BAB 65 : Suap Sampai Tidur

163 23 0
                                    

AKU sudah tidak lalu hendak bertanya. Lantas agak kasar meletakkan piring di meja kecil sebelah katil. "Dahlah. Kau makan sendiri. Dah tak sakitkan? Aku malas nak peduli pasal kau lagi." Ucapku seraya bingkas bangkit dari sisi Eshal hendak melangkah ke tempat tidurku sebelah sana.

Belum sempat kakiku mendarat ke lantai, tubuhku tiba-tiba sahaja seperti dilayangkan udara. Buka-buka mata sahaja, terus automatik tubuhku terbaring di dada Eshal. Wajahku berbahang menahan malu dan terkejut. Aku angkat wajah menatapnya. Dia sekadar tersengih kerang busuk.

"Apa ni..? Kau ingat aku barang ke kau boleh angkat-angkat sesuka hati?" Cemberut wajahku tidak dapat disembunyikan. Aku mengundurkan tubuhku jauh dari menghempap dadanya. Tetapi tiba-tiba sahaja lenganku dipaut lembut olehnya. Gerakanku terhenti serta-merta. Satu das jelingan tajam aku hadiahkan kepada Eshal.

"Nak apa?" Soalku dingin.

"Nak kau."

Serentak itu, bulu roma ku berdiri tegak persis seperti hendak menyanyikan lagi Negaraku. Aku menelan air yang terasa pahit. "Hahaha. Tak lawak. Aku tak masa langsung nak layan lawak pagi-pagi buta macam ni. Orang pagi-pagi buta ni pergi tidur, dia boleh pulak buat hal. Sengaja nak buat aku pening kan?" Kataku menepis tangannya dari mengenggam lenganku.

Eshal menunjukkan senyuman manisnya. Sekaligus buat aku tidak senang baring di sebelahnya. Semacam je gaya dia senyum. Buang tabiat ke apa lepas makan kek aku?

"Dahlah, aku dah malas nak layan kau. Aku tak akan kisah lagi pasal kau. Lantak kau lah nak merajuk ke, nak menangis meraung-raung ke. I don't care. Aku tidur dulu. Assalamualaikum." Ungkapku terus memusingkan tubuhku dari menghadapnya sebelum selimut tebal aku tarik menutupi keseluruh tubuhku.

"Mulut cakap lain, hati cakap lain. Kan?"

Satu bisikan lembut menyapa telingaku. Dapat aku rasakan hembusan hangat mengena cuping telingaku. Bulu romaku meremang tanpa dipinta. Nafasku terus berderu laju macam nak hadapi ujian UPSR beberapa tahun lalu.

"Mana ada." Jawabku ringkas. Wajahku aku sembamkan pada bantal biar dia tidak nampak wajah mulusku sudah merah berbahang malu. Walau ini bukan kali pertama kami berada di posisi sedekat itu, tetapi perasaan maluku tetap tidak mampu dikawal.

Dia seorang lelaki! Mana mungkin aku boleh terbiasa dengan kehadiran lelaki ini di dalam masa yang singkat. Tidak kiralah dia sekacak atau sekaya mana, setiap kali dia ada, dadaku sesak macam ada penyakit jantung!

"Tipu." Bisiknya lagi perlahan di telingaku.

Pantas aku menarik selimut menutupi telinga. Dapat aku rasakan bahang panas menyerbu wajahku yang putih mulus. Semuanya gara-gara Eshal!

"Suka hati kau lah nak percaya ke tidak. Bukan masalah aku. Daripada layan kau, lebih baik aku tidur kan?"

"Kau..tak nak teman aku makan kek ni ke?" Soalnya sayu. Kedengaran begitu lirih dan mengundang rasa simpatiku.

Aku membalikkan tubuhku menghadapnya yang masih duduk bersandar dinding katil. Wajahnya kelihatan sugul seolah-olah sedang meminta simpatiku.

"Perut kau sakit lagi ke?"

Dia mengangguk kecil dengan wajah yang sengaja dicebikkan. Buat aku tidak sanggup memalingkan wajah. Aku menghela nafas perlahan. Baru sahaja rasa ingin melelapkan mata, aku gagahkan diri juga bangun mengangkat kepala dari atas bantal empuk.

"Sedap tak?"

Sambil mulutnya mengunyah, kepalanya tetap mengangguk berkali-kali mengiyakan. Aku senyum nipis. Aku tunduk memandang piring di tangan. Tiba-tiba sahaja aku merasakan ada tangan yang menyelitkan helaian rambutku ke belakang telinga.

Aku mengangkat wajah. Pandangan mata kami bertentangan. Kelu lidah ku sekejap seperti tidak tahu hendak berbicara apa. Wajah tampan Eshal dengan rambut keperangannya yang serabai, manambahkan lagi kekacakannya.

Terpegun aku seketika. Apasal lah selama ni aku tak pernah sedar yang dia ni kacak?

"Terima kasih." Ucapnya menerbitkan rasa hairan di hatiku. Aku pandang wajahnya dengan kening terjongket tinggi.

"For what?"

"Sebab buatkan kek ni untuk aku."

Senyum di bibirku kian lebar. "Kau dah tak merajuk lagi kan?"

"Sejak bila aku merajuk?" Eshal menyorok senyum di bibirnya.

Aku sekadar ketawa lucu melihat riak malunya. Lantas aku meneruskan suapan yang seterusnya. "Lain kali kalau kau merajuk lagi, aku tak nak pujuk. Mengada-ngada sangat. Layanlah rajuk sorang diri. Aku malas nak layan lagi. Kalau aku layan, macam ni lah jadinya. Naik lemak. Sanggup tak makan lunch dengan dinner. Sebab apa? Sebab nak mogok cakap dengan aku kan? Naughty sangat."

Eshal memuncungkan bibirnya panjang. "Bukan selalu pun.." Ujar Eshal buat aku tersenyum senget.

"Ni kau tak boleh makan sendiri ke? Aku ngantuklah suap kau makan. Lagipun, yang sakit tu perut kau. Bukannya tangan kau. Tangan kau boleh pakai lagi kan? Belum lumpuh kan?"

Kepala Eshal menggeleng dengan wajah polosnya.

"Haa..jadi, kau suaplah diri kau sendiri. Aku nak tidur. Kang tak pasal-pasal aku tak cukup tidur pasal kau." Ucapku perlahan seraya menggosok kelopak mata yang mulai rasa perit.

Eshal mengerutkan keningnya. Bibirnya sengaja dicebikkan. "Sampaikan hati kau suruh suami kau makan sendiri? Aku tak sangka kau sekejam ni." Katanya dengan suara sayu.

Aku tersentap. Alahai..sejak bila Eshal yang sombong tahap dewa ni pandai buat muka kesian macam ni?

"Okey fine. Aku suap kau makan, sampai kau tidur. Puas hati?"

Kepala Eshal mengangguk laju bersama wajah polosnya. Terus membuka mulut luas sebaik sahaja sudu yang disuaku ke arahnya sampai ke mulutnya. Aku senyum senget menatap wajah dia yang terpejam-pejam menikmati kenikmatan rasa di lidah. Sesedap itukah sehingga tidak mampu berkata-kata?

Biarlah untuk malam ini sahaja aku berjaga untuk dia. Walaupun aku tahu perutnya tiada lagi beragam. Mungkin ini sahaja saat yang paling tepat untuk aku merasakan nikmat bermesra dengannya. Biarpun masa terasa begitu singkat berjalan, asalkan ada waktu sebelum sesuatu 'kan merubah segalanya..

Bersambung.

You fall in love with the most unexpected person at the most unexpected time.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now