BAB 103 : Hilang Segalanya

142 21 8
                                    

AKHIRNYA, aku akur dengan permintaan ibu tadi. Meskipun aku tidak rela, jika itu permintaannya, aku sungguh tiada daya hendak menolak. Aku percaya, setiap perbuatan ibu pasti ada alasan di sebaliknya.

Lambat-lambat aku mendail nombor telefon papa yang kini berada di bumi Mekah sedang menunaikan umrah. Sudah agak lama kami tidak berhubung tambahan papa lebih selesa bertanya khabar tentangku menerusi Eshal.

"Tutt..tutt... Assalamualaikum. Asya?" Panggilan akhirnya berjaya disambungkan. Suara Tengku Zariq muncul di speaker telefon.

Aku memerhati reaksi ibu. Dia masih tenang bersandar pada bantal sambil mulutnya ditutupi alat bantuan pernafasan. Matanya memandang ke hadapan langsung tidak menoleh ke arahku.

"Waalaikumussalam. Ya, ni Asya pa." Balasku tenang beriak seperti tiada apa yang berlaku. Sedaya upaya aku mengawal nada suara dan membalas salam papa dengan nada yang begitu polos dan tenang.

"Ha, Asya. Kenapa call papa ni? Ada masalah ke?"

Baru aku mahu menjawab, suara mama kuat tiba-tiba mencelah. "Awak! Tengok tu! Cantiknya pemandangan dekat sini. Tolong saya ambilkan gambar boleh tak? Heheheh!" Kedengaran suara mama ceria, memintas perbualan kami.

"Ishh, awak ni. Sudah-sudahlah tu ambil gambar. Entah-entah, storage phone awak tu dah penuh tahu tak? Banyak sangat ambil gambar. Lagipun saya tengah call Asya ni. Awak tak rindu Asya ke?" Tengku Zariq membalas kata-kata isterinya pula yang kedengaran.

"Haa, Asya? Gila saya tak rindu? Anak saya tu! Hai, Asya! Anak mama macam mana? Sihat tak? Eshal ada buli kamu ke?" Giliran suara mama kedengaran pula.

Aku mengetap gigi geram. Siapa anak kau? Dulu aku bodoh, boleh pulak percaya hidup-hidup setiap satu patah kata kau. Sekarang, aku tak nak jadi si bodoh tu lagi!

"Alhamdulillah.. Asya sihat. Eshal tak ada buli Asya pun. Mama dan papa macam mana pulak? Best tak dekat sana?" Soalku sengaja berbasa-basi.

Pandangan mataku beralih ke arah ibu. Kali ini, aku tergamam saat melihat wajah ibu susah basah dengan air mata tanpa dilap sedikit pun. Kalau dah tahu, ia akan melukakan, kenapa nak dengar jugak?

"Best sangat Asya! Walaupun dah berkali-kali sampai sini, tetap rasa best. Lain kali kita pergi sini sama-sama eh? Bawak Asy sekali. Tapi lepas Asya habis SPM lah. Anak mama ni tak kisah kan?"

Aku terdiam. Aku mengambil nafas dalam-dalam sedaya-upaya memaniskan nada suara agar mama tidak syak wasangka apa-apa. Padahal tika itu, syaitan dah mula berbisik ganas pada telinga aku ni. Kesabaran aku pulak dah lah hanya setebal kulit bawang!

"Tak. Asya tak kisah. Mama...Qaqa letak telefon dulu ya? Assalamualaikum." Tidak menunggu lama, lantas aku menamatkan panggilan. Aku menoleh ke arah ibu.

"Ibu..kenapa? Kenapa ibu nak sakitkan diri sendiri?" Tanpa aku sedar, tubuhku berketar menahan sebak yang menggila. Air mata yang bertakung tidak aku hiraukan lagi.

Ibu tidak menjawab soalan aku sebaliknya tersenyum nipis ke arahku. "Eshal tu, nama menantu ibu ke, sayang? Sedapnya nama dia." Ujar ibu sambil mengelap setitis air mataku yang jatuh secara tidak sengaja.

Aku termempan. "Bukan itu masalahnya sekarang ibu! Qaqa tanya ibu ni, kenapa ibu nak sakitkan diri sendiri?" Aku menepis lembut tangan ibu, mengharapkan dia jujur padaku kali ini sahaja. Aku sudah puas berteka-teki mencari asbab ibu meminta permintaan tidak masuk akal tadi.

"Qaqa, ibu berdosa. Ibu berdosa sebab mencintai suami orang. Ibu berdosa sayang.." Luah ibu di dalam nada tersekat-sekat. Air matanya mengalir deras membasahi pipinya yang pucat. Senyumannya terus mati digantikan dengan bunyi esakan tak berlagu.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now