BAB 77 : Bertenang

147 21 4
                                    

MIKHAYLA sudah tidak tenang duduk di kerusi di pondok kayu itu. "Okey, Sya.. Calm down, please. Istigfar banyak-banyak. Alah kau ni macam tak kenal pulak Elizabeth tu."

"Memang aku tak kenal! Dia siapa? Anak dato'? Anak menteri? Anak raja? Suka hati mulut dia je mengutuk aku. Eii! Geramnya!" Luahku geram siap dipijak-pijak ganas tanah yang tidak bersalah.

Eshal menggeleng kepala perlahan melihat emosi Asya yang sudah tidak terkawal Haff dan Zayyad saling berpandangan tidak tahu mahu bereaksi apa lantaran kali pertama menyaksikan gadis yang selama ini beriak tenang bertukar topi seperti singa. Asy menepuk dahi berkali-kali enggan bertindak apa-apa. Kalau gadis itu marah, sesiapapun tak akan boleh siram air pada api kemarahan dia.

Nisa, Nuri dan Shasha buat-buat tidak endah langsung meneruskan suapan memenuhi isi perut kosong mereka. Tempoh 4 bulan cukup mengajar mereka sifat Asya. Apa yang mereka paling tahu, bila dia marah, jangan kacau. Biar je.

Falah dan Farhat bagai sedang menonton filem. Selamba menanyangkan wajah tidak tahu apa-apa duduk di sebelah Asy. Masing-masing duduk menongkat dagu memerhatikan tingkah Asya. 

"Asya, can't you calm down just for a while? Don't be like this. Cool down please!" Mikhayla masih tidak berputus asa memujuk, berusaha membawaku ke daerah yang lebih tenang.

Dapat aku rasakan bahang panas keluar dari gegaran otakku. Kali ni aku memang tak boleh sabar. Sabar aku dah habis! 

"Why should I? How longer do I have to be patient? Astagfirullah! Seriously? My patience is running out!" Luahku bersama nafas yang semakin tidak tentu hala. Waktu tu, peminat gila Asy. Kemudian, si minah sotong Clarissa. Dan selepas itu, Elizabeth si gedik berambut blonde?

Oh my God..dosa apalah yang aku buat sampai kena uji macam ni sekali?

"Asya, cuba fikir elok-elok. Bertenang. Tarik nafas then hembus. Is it so hard to calm down?"

"You ask me to calm down? Verrückt! (Gila!)" Balasku sambil mengurut dahi.

Mikhayla tergeleng-geleng kepala tidak tahu berbuat apa lagi. Sungguh gadis itu tidak makan dek pujuk. Mengamuk sakan sampai boleh keluar bahasa asing yang dia sendiri tidak fahami. Memang sengaja buat orang tertanya-tanya ke?

"Beruhige dich! (Tenanglah!)" Pujuk Eshal pula.

Aku menggeleng laju. "Kann nicht! Mein Herz tut weh, weißt du! (Tak boleh! Hati aku sakit tahu tak!)" Balasku cuba menarik nafas dan mengumpul rasa tenangku. Namun sakit di hatiku masih lagi terasa bahangnya. Selagi bahangnya masih terasa, selagi itulah aku tak boleh bertenang!

"Ha, sudah. Dua-dua nak cakap bahasa Jerman. Manalah kitorang faham." Haff menepuk dahi sambil menggeleng-geleng kepala. 

Eshal ketawa kecil. "Kau tak payah faham pun tak apa. Spanish language pun tergagap." Kutuk Eshal selamba. Haff mencebik bibir tidak puas hati. 

"Sedap je mulut kau mengutuk aku eh. Apa punya kawanlah." Haff bergumam sendirian. Mungkin kata-kata Eshal sememangnya pedas persis lada, sedikitpun tidak dimasukkan ke dalam hati. Sudah masak sangat dengan mulut lepas si kawan. Apakan daya? Terima sahajalah seadanya.

Satu keluhan halus diletuskan dari bibir merah Nisa. "Asya, seriously? Takkan kau nak mengamuk hanya disebabkan Elizabeth? Tak berbaloi tau tak!"

Fikiranku kacau menghadam kata-kata Nisa. Memang aku akui, langsung tiada faedah aku bengang dengan Elizabeth. Tetapi kesabaran aku sudah sampai tahap had yang mana mungkin bisa dilintas begitu sahaja. Maruah aku di mana? Memanglah aku tahu apa yang mereka katakan langsung tak betul.

Tetapi, buat mereka yang tak tahu ianya tak betul? Bukankah mereka aku menyebarkan berita busuk tentangku? Tidakkah ia bererti sejarah lama berulang kembali?

"Ishh, aku tak tahulah! Aku buntu tahu tak! Hati aku ni sakit tahu tak? Sampai bila aku nak kena hina macam ni? It's totally rubbish talk! Ya Allah..kalau diikutkan hati aku ni, aku nak je---"

Tanpa amaran atau tanda, satu sudu besi disua laju masuk ke dalam mulutku. Serta-merta ucapanku terhenti di tengah jalan. Mulutku kini secara tiba-tiba sudah dipenuhi dengan kek coklat yang manisnya langsung membisukan aku.

"Eshal! Apa kau buat ni? Kau dah gila ke?" Terjegil biji mata Shasha tidak mampu mengawal emosinya. Terus bangkit dari duduknya menunjukkan betapa dia tidak senang dengan tindakan Eshal yang dirasa amat melampau tadi.

Eshal menyambung menyuap mulut sendiri dengan baki cairan kek coklat yang tinggal. Hairan dengan soalan yang diaju Shasha, keningnya terangkat tinggi. "Aku buat apa? Aku..suruh dia diamlah." Jawab Eshal tidak memahami maksud sebenar Shasha.

Mikhayla, Nisa dan Nuri terkebil-kebil. 'How can he act like nothing happens after what he did? Dia suap Asya pakai sudu yang dia pakai kot! Takkan tak ada rasa bersalah langsung?' Bibir mereka bagai dipaku besi, tiada sebaris kata yang terluah.

Haff dan Zayyad hampir-hampir tersembur nasi ayam yang dikunyah. Tindakan tidak disangka-sangka Eshal sungguh mengundang umpatan orang lain. Namun Eshal tetap berlagak biasa seperti tiada apa yang terjadi.

Falah dan Farhat bagai mahu terkeluar biji mata. Tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Tidak tahu memberi renspon apa. Tindakan jejaka tampan yang langsung mereka tidak kenali itu membuatkan mereka mati akal. 'Hey! Can someone tell us what's going on now?' Jerit kedua-dua orang kembar itu di dalam hati.

Asy menepuk dahi. 'Alahai..apahal lah bengap sangat Eshal ni? Dia tak terfikir ke yang orang akan syak something? Haih..aku betul-betul curiga dengan nilai IQ dia yang tertulis di report card sekolah tu. Tak boleh ke fikir panjang dulu sebelum do something?' Asy menjerit geram di dalam hati.

Habis menelan sisa kek coklat di dalam mulut, barulah aku perasan kejanggalan suasana itu. Otakku bagai lumpuh sekejap. Lambat memproses apa yang terjadi sebenarnya. 

"Eshal, kau dah melampau tahu tak?" Agak meninggi suara Mikhayla menjerkah. Jelas di wajahnya tidak senang dengan tindakan Eshal tadi. Dah tu, buat muka selamba. Memang tak takut dosa ke?

Kerutan di dahi Eshal semakin bertambah. "Haa? Melampau? Apa aku buat?" Soal Eshal tertanya-tanya.

"Kau tanya aku balik apa kau buat? Kau sedar tak yang kau dengan Asya tu bukan mahram? Yang kau selamba suap dia pakai sudu kau tu dah kenapa?" Suara Mikhayala mengherdik Eshal dengan nada yang ditahan-tahan daripada nada suaranya naik seoktaf.

Eshal diam. Ah..barulah dia dapat apa punca yang Mikhayla marah sangat dengan perbuatannya tadi. Eshal melirik memandang Asya dengan tatapan bermaksud 'nak bagitahu diorang ke?'

Kepalaku laju menggeleng memahami isyaratnya. "Err..Ayla. Ah, Eshal tak sengaja tu. Kau jangan melenting sangat eh?"

"Tak sengaja kau cakap? Eih, tak logik kau tahu tak? Cuba kau tengok muka selamba dia tu. Itu ke rupa orang 'tak sengaja'? Jangan buat alasan tak logik boleh tak?" Marah Mikhayla masih belum reda disokong pula dengan anggukan kepala tanda setuju oleh Nuri, Nisa dan Shasha.

Aku senyum kelat. Mataku memandang Asy memohon pertolongan. 'Sungguh! Aku tak tahu nak cakap apa kali ni!'





Bersambung.

Saya pilih awak. Saya pilih awak bukan kerana ragu. Bukan juga kerana untuk sementara. Bukan juga kerana hati yang meminta. Tetapi kerana takdir yang diatur untuk kita berdua.

-AisyNana-


𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now