BAB 43 : Dia Kembali

177 24 1
                                    

DAPAT aku rasakan tubuh badanku menggeletar dek terlalu tidak percaya. Bagaimana dia boleh ada di sini? Bukankah dia sedang belajar di Paris? Mata kami bertentangan lama. Entah mengapa aku merasakan ada arus perasaan marah di sebalik pandangan matanya. Aku gerun. Dia masih berdendam dengan aku kah?

"Akak. Kau okey ke?" Tegur Asy perlahan. Dia turut perasan kehadiran gadis itu yang pernah menjadi orang yang paling setia di sisi Asya. Namun disebabkan sebuah insiden, gadis itu terluka tanpa sengaja. Dia terus membawa diri ke luar negara mengikut keluarga.

Aku memandang Asy. Aku mengangguk perlahan. "Akak..akak okey. Akak rasa akak nak cakap dengan dia. Kau tunggu sini eh?" Ucapku sayu.

Asy berat menganggukkan kepala. Dia takut kakaknya tidak mampu menahan perit apabila berhadapan dengan gadis itu. Gadis yang pergi secara tiba-tiba tanpa sepatah kata membuatkan Asya jatuh mencium tanah. 

Perlahan-lahan kakiku melangkah ke arah gadis yang memakai baju kurung hijau muda berdiri tidak jauh dariku. Dingin tatapan mata gadis itu menatap aku. Aku senyum tawar. Pada saat itu, aku seperti ingin memeluk tubuh gadis tinggi lampai itu. Terlalu rindu.

"Hai.. Kau..sihat?" Aku merasakan bibirku berat. Hanya itulah yang terbit dari bibirku walau di dalam benakku mempunyai banyak soalan yang ingin ditanyakan. 

Bibir gadis itu menyimpulkan senyuman sinis buat aku rasa terusik. Di mana senyum manja yang selalu menyapaku dulu? "Aku? Sihat..macam nilah. Better than before."

Sinis dia menutur kata sememangnya mengorek luka di hatiku. Bunyi suaranya agak aneh apabila berbicara di dalam Bahasa Melayu dan lebih natural di dalam Bahasa Inggeris. Setahun lebih menetap di London membuat dia tidak fasih berbicara Melayu kot..

Walau hati sudah terasa perit, aku tetap cuba memaparkan senyum di hadapannya. "Daia..aku, aku tak tahu apa salah aku. Kalau aku salah, aku mintak maaf okey? But please tell me, why did you leave me without saying anything?" 

Soalku terus masuk pada soalan yang aku ingin tanyakan. Tidak mahu banyak sangat mukadimah. Sudah setahun lebih otakku dihurung pertanyaan ini.

Tengku Naldaia atau biasa dipanggil Daia senyum sinis lagi. "Wanna know?"

Aku mengangguk laju.

"Cause you don't deserve me. Even it cousin or best friend, you don't deserve me."

Aku tergamam. Tidak pernah aku menyangka Daia akan melepaskan kata tajam seperti itu. Sanggupnya dia.. Sedang aku separuh mati rindu dan tunggu dia, dia balik sini untuk katakan ayat pedih itu? 

Ini bukan Tengku Naldaia yang aku kenal setahun lepas. Ini bukan sepupu merangkap kawan baik aku yang sentiasa bersama aku dulu.

"What? But why?  Tell me Daia. Kenapa aku tak layak jadi kawan kau? Apa yang aku buat?" Menggelatar suaraku keluar dari kerongkong suara. 

Lemah lututku tidak percaya. Wajah dia masih sama seperti dulu. Tetap bulat dan comel seperti dulu. Namun senyumannya tidak lagi seperti dulu. Dulu, dia mempunyai senyuman yang menyenangkan. Kini, senyumannya amat menyakitkan.

"End of our discussion. Accept the fact, this is the end of our friendship. Lepas ni, jangan pernah kau kata aku kawan kau lagi."

Jantungku seperti sudah berhenti berdetak. Dapat aku rasakan masa bagai berhenti berdetik. Hatiku tersentak kuat. Inikah pengakhiran persahabatan kami? Lama aku tunggu kepulangan dia selama ini dan apabila tiba hari kami bersua, dia sampaikan kata akhir yang tidak pernah aku sangka akan keluar dari bibir dia.

"Apa? Daia..kalau kau kata macam ni sebab terasa hati dengan aku pasal Senior Nazim--"

"Don't mention his name!"

Aku tersentak. Wajah tenang Daia berubah tegang setegang-tegangnya. Terdiam aku seribu bahasa. Dan baru aku sedar, benarlah dugaan aku. 

Ini semua gara-gara salah faham kami melibatkan Senior Nazim, abang kepada Nadhif sekaligus adalah orang yang disukai Daia. Walaupun dia tak pernah beritahu aku, aku tahu yang Daia menaruh hati pada lelaki itu. Tetapi, apa kena-mengena dengan aku? Bukannya aku suka dekat Senior Nazim tu pun.

Terbeliak biji mata Daia menatap seluruh wajahku buat aku meneguk air liur kelat. 

"Okay. Aku tak akan mention lagi nama dia. Tapi, tak akanlah sebab dia, kau nak putuskan hubungan persahabatan kita? Lebih 10 tahun kita berkawan. Kita ni bukannya sekadar kawan baik je tau, kita ni sepupu tau. Disebabkan seorang lelaki, kau sanggup putuskan persaudaraan kita? Macam tu?" 

Panjang lebar aku mengeluarkan kata. Harap sangat apa yang dia katakan tadi sekadar gurauan belaka. Tidak sanggup aku kehilangan seorang kawan baik merangkap seorang sepupu yang begitu aku sayang.

Daia senyum sinis seraya memeluk tubuhnya. "Ini bukan pasal dia. Pasal kau sendiri. Sedar tak sedar, kau lah yang putuskan hubungan kita Asya." Bisik Daia perlahan di telingaku sebelum dia melangkah pergi.

Aku kaku bak patung cendana. Air mataku terasa mahu luruh, namun aku segera tahan. 

Baru sahaja aku mahu memalingkan badan, terkejut bukan kepalang aku melihat tiga raut wajah di belakangku sedang membuat mimik wajah hodoh. Serta-merta aku ketawa kuat.

"Hahaha! Kelakarlah muka korang macam tu!" Galak aku mentertawakan Mikhayla, Nuri dan Nisa yang sedang tersengih-sengih kerang busuk. Mereka turut sama tergelak mendengar gelakanku.

"Korang bila sampai? Kenapa aku tak perasan?" Tanyaku dengan tawa yang masih bersisa.

"Dah berkurun dah kitorang sampai. Kau je terlalu rancak borak dengan sepupu kau tu sampai tak perasan kitorang." Balas Nuri selamba mencekak pinggang. Gadis itu tampak comel dengan baju kurung warna merah jambu dengan tudung bawal hitam bercorak bunga.

Aku senyum saja. "Okeylah. Jom aku teman korang pergi makan. Ada nasi Arab tau. Rugi tak makan." Ajakku sambil meraih tangan Nisa ke tengah-tengah khemah di mana tempat diletakkan hidangan untuk para tetamu yang hadir.

Mendengar perkataan nasi Arab, Mikhayla sudah seperti cacing kepanasan. "Serius? Wah! Aku kena cuba ni!" Katanya dengan nada teruja. Nuri terangguk-angguk kepala bersetuju. Sememangnya hidangan yang disebut Asya tadi membuka selera mereka bertiga.

Aku ketawa kecil melihat reaksi Mikhayla. Kami berempat terus berjalan beriringan mencari pinggan kosong untuk diisi dengan juadah yang hendak diambil nanti.

Tanpa sesiapa sedari, sepasang bola mata tajam galak merenung Asya dan kawan-kawannya dengan perasaan berbaur geram dan amarah..

Bersambung.

Menangis tak bererti lemah. Tetapi menangis menunjukkan yang kita sudah lama jadi kuat.

-AisyNana-



𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now