BAB 79 : Cemburu Mungkin

139 21 4
                                    

"KAU tak rasa ke ia terlalu cepat? We've been married for a few days. Less than a week. Takkanlah dah jatuh cinta kot..?" Hatiku diketuk rasa ragu-ragu. Rasa was-was dengan apa yang dibicarakan Asy.

Asy membolakkan biji matanya. Bengang sungguh dengan perangai dungu kakaknya yang tidak bertempat. Takkanlah dia expect nak aku terangkan satu-satu pasal perasaan? Aku bercinta pun belum pernah, tak ke pelik namanya?

"Akak, kau ingat jatuh cinta boleh lepas kahwin je ke?"

Aku diam. Apa maksud Asy? "Jap, don't tell me he fell in love with me before we got married?" Tekaku dengan nada tidak percaya. 

Asy senyum bangga. Akhirnya..kakak aku tak lembab lagi. "Yelah. Sejak dulu lagi aku nampak dia macam syok je dekat kau. Aku ingatkan perasaan aku je. Rupanya, hah! Aku memang tak silap kali ni. Dia memang fall in love with you kak!" Ujar Asy cuba mengawal nada suaranya. Buatnya si Eshal dengar, tidakkah merah muka si jejaka itu?

"What? Ishh, tak mungkinlah. He still like that. Tak ada tanda pelik langsung tau. Perasaan kau je ni." Aku masih beria-ria menyangkal kata-kata Asy. Kepalaku menggeleng tidak percaya.

"Why you look at his attitude? You must look at his act. How much he care about you. How much he concerned about you. Can't you see it?" Dengan gaya mendesak, Asy menggocangkan tubuhku kuat. Aku masih terpinga-pinga. Is it true?

"Does he love me?" Spontanku bibirku menutur bait pertanyaan. Di dalam keadaan keliru, fikiranku masih tidak mampu berfikir dengan baik lagi.

"Of course he loves you!"

"Who's love you?" 

Satu suara garau membuatkan aku dan Asy serentak bertatapan biji mata. Kami masing-masing membuat isyarat mata, 'alamak'. Aku menelan air liur yang terasa begitu pahit bak peria. Tapi pahit wajah dekat depan aku ni.

"Ahh...tak ada sesiapapun. Kitorang tengah berlatih baca skrip drama pukul 7. Alaa, drama baru tu. Kenapa tanya? Nak join ke?" Bijak aku mengalih topik perbualan. Sempat aku menyelitkan unsur gurauan dan jenaka. Mintak-mintaklah Eshal tak tanya lagi. Kalau tak, I have no idea nak jawab apa!

Eshal memandangku tajam. Pandangan penuh curiga ini sememangnya sama dengan pandangan sewaktu dia merajuk kelmarin. Lah..takkanlah nak merajuk lagi?

"Eshal...takkan nak merajuk lagi kot? Jenuhlah aku nak memujuk." Ucapku meleret mencebikkan bibir. 

Mata dia masih menatapku garang. Aku pandang Asy. Asy pandang aku. Kami buntu sekejap. Tidak tahu hendak berbual apa. Suasana di ruang tamu itu terus berubah sunyi seketika. Mata dia tetap tertumpu denganku. Seolah-olah mahu menelanku hidup-hidup di situ.

"Habis tu tak payahlah pujuk." Automatik nada suara Eshal berubah dingin. Pantas lelaki itu mengatur langkah memanjat tangga naik ke tingkat dua. Aku kelam-kabut bangkit dari sofa mengekori jejak Eshal memasuki dalam bilik kami.

We need to talk!

Asy ternganga kala ditinggalkan keseorangan. Dia pandang sampah-sampah yang bersepah di lantai. 'Habis..siapa yang nak kemas kalau si kakak dah masuk bilik? Alamatnya sampai esok pagilah baru keluar. Haih..apalah nasib aku ni?' Asy mengeluh perlahan di dalam hati kecilnya yang dipinggirkan.

Dah nasib, kan?




.



.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now