BAB 38 : Cuti

178 26 0
                                    

JARI Tengku Leiya kekal mengetuk-ngetuk permukaan mejanya sambil tangan kanannya ralit menulis butir-butiran yang didapatkan sewaktu memeriksa kecederaan kaki Eshal tadi. 

Eshal bagai objek pegun tidak bergerak walau seinci dari tempat duduknya. Aku berdiri bersandar di dinding tepi pintu keluar bilik itu.

"Ermm..baiklah Tengku Eshal. Saya akan bagi awak MC selama 2 minggu untuk biarkan kaki awak yang terseliuh tu betul-betul membaik. Kemudian, saya juga akan bagi awak ubat krim untuk percepatkan kesembuhan kaki awak. Saya nasihat awak untuk jangan banyak berjalan sangat. Kalau boleh, seharian awak duduk je atas katil." 

Ternganga Eshal mendengar penjelasan panjang lebar Tengu Leiya. "Apa? 2 minggu? Kenapa lama sangat doktor? Apa doktor nak saya mati kebosanan ke terperap dalam rumah macam jeruk?" 

Laju tanganku memukul kasar belakang badan Eshal. Dia mengaduh kuat. Matanya tajam menggambarkan amarahnya yang menyala-nyala. Aku menjelir lidah tidak peduli. Ada ke cakap dengan Kak Leiya macam tu? Tak sopan langsung.

Tengku Leiya keawa melihat reaksi anak muda itu. Geli hatinya kala Eshal dan Asya berbalas pandangan tajam. Lepas keluar bilik ni, mesti diorang gaduh. Haih..anak muda zaman sekarang. Gaduh je kerjanya.

"Baru 2 minggu. Asya pernah duduk dalam rumah selama 2 bulan sebab patah kaki. Hidup je sampai sekarang. Tengku Eshal jangan bagi banyak alasan. Ianya pun demi kesihatan kaki Tengku. Kalau rasa-rasa Tengku dah tak nak guna kaki tu, ha..bolehlah berlari-lari sana-sini. Biar kaki tu tak boleh pakai dah." Perli Tengku Leiya.

Aku ketawa kecil. Kalau Tengku Leiya tak ingatkan, mesti aku dah lupa yang aku pun pernah terkurung di dalam rumah di dalam tempoh masa yang lama disebabkan patah kaki beberapa tahun lalu. 

Itu semua gara-gara Asy yang gatal sangat nak aku ikut dia pergi mendaki bukit bersamanya. Alih-alih aku kena bawak balik dengan Ambulans sebab terjatuh dari tebing bukit.

Eshal mengerutkan keningnya tidak mengerti. Asya ak pernah bagitahu pun. 2 bulan? Seriuslah? Tak bosan ke duduk rumah selama tu? Kalau aku..mesti boleh mati kebosanan.

"Baiklah doktor. Saya ikutkan je asalkan kaki saya masih boleh pakai." Pasrah Eshal malas hendak membangkang. Nanti ada yang kena ceramah. Jarum jam pun sudah memasuki pukul 1 tengahari. Perut pun dah berkeroncong minta diisi.

Tengku Leiya mengangguk sambil mengukirkan senyum nipis di bibirnya. "Good. Tengku Eshal boleh ambil krim di luar. Terima kasih." 

Eshal mengangguk lemah. Dia kemudian berdiri dengan bantuan tongkat yang diberikan Tengku Leiya tadi bagi memudahkan pergerakannya ke mana-mana. 

"Asya. Asya ponteng sekolah eh? Bukan sekarang ni korang sepatutnya dekat sekolah ke?" Soal Tengku Leiya mula menyedari jam di skrin komputernya. Masa itu memang sepatutnya Asya dan Eshal berada di sekolah. Ini ponteng sekolah ke apa?

Pantas kepalaku menggeleng laju. "Eh taklah! Ada nampak ke muka Asya ni macam budak kaki ponteng? Tak ada kan? Sebenarnya, kitorang dari stadium bola keranjang. Eshal ni ada perlawanan bola keranjang antara sekolah. Akak jangan fikir bukan-bukan eh." Cepat-cepat aku menyangkap perasangka buruk Tengku Leiya.

Eshal senyum senget. Tahu pun kalut. Ingatkan tak kisah kalau orang ingatkan dia ponteng. 

Tanpa menunggu Asya, Eshal terlebih dahulu berjalan keluar dari dalam bilik doktor itu tidak ingin menggangu mereka berbual. Biarlah dia menunggu buat seketika. Walaupun dia tahu hakikatnya jika dua perempuan berborak tidak akan pernah sekejap. Pasti semua kisah diselongkar jangan tinggal satu pun yang tak diselongkar.

Haih...dah lumrah perempuankan suka bergosip?

.

.

.

DI dalam perjalanan menghantar Eshal pulang ke rumahnya, kami masing-masing membisu. Aku dilanda kehairanan. Mengapa mamat ni jadi diam hari ni? Biasanya, ada je benda dia nak sakat aku atau nak buat aku sakit hati. Tapi kali ni..dia diam pulak. Macam mana aku nak cakap eh? 

"Aku minta maaf." Ucapku perlahan.

Eshal melirikkan ekor matanya ke arah aku. "Minta maaf? Kenapa? Kau ada buat salah eh?"

"Aku nak mintak maaf bagi pihak Nadhif. Aku tahu yang dia sengaja tolak kau tadi sampai kau jadi teruk macam ni. Sekali lagi, I'm sorry.." Kataku perlahan.

Eshal senyum nipis. "Tak. Bukan salah kau pun. Don't blame yourself. And..thank you."

Dahiku berkerut seribu. Aku tak silap dengar kan? Eshal cakap thank you pada aku? OMG! Kenapalah aku tak rekod tadi? Kata keramat tulah yang selama ini aku nantikan dari mulut dia! "Thank you? Thank you for what?"

"Thank you for believing in me. Aku harap, ia kekal selama-lamanya." Ujarnya tersenyum nipis sambil membuang pandang ke arah luar tingkap.

Aku tersenyum tanpa aku sedari. "Aku percayakan kau. Aku harap, kau tak sia-siakan kepercayaan yang aku beri tu. Benda yang paling mahal di dalam dunia ni adalah kepercayaan. Nak dapat bukannya senang. Tapi kalau dah dapat..satu malam pun ia boleh dimusnahkan." Ujarku tenang.

Mata Eshal memandang Asya pelik. "Kenapa kau cakap macam tu?"

Kepalaku menggeleng perlahan. Tidak tahu apa sebabnya aku merasakan sesuatu akan berlaku yang akan menguji setebal mana kepercayaan aku terhadap Eshal. Adakah itu cuma mainan hatiku yang tidak tentu hala sahaja?

"Tak. Tak ada apalah. Saja aku cakap macam tu. Aku pun tak tahu sampai bila aku boleh percayakan kau. Aku bukan jenis yang mudah memberi kepercayaan kepada orang lain tetapi jika sekali aku sudah percaya, aku akan percayakan dia sampai aku mati. Terlalu sulit untuk mendapatkan dua benda yang paling berharga di dunia ni..jadi, aku hanya mampu berharap saja."

Kening Eshal terangkat tertarik hendak mengetahui maksud kata-kata Asya. "Dua benda? Apa?"

"Kepercayaan dan kesetiaan. Itu yang aku terapkan untuk membina sebuah hubungan yang sempurna." Tenang aku berkata sambil memandu menyusuri lebuh jalan raya yang agak lenggang ketika itu.

Eshal terdiam sejenak. Kata-kata Asya menyusuk tangkai hatinya. Dia juga merasakan perasaan yang sama dengan apa yang dirasakan Asya tadi. Adakah ini sebuah kebetulan?

"Asya, kau..kau ada apa-apa ke dengan si Nadhif tu?" Soalan itu tiba-tiba terpancul dari bibir Eshal membuatkanku ketawa serta-merta. Kenapa aku macam ada bau aroma orang cemburu ni? Ke perasaan aku je?

"Hahaha! Kenapa kau tanya macam tu? Lawaklah Eshal." Balasku tidak mengambil serius pertanyaan Eshal tadi dan terus fokus memandu.

Eshal merengus kegeraman apabila soalannya tidak dibalas penuh. Dia punyalah nak tahu jawapannya tapi Asya buat tak tahu je. Padahal, soalan inilah yang membuat aku tak senang duduk dari tadi. "Jawab jelah." Dingin nada suara Eshal tidak suka ditertawakan.

Aku senyum simpul lantas menghentikan ketawaku meski geli di hatiku masih berbaki. "Haih..macam manalah aku boleh ada apa-apa dengan Nadhif? Dia dan kawan-kawan dia yang lain tu kawan baik Asy lah..Memang padanlah aku rapat dengan diorang. Aku dah anggap diorang macam adik aku kot. Lagipun, dia langsung tak ada ciri-ciri lelaki idaman aku tau." Balasku sempat berseloroh.

"Ciri-ciri lelaki idaman? Kau ada ke ciri-ciri lelaki idaman?" Soal Eshal tertarik hatinya tiba-tiba.

Kepalaku mengangguk mengiyakan. "Mestilah ada. Apa kau ingat aku tunggul kayu tak ada ciri-ciri lelaki yang aku suka? Macam tu?"

Eshal ketawa kecil. "Tak adalah. Aku tengok kau ni macam tak pernah terfikir langsung bab jodoh. Agak-agaknya, siapalah lelaki yang sudi memperisterikan perempuan macam kau ni? Hahaha! Malangnya lelaki tu sebab jadi suami kau!"

Menggelegak minyak kemarahanku apabila dikutuk terang-terangan. Hatiku terasa bagi disiat-siat tajam tiada belas kasihan. Kenapa aku terasa sangat ni? "Diamlah! Sebelum perkara tu jadi pada batang hidung sendiri, baik kau diam." Nada suaraku mulai mendatar. Tiada rasa hendak membalas kutukan Eshal dek mula tawar hati. Merajuklah senang citer!

Eshal terdiam. Aik? Terasa ke minah ni?

Bersambung.

Ketika ada setitis air mata menitis, percayalah yang akan ada 1001 senyum menanti.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now