BAB 58 : Tak Layak?

145 24 0
                                    

BERKALI-KALI air liur ditelan pahit. Gerun kala renungan tajam Eshal tertumpu ke arah mereka. Segera mengalihkan pandangan dari ditelan renungan Eshal yang garang bak singa.

'Kenapa tak nak bagitahu aku? Aku tak layak tahu ke? Aku ni suami dia tahu tak?' Gertak Eshal di dalam hatinya yang berbahang. Kakinya menghentak-hentak permukaan lantai sambil berjalan menghampiri tempat duduknya. Langsung tidak dipedulikan pandangan rakan-rakan sekelasnya yang memandangnya hairan.

"Eshal, kakak aku okey ke?" Tanya Asy sebaik sahaja Eshal melabuhkan punggung di kerusi tempat duduknya. 

Eshal diam. "Dia okey. Terlebih okey." Balas Eshal dingin sekali.

"Oh...akak sakit apa? Kenapa dia tiba-tiba pengsan?" Tanya Asy lagi. Dia tiada di sisi Asya waktu doktor memeriksa Asya tadi dek kerana Eshal melarangnya dan menyuruhnya masuk ke kelas sahaja. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa kacau hatinya mengenangkan kesihatan kakaknya. 

"Dia tak sakit pun. Dia cuma terlalu tertekan." Ujar Eshal mengerling ke arah Asyad yang duduk di belakangnya.

Perasan akan kerlingan Eshal seolah-olah sedang menyalahkannya, Asyad cuma memaparkan riak wajah biasa. Walau hatinya sedang bergolak hebat dengan rasa bersalah yang menggunung di dada. 'Aku tak patut bagitahu dia lagi. Semua salah aku!'

"Tertekan? Eh, Asyad. Kau cakap apa dengan kakak aku? Kali terakhir aku nampak dia cakap dengan kau sebelum dia pengsan. Kau cakap apa dengan dia sampai dia pengsan?" Soal Asy dengan nada mendesak mengalihkan tumpuannya ke arah Asyad.

Lelaki itu kekal berwajah serius. Patut ke aku bagitahu? Tak! Aku tak patut bagitahu. "Aku cuma.."

"Cuma apa?!" 

Termempan para pelajar kelas 5 Canggih mendengar suara tinggi Eshal yang tiba-tiba. Tiada amaran atau tanda. Sungguh ia memeranjatkan semua!

"Eshal sabar. Kalau akak tahu, dia mesti akan marah." Bisik Asy perlahan di dekat Eshal. Dia tidak mahu Eshal terus dikuasai angin kemarahannya. Kakak memang tak suka menyelesaikan masalah dengan emosi. Kita menyelesaikan masalah dengan akal yang rasional. Bukan akal yang beremosi.

Eshal diam. Cuba mengumpul sabar yang berbaki. 'Apa yang laki ni cakap dengan Asya sampai Asya boleh pengsan? Ia mesti sebuah rahsia yang besar mereka cuba sembunyikan.' Bercakap dengan Asyad terasa seperti sedang berdepan dengan Asya. Tetapi wajah dingin Asyad dapat dibezakan dengan wajah tenang Asya. Meski wajah mereka mirip, mereka tetap bukan orang yang sama!

"Aku cuma berborak dengan dia. Manalah aku tahu kenapa dia boleh pengsan. Kau ingat, aku tahu ke yang dia akan pengsan?" Berani Asyad berdiri menghadap tatapan ngeri Eshal.

Eshal senyum sinis. "Dan sekarang kau nak cakap yang Asya tu pengsan tak ada kena-mengena dengan kau lah?"

Asyad diam. Dia kelu sekejap.

"See! Mengaku jelah yang memang kau penyebab Asya pengsan. Apa yang susah sangat?" Tekan Eshal tidak sabar dengan kebisuan Asyad yang benar-benar menaikkan darahnya.

Asyad membasahkan bibirnya yang kering. Bola matanya menatap tepat ke dalam renungan mata Eshal. "Aku..tak sengaja."

Mendengar jawapan Asyad, Eshal menghembus nafas kasar. Kalau diikutkan kemahuan hatinya yang memberontak, sudah berterabur gigi-gigi Asyad dibuatnya.

"Apa yang kau cakap dengan kakak aku, Asyad?" Sampuk Asy pula dengan rasa ingin tahunya yang kuat.

Haff, Aqlan dan Zayyad sudah resah melihat kawannya yang seorang itu. Eshal sudah seperti orang hilang isteri. Ke sana dan ke sini. Ke hulur dan ke hilir dengan buku lima yang digenggam erat seolah-olah bersedia hendak melepaskan tumbukan itu ke sesiapa sahaja. Jarang Eshal marah sampai macam ni sekali. Sebab Asya?

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now