BAB 81 : Jawapan

154 22 3
                                    

BEBERAPA hari telah berlalu dan aku masih begini. Pada hari minggu seperti hari ini, sepatutnya aku berehat tenangkan minda. Tetapi aku langsung tak rasa hari ini macam hari cuti. Sejak malam aku ceritakan tentang mimpi aku pada Eshal, mimpi itu makin kekal bermain di dalam mindaku. Fikiranku jadi sesak setiap kali teringatkan keluarga bahagia di dalam mimpi itu.

Apa yang aku boleh buat? 

Hati aku yakin mengatakan yang ia bukan sekadar mimpi. Tetapi kalau bukan mimpi, ia apa? Bukan aku tak nak selidik pasal mimpi ni, namun tiap kali teringatkan wanita yang bergelar ibu dan abang kembar bernama Qiqi itu, membuat hati aku pedih.

Setiap malam atau tepat lagi tiap kali aku terlelap walau seminit, pasti momen-momen keluarga itu akan bermain di kepalaku. Aku langsung tidak sempat merasakan nikmat rehat bila aku tidur. Mimpi itu seakan-akan meletakkan aku di pertandingan perlumbaan lumba lari. Terjaga dari mimpi itu buat aku makin lelah.

Tidak cerita lagi tentang nafasku pasti akan menjadi berterabur lepas bangun mimpi. Dah macam orang penghidap Asma pun ada. 

Yang tu aku tak kisah sangat. Aku dah biasa hadap macam-macam dari kecil lagi. Tetapi bila lihat Eshal sanggup bangun malam-malam hanya disebabkan ingin menenangkan aku yang kadangkala menangis ketika tidur, buat hati aku jadi tak rela. Sudah berhari-hari jejaka itu tidak mendapat tidur yang cukup.

Semuanya pun gara-gara aku.

Satu nafas berat aku lepaskan. Aku mendongak memandang langit malam. 'Ah..hari ni tak ada bintang.' Hatiku berdesis perlahan terus melangkah masuk ke dalam bilik meninggalkan ruangan balkoni di bilikku itu.

Tatkala itu, bola mataku yang layu tertumpu ke arah Eshal yang tenang membaca buku di tepi katil. Aku senyum nipis. "Kau tak nak tidur, Eshal?" Tanyaku sekadar basa-basi. Aku naik di atas katil lalu baling di sebelahnya. Beberapa kali aku guling ni, confirm dan berlayar ke alam mimpi ni.

"Belum. Aku nak baca buku kejap." Jawab Eshal tanpa mengalihkan pandangan dan tetap tekun membaca buku di tangan.

Aku diam tidak membalas. Mata sudah terlalu kuyu dan mengantuk. Perlahan-lahan, kelopak mataku mula tertutup rapat. Rapat dan semakin rapat..sehingga aku terlena masuk ke alam mimpi.

Tidak sampai beberapa minit terlelap, hatiku bagai tersentak tiba-tiba. Kelopak mataku terbuka luas serta-merta. Nafasku tanpa sebab berderu laju. Detak jantungku berubah memainkan irama yang begitu sumbang.

'Apa tadi tu? Kenapa aku rasa...sesuatu yang buruk sedang berlaku?' Hatiku berbisik perlahan penuh dengan tanda tanya. Sekiranya di dalam filem, pasti sudah ada petir yang menyambar di atas kepala.

"Asya? Kenapa?" Soal Eshal sementara meletakkan bukunya di tepi. Baru beberapa saat tadi dia perasan Asya sedang terlena begitu pulas sekali. Dah kenapa perempuan ni tiba-tiba bangun dengan muka terkejut tu?

Takkanlah baru beberapa minit tidur, dah bermimpi kot? Eh, makin parah mimpi dia ni.

Kepalaku menggeleng perlahan. Jujur hatiku tidak mahu dia risau kerana rasa hatiku yang masih belum menemui jalan kepastian. Tetapi aku tidak tahu kenapa, di depan Eshal aku tidak mampu memakai topeng berlakon yang aku baik-baik sahaja.

Eshal pasti akan menjadi yang satu-satunya boleh menghidu penipuanku. Sedangkan Asy yang hidup bertahun di sisi aku pun kadangkala tidak mampu menghidu penipuanku, tetapi Eshal begitu mudah menanggal topeng penipuanku. 

"No..it must be something wrong somewhere with you. Why? Bagitahu aku. You know what? Kau tak pandai menipu tau. So tell me, what was bothering you right now." 

Ha, kan betul aku cakap. Aku tak kata apa-apa lagi, dia dah buat macam-macam andaian. Galau dekat hati aku ni pun tak habis lagi nak tambah galau dekat hati lelaki ni lagi. Pening!

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now