. Cara memalukan. Apalah aturan yang aku harus hadapi ini? Macam mana aku nak lalui hidup aku sepanjang bergelar seorang isteri nanti? 

Aku tak yakin aku boleh mengandalkan diri sendiri untuk bercakap elok dengan Eshal yang kuat mengarah tu. Agak-agaknya, jatuh derhaka tak kalau aku asyik bertikam mulut je dengan Eshal?

Siapalah yang berdendam dengan aku? Sampai sanggup menggunakan cara hina ni nak malukan aku. Lagi parah, kalau orang luar tahu pasal hal ni. Apa kata orang kalau aku kahwin umur sekarang?

Eshal..

Kami langsung tidak pernah bercinta, bagaimana hendak duduk satu bilik? Bila jumpa sahaja, tak sah jika tak bertikam mulut. Tetapi kenapa aku tengok Eshal macam setuju je dengan perkahwinan ni? 

Aku yakin bukan dia yang rancang semuanya dengan kaki dia yang masih belum pulih sepenuhnya, takkanlah dia nak buat macam tu pada aku? 

Sepanjang perkenalan kami, tak pernah sekalipun dia ambil kesempatan pada aku. Apa sebenarnya yang bermain di kepala kau Eshal?

Tubuhku aku golek ke kanan. Tiba-tiba pandangan mataku tertumpu ke arah bingkai gambar besar yang aku gantung di dinding sebelah meja solek. 

'Ah..tok ma..' Hatiku tiba-tiba diketuk sayu. Pada malam majlis tahlil untuk arwah tok ma, perkara mengarut berlaku. Mesti tok ma sedihkan? Kalaulah tok ma hidup lagi, tok ma mesti akan jadi satu-satunya orang yang percayakan Asya. 

'Tok ma... Asy tak percayakan Asya. Dia pun ingat Asya buat perkara sumbang belakang dia. Sedangkan dia tahu Asya tak macam tu. Tok ma..tolonglah Asya..'

Rintih Asya perlahan di dalan ubuk hatinya. Di saat itu, hanya Tuhan sahaja tahu betapa dia rindukan pelukan hangat dari arwah yang dirindui. Tetapi..nama pun arwah. Mana mungkin yang telah pergi akan kembali.

Dia tiada pilihan lain. Kahwin. Mungkin, itulah yang terbaik?

Bersambung.

Don't give up whatever  happen. Cause I'm with you.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now