BAB KHAS | 2

196 16 2
                                    

FIGURA seorang lelaki tegap berpakaian jaket kulit serta berseluar jeans biru berjalan penuh gaya menelusuri sekumpulan orang ramai di lapangan terbang sambil menarik beg bagasinya jelas kelihatan di antara ramainya orang-orang.

"Yo! Abangku yang terkacak ni dah balik! Welcome back to Johor, bang!" Teruja Nadhif memeluk erat tubuh abangnya yang baru sahaja turun daripada dalam kapal terbang.

Nazim menyelak rambutnya ke belakang. Dia tersenyum panjang menerima pelukan daripada sang adik yang dirinduinya.

"Thank you. Umi dengan babah mana? Tak nak jemput abang?" Scoal Nazim tertanya-tanya melihat hanya Nadhif seorang sahaja yang menunggunya di situ.

"Bukan tak nak. Tapi tak boleh. Tiba-tiba je babah ada ceramah dekat KL. Umi pun terpaksalah ikut babah. Abang tak kisah kan?" Terang Nadhif menyedapkan hati abangnya.

Nazim menggeleng kepala menindakkan. "KL ya? Abang pun nak pergi ke sana nanti."

"Hah? Kenapa? Abang nak masuk U dekat KL ke?" Tanya Nadhif hairan. Dia tahu abangnya cukup tidak suka ke Kuala Lumpur kerana kawasan jalan rayanya yang jauh lebih sesak daripada negeri lain.

Nazim diam. Dia hanya menunjukkan senyum sengetnya. "Abang nak cari...my most precious treasure."

Nadhif terjongket kening hairan dengan kata-kata yang diucapkan Nazim. Sejak bila pulak abangnya ada harta berharga di Kuala Lumpur? Pergi ke sana pun jarang sekali. Abang ada beli rumah atau tanah di sana ke? 

Eh, lantaklah! Yang penting abang dah balik. Masalah yang lain dah tak penting!



.




"DASAR tak guna! Info sepenting ni, kau baru nak bagitahu aku sekarang? Kau bodoh ke apa?" 

Si pemanggil hanya mampu berdiamkan diri saat Daia melepaskan kata-kata makiannya. Memang kelalaiannya kerana tidak cekap membezakan mana yang lebih penting yang tidak.

"Maafkan saya, Cik Tengku. Tapi berita ni pun saya dapat last minute daripada kawan saya dekat Johor. Katanya, Tuan Nazim tempah tiket penerbangan last minute juga. Baru beberapa jam lepas dia mendarat di Johor." Jelas pemanggil itu lagi.

Daia mendengus kasar geram kepada orang suruhan yang diupahnya itu.

"Never mind! Kalau lepas ni kau lembab macam ni lagi, jangan harap nak dapat duit aku lagi!"

Tanpa buang masa, Daia memutuskan panggilan telefon. Nafas gadis itu berderu-deru menahan amarah yang bergelojak. Antara marah dan kesal bertimpa-timpa rasanya!

"Senior Nazim dah balik... Dia mesti akan datang KL untuk jumpa aku. Eh, tapi dia tahu ke aku dekat KL? Mestilah dia tahu, kan? Ke tak?"

Daia berjalan ke hulur dan ke hilir mengelilingi tempat tidurnya.

"Entah-entah dia pergi jumpa perempuan tu? Senior Nazim tak nak jumpa aku ke? Kenapa dia nak jumpa isteri orang tu? Eh, tak mungkin. Tak mungkin. Senior Nazim mesti ingat aku! Dia mesti akan jumpa aku!'

Terkumat-kamit bibir Daia meyakinkan diri sendiri agar Nazim akan mencari dirinya dan bukan Asya. Tahap sukanya terhadap Nazim mencanak-canak naik sehingga sudah hampir ke tahap obses!

BAMM!!

Tanpa sedar Daia menumbuk cermin di meja soleknya sehinggakan berdarah-darah kulit belakang tapak tangannya. Namun Daia sekadar memaparkan wajah tegangnya yang kemerahan. Dia memerhatikan pantulan wajah di cermin di sebalik retakan cermin yang dibuatnya sendiri.

"ASYA! Aku takkan biarkan kau menang lagi! Aku takkan! Tak akan! Aku takkan kalah lagi dengan kau!" Teriak Daia serupa orang gila naik histeria. Dia menolak semua alatan soleknya jatuh ke lantai hingga berderai botol-botol kaca produk kecantikannya.

Nafasnya termengah-mengah. Bunyi ketukan bertalu-talu daripada pembantu-pembantu rumah di luar pintu dibiarkan sahaja terus bergendang. Sementara Daia tidak mampu menyembunyikan senyuman sinisnya tatkala darah pekatnya jatuh menitis ke lantai. 

Seketika dia tidak menghiraukan gema suara yang berada di dalam kepalanya. 'Persetankanlah semuanya! Yang penting aku takkan biar orang pijak aku lagi! Walau ayahanda dan bonda sekalipun! Aku tak benarkan!'

Daia! Sedarlah!

Baik kau berhenti!

Sebelum kau terlambat...!



Obses itu semacam dadah. Kau tahu ia berbahaya. Tetapi semakin kau cuba, semakin kau ketagih dengannya.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now