BAB 114 : Papa, Mama..

180 15 3
                                    

SUASANA suram.

Tatapan mataku bersabung dengan tatapan mata redup papa. Aku menanti dia memulakan penjelasan. Namun anak matanya seakan-akan memintaku untuk bercakap dahulu.

"Jadi, papa dan mama mengakulah apa yang ibu cerita dekat Asya tu betul?"

Aku ambil 20 minit nak terangkan pada mama dan papa apa yang ibu dan Asyad ceritakan pada aku sebelum ibu pergi. Aku ni bukannya jenis sembarangan menuduh. Aku bagi peluang untuk diorang pertahankan diri.

Mana tahu ada cerita yang lebih menarik lagi?

"Sebenarnya Asya..."

"Ya. Betul. Apa yang ibu Asya ceritakan tu betul."

Puan Asyia terkejut. Dia memandang Tengku Zariq dengan bola mata terbeliak besar. "Abang, ni.."

Tengku Zariq memberi isyarat jangan kata lagi. Puan Asyia kelihatan teragak-agak namun dia membuat keputusan akur akan perintah suaminya.

Aku termempan sekejap. Sangkaku, mereka akan membuat dalih habis-habisan. Tidak sangka begini mudahnya mereka mengaku?

"Papa..tak nak mintak maaf pada Asya?"

Tengku Zariq senyap. "Kalau papa mintak maaf, Asya akan lupakan semua benda ni?"

Aku ketawa sinis tidak sengaja. Di luar kawalan aku, karakter lain mengambil alih diriku.

"Lupa? Pfftt.. Papa..selama 7 tahun ni, tak ada benda pun yang Asya boleh lupa walaupun Asya nak sangat lupakan benda tu. Papa takkan tak ingat? Anak papa ni...gila." Ucapku terus senyum lebar.

Eshal tergamam. "Asya. Apa awak cakap ni?" Bisik Eshal di telingaku dengan nada cemas.

Aku buat tidak dengar. Kekal memerhati papa dan mama yang berdiri di hadapanku. "Jadi papa dan mama jangan sesekali mintak Asya lupa apa yang mama dan papa buat pada Asya hari ni dan 12 tahun lepas. Mati hidup semula pun, Asya takkan lupa!" Kataku dengan wajah bengis.

Tengku Zariq dan Puan Asyia tidak membalas. Kebisuan mereka perlahan-lahan mencabik-cabik hatiku.

"Oh ya papa. Papa tak nak tanya pasal anak terbiar papa?"

Tengku Zariq kelihatan tenang. Mungkin sudah mengagak Asya akan membangkitkan isu Asyad. Lelaki itu menelan air liur yang terasa kelat.

"Asya dah jumpa Asyad?" Tanya Tengku Zariq konon-kononnya prihatin.

Aku senyum. "Dah. Tak sangka..Asya ada abang. Asya bukan sulung. Asya ada kembar. Papa..nak tahu tak, muka dia sama sangat macam Asya. Kenapalah Asya tak pernah jumpa abang kembar Asya sendiri eh?"

"Mana dia?"

"Jawablah soalan Asya, papa! Kenapa selama 17 tahun Asya hidup, Asya tak pernah tahu Asya ada abang?!" Aku mulai hilang kawalan. Raut wajahku berubah garang, kawalanku hilang.

Tengku Zariq bereaksi tenang. Tidak mudah melatah. Sementara Puan Asyia masih menangis teresak-esak di atas sofa, meratapi apa pun aku tak tahu.

"Bukan semua benda kamu kena tahu Asya. Tahu banyak perkara akan buat kamu terlibat dalam masalah. Papa dah atur elok-elok masa depan kamu. Kenapa kamu kucar-kacirkan?"

Aku terus mengukir senyuman tajam penuh maksud. "Kalau itulah yang papa risaukan, biar Asya bagitahu papa. Asya lebih sanggup terlibat dalam masalah sebesar apapun berbanding dibodohkan ayah Asya sendiri! Papa kejam!"

"Papa buat semua benda ni untuk kebaikan kamu. Kamu tak tahu apa yang terjadi di masa lalu. Jadi jangan pandai cakap saja!" Marah Tengku Zariq pula.

"Memang! Memang Asya tak tahu apa-apa. Tapi papa, sepanjang 17 tahun ni..masalah besar apa yang Asya tak pernah terlibat?"

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now