BAB KHAS | 1

191 17 0
                                    

MONYOK sahaja raut wajah Puan Asyia sambil dia dengan malas menuang air kopi hitam ke dalam cawan suaminya. Jiwanya terasa kosong ketika itu tatkala menyedari tiada lagi suara Asy dan Asya bingit bergaduh di ruang tamu acap kali. Dia rindu tiba-tiba walaupun cuma satu malam mereka berdua tiada di dalam rumah tu.

"Ahh...mana anak-anak saya ni? Kenapa diorang tak balik lagi bang?" Rungut Puan Asyia lantas meletakkan teko kaca itu ke tepi. Duduk menghadap suaminya yang leka membelek laman sosial.

"Kan saya dah bagitahu awak yang Eshal bawak diorang pergi berkhemah. Awak lupa ke? Dah nyanyuk?" Tanya Tengku Zariq mengerutkan keningnya rapat. Pening kepalanya melayan pertanyaan sama daripada Puan Asyia buat kesepuluh kalinya.

"Saya tahulah. Nasib baiklah Eshal tu bagitahu kita. Kalau tak, mananya Asy dengan Asya tu nak bagitahu awak atau saya." Ucap Puan Asyia tergeleng-geleng kepala.

"Ha, siapa yang dulu marah sangat pada saya sebab kahwinkan Asya dengan Eshal?" Usik Tengku Zariq mengungkit isterinya.

Puan Asyia memuncungkan bibir panjang. "Yalah. Yalah. Saya salah. Dulu saya ingatkan awak langsung tak fikirkan hati Asya tu. Rupa-rupanya memang dah rancang awal-awal nak kita berbesan dengan Syafiq dan Elina tu. Tak bagitahu saya awal-awal."

Tengku Zariq tersenyum kecil. "Kalau saya bagitahu awak awal-awal, mana awak nak setuju? Tak pasal-pasal, saya yang kena bebel. Malam yang saya nak Asya kahwin dengan Eshal tu, bukan main awak bebel pada saya. Lagi mahu tanya kenapa saya tak cerita awal-awal?"

"Abang ni cakap macam saya ni suka sangat membebel. Saya cuma tak suka awak ambil kesempatan dalam kesempitan macam tu. Asya nak sangat kita percayakan mereka. Awak pulak percaya bulat-bulat yang diorang tu memang buat benda tak senonoh." Balas Puan Asyia lagi.

"Sejak bila pulak saya kata saya percaya yang diorang tu memang buat benda tak senonoh?" Soal Tengku Zariq hairan.

"Habis? Awak percayalah diorang diperangkap?" Tanya Puan Asyia pula.

"Mestilah! Asya atau awak tak cakap apa-apapun, saya yakin diorang diperangkap. Cumanya..." Tengku Zariq terdiam.

"Cumanya?"

Tengku Zariq teragak-agak tapi dia bersuara juga akhirnya. "Cumanya...tak ada bukti yang malam tu diorang diperangkap. Rakaman CCTV dekat hotel tu hilang tak dapat dikesan. Entah siapalah yang Asya dah kacau tu."

Puan Asyia terdiam. Dia mengangguk faham.

"Apalah dosa Asya tu ya, bang? Kenapalah dia hidup dia macam ni?" 

Tengku Zariq sekadar membisu mendengar isterinya mengeluh mengenang banyaknya ujian dan dugaan yang menghujani hidup anak perempuannya.

"Saya tak fahamlah, bang. Kenapa Asyna tinggalkan kita macam ni? Kenapa dia cerita benda macam tu pada Asyad dan Asya? Padahal dia lebih tahu pasal semua benda yang terjadi." Keluh Puan Asyia lagi menunduk sayu.

Tengku Zariq tersentak.

"Apa awak cakap ni?" Tengku Zariq tidak selesa isu Asyna dibangkitkan.

Puan Asyia memandang Tengku Zariq berani. Biasanya dia takut-takut ingin menyebut pasal Asyna tetapi kini dia rasa dia perlu bersuara demi kata hatinya.

"Abang. Saya tahu. Saya tahu yang abang masih tak boleh lupakan Asyna. Dan saya tak nak pun rebut tempat dia dalam hati abang tambahan pulak..., dia yang bawa abang dalam hidup saya."

Tengku Zariq diam. Tekun dia mendengar segala isi hati isterinya. Tidak menafikan atau mengiyakan. Kaku sahaja ekspresinya.

"Saya dah anggap Asyna macam kakak saya sendiri. Saya pun terhutang budi dengan dia sebab pernah selamatkan nyawa saya dulu. Tapi abang kena sedar yang apa yang terjadi pada hari ni semua sebab dia."

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now