BAB 60 : Lama Tak Jumpa

137 22 0
                                    

SELESAI membuat pembayaran di kaunter, tanpa menoleh kiri dan kanan lagi lantas aku melangkah meninggalkan kedai pembekal bahan kek yang terdapat di luar sebuah pusat beli belah besar. Bola mataku meliar-liar mencari bayang kereta Audi milikku yang aku letakkan di suatu tempat letak kereta.

Dengan menjinjit beberapa buah beg kertas yang aku sediakan awal-awal, sedikit tergopoh-gapahku berjalan menyusur jalan tempat letak kereta. Kelihatan tidak banyak kereta yang disusun di parking pada waktu itu. Mungkin kerana tika itu adalah waktu kerja. Jadi tidak ramai yang membeli-belah di pusat beli-belah.

"Ishh, sempat ke aku buat kek ni? Dah nak masuk petang ni. Rancang tadi nak buat kek coklat. Mak cik kedai tadi tu boleh pulak suruh aku beli macam-macam. Padahal aku tanya pasal serbuk koko je. Tapi bising suruh aku beli macam-macam. Jadi, habis sejam aku dekat dalam kedai tu." Bisikku sendirian.

Sabar jelah menghadap pekerja kedai yang beria-ria melayan pelanggan demi mengaut keuntungan lebih. Memang boleh buat orang meluat tidak terkira! Nasib baiklah kesabaran aku ni bukannya senipis kulit bawang, kalau tak dah lama kena tengking dengan aku. Sabar jelah!

Sedang aku bercakap seorang diri sambil menjinjit beg kertas yang sarat dengan bahan buat kek, sebuah kereta Mercedes-Benz  berwarna merah berhenti di sisiku. Langkah terhenti serta-merta.

'Siapa ni?'

Cermin tingkap di bahagian sebelah pemandu dibuka. Lalu kelihatan dua orang lelaki sedang tersenyum gatal ke arahku. Muka diorang masing-masing macam seumuran dengan aku. Dah kenapa pandang aku macam tu? Tak pernah tengok perempuan ke apa?

"Hai, cik. Buat apa jalan sorang-sorang dekat sini? Nak pergi mana ni? Nak saya hantarkan?"

Terkerdip-kerdip biji mataku menahan kejutan. Oii! Bagi salam pun tidak, ada hati nak tanya macam-macam? Harap muka je hensem macam Oppa tapi tengok muka pun tahu gatal macam ulat bulu!

Tatapan mata gatal kedua orang lelaki itu membuatku berdehem sekejap. Aku pandang wajah kedua orang lelaki itu satu-persatu. Hei..mesti budak sekolah lagi ni. Tapi ada hati nak mengurat orang guna cara murah macam ni? Dia ingat sebab dia pakai kereta mahal, aku nak pandang? Ergghh..lambat lagi. Suami aku siap pakai BMW lagi tahu tak?

"Assalamualaikum. Ya, saya sorang-sorang dekat sini. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" Ucapku dengan nada menyindir.

Kelat sekejap muka kedua orang jejaka itu dengar sindiranku. Namun macam yang aku kata, sekejap sahaja terdiam sebelum mata gatalnya kembali memandang aku dari atas sehingga bawah. 

"Waalaikumussalam. Tak adalah..kami cuma kesian tengok perempuan secantik awak bawak barang berat-berat. Kami cuma berbaik hati nak tolong. Janganlah jual mahal sangat.. Erm..by the way, nama saya Syed Nur Falah. Dan ini adik kembar saya, Syed Nur Farhat. And...awak?" 

Kata lelaki yang duduk di bahagian sebelah pemandu bernama Syed Nur Falah cuba untuk bermesra. Siap ditekan gelaran Syed yang ada. Sekali lagi aku nak tanya, ingat aku heran ke?

Aku menyembunyikan rasa jelek ku. Masih cuma menguntum senyum manis di hadapan mereka. "Oh..sweet of you both. Thanks---"

Dua lelaki itu senyum lebar sampai ke telinga mendengar kata-kataku. Seperti sudah dapat menjangka kata-kataku yang seterusnya. 

"But no thanks! Terima kasih jelah..saya tak perlukan pertolongan awak berdua." Pantas aku mengatur langkah meninggalkan kereta mewah itu di tengah jalan.

Namun mereka tidak beputus asa. Tetap mengekoriku dengan gigih sekali. Sesekali aku terasa seperti mahu menoleh ke belakang dan pancitkan tayar kereta mewah yang mereka banggakan. Diorang ingat aku heran sangat ke? Apa ingat diorang je ke ada kereta? Aku pun ada keretalah! Manalah aku letak kereta ni? Lupalah pulak..

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now