BAB 67 : Tujuan Sebenar

145 22 1
                                    

SEDAR sahaja aku dari lena yang sekejap, pantas aku melangkah keluar dari dalam kereta Audi itu sepantas mungkin. Tidak mahu sesiapa lihat dan curiga. Tidaklah ribut hatiku memikirkan cara hendak menghentikan gosip jika ada mata-mata liar yang memandang.

Tanpa menunggu kedua-dua jejaka yang lambat macam siput itu, aku pantas mengatur langkah menuju ke arah blok kelas aku berada. Bayu dingin di pagi itu tenang menyapa pipi gebuku. Serta-merta aku rasa semakin mengantuk lagi.

"Akak! Tunggulah!" 

Langkahku kaku dengar jeritan bersama derap kaki laju mendekati aku dari belakang. Aku menoleh malas. "Apa? Janganlah jerit-jerit panggil akak macam tu. Kang kalau peminat kau dengar, tak malu ke kena cop sebagai 'adik manja'? Macam mana?" Di dalam rasa ngantuk yang menguasai, aku masih lagi sempat menyelit sindiran pada Asy.

Jejaka yang berumur 16 tahun itu senyum sumbing. Tidak malu langsung merangkul mesra bahu Asya gaya betul-betul macam adik manja. 

"Biarlah. Kisah apa aku apa cakap diorang? Asalkan kakak aku ni tak lari jauh dari aku, aku tak kisah!" Balasnya ceria sahaja. Langsung tidak mempedulikan kerimasan yang terpapar jelas di wajah Asya.

Aku mendengus rimas. "Asy..aku nak lari mana? Lepaslah. Mengada-ngada betul lah." Ucapku menolak kasar tangan Asy yang memeluk bahuku sambil berjalan. 

Asy ketawa kecil. Suka benar tengok wajah marah kakaknya. Nampak lebih tembam. Tambah lagi comel!

"Asal pandang akak macam tu? Nak kena tumbuk?" Bidasku tidak selesa ditenung lama dengan jelingan nakal Asy penuh mengusik.

Asy ketawa kecil. "Garangnya. Tak adalah. Aku cuma nak tanya, kau tidur lambat ke malam tadi?"

Hatiku tersentap. Aku pandang Asy dengan tatapan curiga. "Ke..kenapa kau tanya akak macam tu?" Balasku cuba menyembunyikan kata-kata hatiku yang mengiyakan. 

"Hhmm..sengaja tanya. Sebab aku tak pernah nampak pun mata cantik kakak aku ni tiba-tiba bertukar jadi mata panda. But..I like it! Comel mata panda macam ni!"

Aku ternganga. "Mata panda? Kau biar betul Asy? Bengkak sangat ke bawah mata akak ni?" Tanyaku gelabah sambil menggosok-gosok kelopak mataku yang kelesuan. Padahal aku dah tepek tebal foundation dekat bawah mata ni, takkan nampak lagi?

Asy ketawa nakal. "Tak adalah. Kau dah letak foundation tebal macam tu, macam mana orang nak nampak?" Kata Asy berserta dengan senyum nakalnya yang mempesona. Senyuman yang menambat hati para peminatnya.

Aku mengerutkan kening hairan. "Dah kalau orang lain tak nampak, macam mana kau nampak? Dan..macam mana kau tahu akak pakai foundation ni?" Soalku bertalu-talu.

"Aku kan Instafamous. Dah selalulah review produk-produk kecantikan. No wonderlah aku tahu kulit tu pakai foundtaion atau tidak. Alah...akak ni. Macam tak tahu pulak." Balas Asy dengan gaya bangga. Siap membetulkan juntaian rambut yang tidak kemas. Sengaja hendak menarik perhatian.

Aku membuat riak jelek. "Penyakit perasan ni penyakit yang berbahaya tau. Baik kau cepat-cepat pergi jumpa doktor. Mana tahu kalau-kalau ada wayar dalam kepala otak kau tu terputus?" Perliku selamba melanjutkan langkah yang semakin hampir menuju ke arah blok kelasku.

Asy tersenyum sumbing mendengar perlian kakaknya. Sedikit pun dia tidak terasa dek kerana sudah terlalu biasa disindir begitu. Spontan Asy melirik ke arah tangan kanannya yang sedang menjijit beg kertas. Matanya terbutang tiba-tiba.

"Eh? Mana pergi lagi satu beg kertas? Aku tertinggal ke?" Bisik Asy panik serta-merta. Dia memandang ke arah belakang.

Kelihatan Eshal seolah-olah tahu yang jejaka itu sudah perasan kehilangan satu beg kertas di tangannya, menunjukkan senyuman mengejek seraya mengangkat beg kertas dicurinya tadi. Asy mengetap bibir menahan geram.

"Err..kak. Kau masuk jalan depan dulu. Aku ada hal nak cakap dengan Eshal kejap." Pintas Asy sambil matanya menjeling tajam ke arah Eshal.

Aku perasan akan jelingan Asy ke arah Eshal yang berjalan selamba di belakang mereka. Tetapi aku malas hendak curiga. Perasaan ngantuk masih lagi tegar mengusai. Kelopak mataku terasa berat lagi. Baik aku masuk kelas dan sambung tidur sementara waktu pembelajaran belum bermula.

"Okey.. Akak pergi dulu." Ucapku malas lalu mempercepatkan langkahku berjalan meninggalkan Asy di belakang. Malas hendak ambil kisah kerana rasa ngantukku ini lebih utama.

Melihat susuk Asya yang semakin menjauh, Asy lantas mendekati Eshal. Matanya melirik tajam beg kertas yang digenggam kemas di tangan jejaka itu.

"Tengku Eshal. Bukan tadi kau cakap kau tak nak ke bekal ni? Dan macam mana tiba-tiba, beg kertas ni ada dekat tangan kau?" Ujar Asy dengan nada mendatar.

Eshal senyum sinis. "Hhmm..susah soalan kau ni Tengku Asy. Aku rasa macam kena jawab soalan UPSR tau." Sempat lagi Eshal loyar buruk.  Tidak peduli langsung jelingan mata Asy yang menghujah tajam.

"Jawab betul-betul lah! Bukan kau cakap kau tak nak ke? Tadi bukan main sombong. Sekarang ni apa? Nak tarik balik?" Ucap Asy perlahan apabila terperasankan ada beberapa pasang mata ralit memerhatikannya dengan Eshal. Sudah pasti golongan terkenal dan diminati sepertinya akan diperhati di mana-mana. Dia tidak boleh lari.

"Suka hati akulah. Asya buat kek ni untuk aku. Bukan untuk kau. Jadi, tak salah kot aku ambil satu. Kau keberatan ke Tengku Asy?" Balas Eshal mengangkat tinggi beg kertas di tangannya.

Asy mengetap gigi geram. Baru angan-angan di hati mahu berkongsi kek itu kepada peminatnya. Barulah peminatnya tahu kehebatan akaknya dalam segala hal. Tetapi Eshal ni...ihh! Dia hancurkan angan Asy tahu tak!

"Memang aku keberatan! Orang sombong macam kau ni, manalah makan kek macam ni kan?" Kata Asy sinis sekali.

Eshal menatap wajah Asy tajam. Tinggi mereka tidaklah begitu berbeza. Asy langsung tidak kelihatan seperti pelajar berumur 16 tahun. Dan sebab faktor itulah tiada siapa bertanyakan banyak tentang mengapa Asy memasuki kelas tingkatan 5.

"Erm..kasar sangat kau bergurau tu Asy. Kau lupa ke yang kau sedang bercakap dengan siapa? Aku abang ipar kau tau. Ingat sampai mati." Bisik Eshal perlahan singgah rapat di cuping telinga Asy.

Asy berbahang panas. "Abang ipar terpaksa. Pasal tu pun, kau jangan lupa sampai bila-bila. Dan kau ingat balik apa sebab aku bagi kau kahwin dengan akak. Aku harap, kau tak hampakan aku." Ucap Asy sebelum melangkah berlalu pergi. 

Eshal kaku di tengah jalan. Sekejap dia meraup wajah tampannya. Nafas berderu laju dihembus keluar. cuba melepaskan bebanan berat yang tak terluahkan.

Dia tidak menolak kata-kata Asy yang menyebutnya sombong. Memang itulah sikap dirinya sejak azali lagi. Sejak kecil ataupun lebih tepat sejak dalam perut lagi diaturkan begitu. Baginya, sombong tu penting. Kita kena sombong supaya kita tak akan dipandang rendah dan remeh.

Tanpa Eshal sedar..bahawa sikap sombong mendorongnya ke jurang kesepian. Sikap sombong membawa dia jauh dari kenyataan yang dia sebenarnya sangat kesepian..

Ego..

Ya, kerana ego adalah punca segalanya. Ego dia tebal mengalahkan tebalnya kamus dewan bahasa. Sombongnya tidak terperi. Mungkin pendapat dirinya sudah lama terpahat kukuh yang golongan berstatus seperti dirinya memang wajar bertingkah begini.

Tetapi..

Eshal pandang Asy yang sudah jauh. Dapat dilihat jelas Asy menyapa mesra gadis-gadis dan lelaki-lelaki yang bertembung dengannya ketika berjalan. Tampak begitu ramah dan mesra. Senyuman yang terukir di bibir Asy kelihatan amat ikhlas tanpa menyembunyikan apa-apa masalah.

Eshal menunduk memandang lantai simen. 

'Aku tak lupa. Aku tak lupa yang aku ni tak ubah macam seorang penyinggah. Untuk keselamatan kakak kau, Asy.' Bisik lelaki itu pilu. Masakan dia boleh lupa hakikat yang menolak hatinya daripada terjerumus di dalam gaung perkahwinan ini. Perjanjian yang dibuat Asy dengan Eshal.

Demi keselamatan Asya yang utama.




Bersambung.

Memang pedih menahan rasa sendiri. Namun inilah hakikat realiti yang harus engkau hadapi.

-AisyNana-


𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now