BAB 51 : Serba Salah

164 25 0
                                    

"AHA! Sampai pun. Nasiblah ada waze ni, kalau tak, sampai ke Maghrib pun tak jumpa-jumpa lagi tanah perkuburan ni. Kenapalah tok ma dan tok pa nak diorang dikuburkan dekat sini eh sedangkan ada banyak lagi tapak perkuburan yang berdekatan dengan rumah. Mungkin sebab dekat sini lagi tenang kot? Dekat kampung, ada banyak pokok-pokok. Tak adalah macam dekat bandar tu. Penuh dengan asap dan udara kotor. Pokok-pokok pun semakin berkurangan akibat ditebang manusia yang hendak dirikan tapak perumahanlah, kedai-kedailah. Alhasilnya, banyak tanaman hampir pupus. Memang tak bagus!"

"Asya! Kau celoteh apa tu panjang-panjang?" Eshal naik hairan dengan sikap Asya yang berbicara panjang lebar namun tidak tahu kata-katanya ditujukan kepada siapa. Dia tanya, diri sendiri yang jawab. Memang hobi dia ke apa cakap sorang-sorang?

Aku tersengih. Lupa pulak ada manusia lain dekat sebelah. Dah jadi kebiasaan aku untuk berceloteh seorang diri bila berseorangan. Tapi kini, aku dah tak berseorangan. Aku tersengih melihat kehadiran Eshal di sisi aku. Alahai Asya, kau dah dapat gelaran puan tau. Tak pernah terfikir akan dipanggil 'Puan Asya' di saat umur 17 tahun. Macam mimpi!

"Tak ada apalah. Kau nak keluar tak? Tapi, aku cadangkan, kau tak payahlah keluar. Tengok dari jauh je. Kaki kau tu pun bukannya dah baik sangat. Jalan dengan tapak perkuburan ni penuh dengan batu kerikil. Risau makin teruk kaki kau jadinya." Tuturku sengaja memberi sebab tidak mahu Eshal mengikutiku melawat ke kubur arwah tok ma.

Eshal pandang aku lama. Pandangannya adalah sebuah pandangan yang penuh dengan kata-kata yang tidak dapat aku tafsirkan. Seolah-olah lelaki itu sedang mencuba mengorek dalam rahsiaku di sebalik di dalam dasar di bola mataku. Aku terteguk air liur pahit.

"Kau risaukan aku?"

Tiba-tiba, aku seperti dapat rasakan bahang panas menyerbu wajahku membuatkan kulit cerah di wajahku berubah merah padam serta-merta. Aku mati kata. Aku risaukan dia? Eh, tak lah! 

Tapi kenapa dari dekat rumah lagi, aku risau sangat kalau kaki Eshal semakin teruk? Aku tak bagi dia ikut aku pada mulanya pun sebab tak mahu lebam di kaki Eshal bertambah teruk. Aku risaukan dia ke?

Eshal senyum nakal memandang wajahku yang mati kata. Jejaka itu seolah-olah dapat menangkap rasa di hatiku di saat aku cuba melarikan pandangan dari menjadi tatapan matanya. Ah...aku memang tak boleh tipu dia kali ni. 

"Kau risaukan aku kan? Alah..sweetnya. Beruntungnya aku dapat wife yang caring and corcern macam ni. Tak apa kalau kau tak nak mengaku. Aku tak kisah sebab aku tengok mata kau pun, aku dah dapat baca apa yang bermain di fikiran kau sekarang tau."

Semakin merah wajahku mendengar usikan yang lahir dari bibir Eshal. "Mengarut jelah kau ni." Balasku masih tegar mengelak agar mataku tidak bertembung dengan bola mata Eshal.

Eshal mengajuk kata-kataku. "Eii..egonya. Dah caring tu, tak nak mengaku pulak. Tak salah pun caring dengan suami sendiri. Kan Puan Asya?"

Hatiku bagai tersentap malu. Lagi-lagi apabila Eshal mengusik dengan panggilan Puan Asya. Seperti mengingatkan aku yang diri aku ni dah bergelar milik dia sepenuhnya. Aih..malunya!

"Aku malas nak teman kau menghepet dekat sini. Aku nak keluar. Buat baziaq air liuq aku ja." Ha..kan dah keluar loghat Kedah aku. Jangan tak tahu yang aku ni pun boleh dikatakan sebagai anak jati Kedah tau. Walaupun tak dilahirkan di Kedah, namun mama orang Kedah. Tetapi, mama tu boleh dikatakan sebagai orang Kedah celup KL lah.. Sebab tu mama langsung tak nampak macam orang Kedah. Lama sangat duduk KL. Balik Kedah pun jarang sekali.

Eshal sengih nakal. "Hati-hati jalan tu. Takut nanti terjatuh, aku yang susah. Tak pasal-pasal si suami ni jugak kena dukung dia masuk kereta. Kan kesian dekat aku nanti?" Semakin galak Eshal mengusik dengan senyuman nakalnya.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now