BAB 54 : Mirip

142 24 3
                                    

BELUM sempat punggung aku hendak panas, laju Shasha selaku Ratu Gosip menghampiri aku. Pastinya ada berita panas yang ingin disampaikan. Aku senyum saja. Seronok jugak ada kawan yang serupa wartawan ni. Dia tahu berita dulu sebelum orang ramai tahu. Rasa macam ada surat khabar bergerak pulak.

"Morning Asya!" Ujarnya dengan senyum manis. Alahai, manisnya Shasha ni senyum. Kalau aku lelaki lah, dah lama aku heret Shasha ke pejabat agama. Kahwin awal pun aku sanggup. Tapi kena tahanlah dengan mulut dia yang suka gosip.

"Morning too. Korang ni macam ada berita panas je nak bagitahu aku. Ada apa?" Tanyaku sambil tersengih. Bola mataku memandang Shasha, Mikhayla, Nisa dan Nuri satu-persatu. Mereka pandang sesama sendiri.

"Memang ada pun. Kau nak tahu tak, kelas kita akan ada pelajar baru akan masuk!" Jelas Shasha dengan nada teruja. Maklumlah, yang nak masuk tu lelaki kacak. Mana tahu boleh buat teman tapi mesra!

Belum sempat hendak membalas, suara Asy terlebih dahulu membantutkan suaraku. "Haa? Seriuslah? Mana kau tahu ni?" Soal Asy dengan wajah berkerut.

"Kau tengok adik kau ni Asya. Suka sangat menyampuk kata orang." Ucap Mikhayla ketawa kecil.

Aku menggeleng kepala kecil memandang Asy. "Adik aku ke ni? Hhmm?" Bisikku ke arahnya dengan sebuah jelingan tajam menembus bola matanya. Dia masih berhutang denganku. Berhutang denda akibat pergi ke sekolah tanpa menunggu aku! 

Tak pasal-pasal aku kena pandu kereta pergi sekolah. Kebiasaannya aku dengan Asy akan dihantar dan diambil pemandu pribadi papa untuk ke sekolah. Tapi tidak tahu apa yang dikatakan Asy sehingga pemandu papa boleh tinggalkan aku. Sabar jelah!

Serta-merta bibir Asy rapat dikunci. Tidak mahu bersuara lagi. 

"Oh? Mana kau tahu pasal tu Shasha?" Soalku kepada Shasha. 

Shasha senyum penuh makna. "Adalah.." Balasnya tersipu-sipu.

Aku menjongketkan kening kehairanan. Begitu juga dengan Mikhayla, Nuri dan Nisa. Kami berbalas pandang. Aku ada puji dia ke? Kenapa dia tiba-tiba tersipu-sipu ni?

Baru je aku nak tanya lagi, bola mataku menangkap satu susuk tegap melangkah masuk kelas. Wajahnya masam mencuka buat aku menelan air liur serta-merta. Dia marah lagi ke? Kelihatan dia garang menarik kerusi keluar dari dalam bawah meja sebelum melabuhkan punggung ke atasnya. Haff, Zayyad dan Aqlan pun sampai terhenjut bahu dengan kelakuan Eshal.

Dadaku terhimpit rasa bersalah. Aku rasa, memang aku betul-betul dah lukakan hati dialah.  Tapi aku dah mintak maaf tadi kan? Apa yang dia tak puas hati lagi ni? 

"Kau ni dah kenapa Asya? Tiba-tiba diam?" Soal Nuri melihat Asya diam.

Aku pandang Nuri seraya menggeleng beberapa kali. "Tak ada apa-apalah. Cuma, aku tak ada mood nak gosip hari ni. Korang gosiplah. Just ignore me." Balasku dengan senyum tawar.

Mikhayla, Nuri, Shasha dan Nisa memandang sesama sendiri. Ada yang tidak kena dengan Asya tetapi mereka tidak mahu campur. Biarlah gadis itu berfikir sendiri.

"Kak, kau kenapa? Ada masalah ke?" Asy perasan akan perubahan wajah kakaknya sebaik sahaja Eshal memasuki kelas. Mereka gaduh ke? Tapi baru je kahwin kot. Takkan dah gaduh kot?

Aku membisukan diri seketika. "Aku rasa, aku ada cakap benda yang buat dia terasalah Asy. Apa aku kena buat? Aku dah mintak maaf. Apalagi yang aku kena buat?" Luahku perlahan agar tidak kedengaran oleh Mikhyala dan kawan-kawanku yang lain.

Dia? Eshal ke? "Aku tak tahu siapa yang kau maksudkan, cuma satu je yang kau kena faham."

Aku mengalihkan pandangan ke arah Asy. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now